Portugal belum 'clear' |
- Portugal belum 'clear'
- Desert Foxes mengganas
- Supersub Origi
- Dikeroyok jiran 4 beranak
- 'Dia tetap keluar rumah'
- Empat maut nahas dua kereta
Posted: 22 Jun 2014 05:47 PM PDT Manaus (Brazil): Laluan Portugal ke pusingan kedua masih samar walaupun jaringan minit akhir perlawanan oleh Silvestre Varela membuka sedikit laluannya ke pusingan kedua selepas 2-2, dengan USA, bagi saingan Kumpulan G, di Arena Amazonia, pagi ini. Portugal memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya lima gol apabila berdepan Ghana, pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, 27 Jun ini, untuk layak ke pusingan seterusnya dengan harapan Jerman menumpaskan USA atau sebaliknya. Skrip gol penyamaan Portugal itu bermula apabila Varela - masuk menggantikan Meireles pada minit ke-64 - menanduk masuk gol hasil hantaran silang Ronaldo. Portugal yang memerlukan kemenangan untuk mara ke pusingan kedua tersentak apabila USA menyamakan kedudukan pada minit ke-64 menerusi Jones yang menggelecek Nani sebelum melakukan rembatan dan mencecah sebelah kanan gawang Portugal. FOTO EPA
Portugal yang memerlukan kemenangan banyak menggunakan gandingan Ronaldo dan Nani untuk memecahkan benteng USA. Pada minit ke-43, Nani sekali lagi memperoleh peluang untuk menambah jaringan selepas menerima hantaran silang daripada Ronaldo tetapi rembatan pemain Manchester United itu ditampan kemas oleh Howard. Howard sekali lagi menyelamatkan USA apabila nenampan rembatan Nani dan menepis percubaan Eder pada minit ke-45. Babak pertama tamat dengan penguasaan Portugal dan USA dilihat sama rata walaupun Protugal acap kali melakukan serangan. Ronaldo tetap dalam kesebelasan utama Portugal bagi pertemuan dengan USA walaupun dikatakan mengalami kecederaan lutut. Bagaimanapun, Portugal turun tanpa pemain terasnya iaitu Fabio Coentrao dan Hugo Almeida, yang masih cedera menakala Pepe digantung perlawanan. Amerika pula membariskan Graham Zusi bagi memperkuatkan bahagian tengah yang dibarisai lima pemain manakala Jozy Altidore tidak disenaraikan kerana cedera. USA: Tim Howard; Fabian Johnson, Geoff Cameron, Matt Besler, DaMarcus Beasley; Kyle Beckerman, Jermaine Jones, Alejandro Bedoya, Michael Bradley, Graham Zusi; Clint Dempsey. PORTUGAL: Beto; Andre Almeida, Ricardo Costa, Bruno Alves, Joao Pereira; Miguel Veloso, Joao Moutinho, Raul Meireles, Nani, Cristiano Ronaldo; Helder Postiga. PENGADIL: Nestor Pitana (Argentina) Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23 |
Posted: 22 Jun 2014 03:38 PM PDT Porto Alegre (Brazil) : Algeria menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan kedua selepas membenam Korea Selatan 4-2 dalam saingan Piala Dunia Kumpulan H di Estadio Beira-Rio awal pagi ini. Kemenangan pertama Algeria dalam kejohanan dunia sejak 1982 ini melonjak mereka ke tangga kedua, tiga mata di belakang Belgium yang menewaskan Rusia 1-0. Pesta gol Algeria bermula apabila Islam Slimani menolak masuk gol pada minit ke-26 sebelum tandukan deras Rafik Halliche menerjah gawang dua minit selepas itu. Abdelmoumene Djabou pula menjaringkan gol ketiga Desert Foxes pada minit ke-38 untuk memberi kedudukan selesa pada babak pertama.
Bagaimanapun, kebangkitan yang diharapkan juara Asia itu gagal selepas Algeria meledak gol keempat menerusi Yacine Brahimi pada minit ke-63 manakala gol Koo Ja-Cheol pada minit ke-72 sekadar gol saguhati. KOREA SELATAN: Sung-Ryong Jung; Yong Lee, Jeong-Ho Hong, Young-Gwon Kim, Suk-Young Yun; Chung-Yong Lee (Keun-Ho Lee, 64'), Kook-Young Han (Dong-Won Ji, 78'), Sung-Yueng Ki, Heung-Min Son; Ja-Cheol Koo, Chu-Young Park (Shin-Wook Kim, 57'). ALGERIA: Rais M'Bolhi; Aissa Mandi, Madjid Bouguerra (Esseid Belkalem, 89'), Rafik Halliche, Djamel Mesbah, Carl Medjani; Nabil Bentaleb, Yacine Brahimi (Mehdi Lacen, 77'); Sofiane Feghouli, Abdelmoumene Djabou (Nabil Ghilas, 73'), Islam Slimani. PENGADIL: Wilmar Roldan (COL) Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23 |
Posted: 22 Jun 2014 03:38 PM PDT Rio de Janeiro (Brazil): Jaringan lewat permainan Divock Origi membantu Belgium mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Rusia 1-0 dalam saingan Piala Dunia Kumpulan H di Stadium Maracana, awal pagi ini. Pemain remaja berusia 19 tahun itu merembat masuk gol kemenangan pada minit ke 88 hasil hantaran Eden Hazard yang bijak menggelecek pertahanan kanan Rusia. Perlawanan bermula dengan perlahan apabila kedua-dua pasukan kelihatan berhati-hati dan tidak melakukan sebarang percubaan berbahaya. Bagaimanapun pemain sayap Belgium, Dries Mertens menjadi ancaman buat Rusia apabila sering melakukan larian solo dan rembatan ke arah gol.
Belgium kini mendahului kumpulan H dengan enam mata, Rusia dan Korea Selatan satu mata manakala Algeria kosong. BELGIUM: Thibaut Courtois; Toby Alderweireld, Daniel Van Buyten, Vincent Kompany, Thomas Vermaelen (Jan Vertonghen, 31'); Axel Witsel, Marouane Fellaini, Dries Mertens (Kevin Mirallas, 75'), Kevin De Bruyne, Eden Hazard; Romelu Lukaku (Divock Origi, 57'). RUSIA: Igor Akinfeev; Aleksei Kozlov (Andrey Eshchenko, 62'), Vasily Berezutskiy, Sergey Ignashevich, Dmitry Kombarov; Denis Glushakov, Viktor Fayzulin, Oleg Shatov (Alan Dzagoev, 83'); Alexander Samedov (Aleksandr Kerzhakov, 90'), Maksim Kanunnikov, Alexander Kokorin. PENGADIL: Felix Brych (Jerman) Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23 |
Posted: 22 Jun 2014 03:37 PM PDT Kuala Terengganu: "Saya tidak berdaya membalas balik serangan empat beranak itu," kata Mohd Amir Amzar Zanuwa, 23, yang hampir putus tangan kanan selepas mendakwa diserang dengan gergaji oleh seorang lelaki bersama isteri dan dua anak di Felda Kertih 5, Kampung Ketengah Jaya, Dungun, Jumaat lalu. Kejadian jam 3 petang itu dipercayai berpunca apabila tukang rumah berkenaan bertanyakan mengenai SMS berbaur makian dihantar anak lelaki jiran sekampungnya yang berusia 17 tahun. Ketika mangsa pulang daripada menunaikan solat Jumaat di kampung itu, dia berhenti di rumah keluarga suspek bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan namun belum sempat bertanya, bajunya ditarik remaja terbabit dan berlaku pergelutan. Pada masa sama, muncul ibu remaja lelaki berkenaan berusia 50-an yang memukul kepala mangsa dari belakang dengan sebatang kayu menyebabkan dia terjatuh ke dalam longkang berhampiran. MOHD AMIR dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23 |
Posted: 22 Jun 2014 03:36 PM PDT Seberang Jaya: "Dia tetap keluar rumah walaupun dilarang saya dan ibunya," kata Suhaimy Yakin, 40, bapa kepada Nor Farizah, 18, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 8.6, Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspressway (BKE) di sini, semalam. Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, Nor Farizah yang membonceng motosikal bersama rakan lelakinya, Saiful Helmi Zulkiflee, 22, maut di tempat kejadian, manakala Saiful cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan dari belakang. Menurut Suhaimy, kira-kira jam 9 malam kelmarin, arwah ada meminta izin untuk keluar, namun dia dan isteri tidak membenarkannya. "Saya sendiri tidak menyangka dia tetap keluar ketika dijemput rakan lelaki menunggang motosikal," katanya yang menetap di Kulim, Kedah. KERETA yang terbabas masuk longkang dikejar sekumpulan penunggang motosikal. KEADAAN motosikal yang dilanggar kereta.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23 |
Posted: 22 Jun 2014 03:36 PM PDT Baling: Empat orang termasuk tiga sekeluarga maut apabila kereta dinaiki bertembung dalam kemalangan di Jalan Kulim-Baling berhampiran Kampung Binjol Tawar, dekat sini, jam 5.40 petang tadi. Difahamkan, seorang mangsa mati di tempat kejadian, manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Baling dan Hospital Kulim antara jam 8 malam hingga 9 malam tadi. Sumber berkata, kejadian berlaku apabila kereta Perodua Kancil dalam perjalanan dari arah Baling menuju ke Kulim, cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan Nissan Sentra berkenaan. Berikutan itu, katanya lelaki yang juga pemandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah dan tersepit pada tempat duduk pemandu kenderaan yang remuk.
Katanya, pihak polis sedang mengenal pasti identiti mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |