Obses kulit cerah |
- Obses kulit cerah
- Derma beli aset tentera
- Kepala berjahit 11
- Aura orang baru
- Tidak perlukan bedah kosmetik
Posted: 03 Jun 2014 01:25 PM PDT Kuala Lumpur: Obsesi untuk berkulit cerah merupakan antara faktor utama yang menyebabkan banyak manusia mengalami kekurangan Vitamin D, termasuk dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia, kata seorang pakar. Ketua Program Sains Pemakanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Poh Bee Koon berkata, selain lebih gemar berada di dalam bangunan, rakyat Malaysia terikat dengan pemikiran bahawa kulit yang cerah adalah antara kriteria untuk kelihatan cantik. "Mereka tidak mahu mendedahkan diri kepada sinar matahari. Kalaupun mereka keluar, mereka akan memakai sesuatu yang boleh melindung cahaya matahari seperti skrin pelindung matahari kerana percaya kulit yang cerah itu adalah kecantikan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Persidangan Saintifik ke-29 Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) di sini, hari ini. Gambar hiasan.
"Masalah hendak sangat berkulit cerah ini bukan sahaja ada di Malaysia, tetapi juga di Thailand, Indonesia dan Vietnam, sesuatu yang menyedihkan sedangkan kita mempunyai banyak cahaya matahari sebagai sumber asli Vitamin D," katanya. Dr Poh berkata, hanya sedikit makanan mengandungi Vitamin D semula jadi, antaranya kuning telur dan minyak ikan kod. Sementara itu, setiausaha NSM Prof Dr Norimah A. Karim berkata, ibu bapa kadangkala tersalah faham bahawa mendedahkan diri kepada matahari tidak baik untuk mereka serta anak-anak dan oleh itu lebih suka tinggal di dalam rumah. "Mendedahkan diri kepada matahari tidak mendatangkan masalah, terutama sekitar pukul 10 pagi, sebelum tengah hari. Keluarlah dan habiskan masa anda di luar rumah kerana ia sesuatu yang menyihatkan, semula jadi dan boleh mendapat Vitamin D secara percuma untuk anda dan anak-anak anda," katanya. Kekurangan Vitamin D didapati boleh menyebabkan penyakit riket (keadaan yang menyebabkan tulang menjadi lembut dan lemah serta boleh membawa kepada kecacatan tulang), osteoporosis dan penyakit autoimun. - Bernama |
Posted: 03 Jun 2014 11:23 AM PDT Putrajaya: Awas kepada mereka yang mudah bersimpati dan menghulurkan derma kerana tanpa sedar wang diterima individu tertentu dijadikan dana kepada kumpulan pengganas untuk membeli kelengkapan senjata ketenteraan dan melakukan pemberontakan di negara asal mereka. Kutipan derma itu ada yang mencecah jutaan ringgit walaupun mereka memintanya secara tertutup dengan berselindung sebagai pelarian dan memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) untuk meraih simpati orang ramai. Kegiatan kumpulan itu dibuktikan dengan penangkapan 12 individu warga Sri Lanka yang tinggal di Malaysia dan terbabit dalam penyaluran dana serta bantuan logistik bagi perjuangan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE). Antara mereka yang ditangkap termasuk KP Kumaran, pemimpin kedua LTTE pada 5 Ogos 2009 dan Sellathurai Shatalemar @ Su Rajan, Ketua Perolehan Logistik LTTE pada 31 Disember 2009. SEORANG daripada suspek pengganas LTTE yang ditahan pada 25 Mei lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/04 |
Posted: 03 Jun 2014 11:19 AM PDT Keningau: Bermula dengan pertengkaran mulut akibat salah faham, seorang lelaki menerima 11 jahitan di kepala manakala dua rakannya turut cedera dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki bersenjata tajam di Pasar Umum Keningau, di sini, pada 1 Jun lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Manayoh Raw Palamok, 39, cedera di kiri kepala akibat ditetak dengan parang manakala dua rakannya, Cyril Linus, 20, menerima lima jahitan akibat cedera di siku dan tangan kiri. Seorang lagi mangsa, Analem Tony Malip, 31, cedera di muka akibat terjatuh ketika cuba melarikan diri daripada serangan itu. Manayoh yang menerima 11 jahitan masih dirawat di wad Hospital Keningau dan keadaannya dilaporkan stabil manakala dua lagi rakannya sudah dibenarkan pulang. MANGSA yang ditetak dalam pergaduhan di Pasar Umum Keningau.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/04 |
Posted: 03 Jun 2014 10:49 AM PDT Kuala Lumpur: Kepimpinan baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ternyata mengamalkan pendekatan lebih terbuka dan mendengar pandangan pihak luar. Beberapa bekas pemain negara menghadiri perjumpaan dengan pemimpin FAM beberapa hari lalu diberi peluang menyatakan jurulatih difikirkan layak untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya bagi menggantikan Datuk K Rajagobal yang kontraknya tamat pada penghujung tahun lalu. "Mereka diberi peluang menyenaraikan jurulatih difikirkan layak mengemudi Harimau Malaya. Mereka perlu serah kepada FAM sebelum esok," menurut sumber rapat dengan badan induk bola sepak negara itu. Menurut laporan Arena Metro kelmarin, kepimpinan baru FAM mengadakan pertemuan dengan beberapa bekas pemain negara yang pernah mengharungi zaman kegemilangan bersama skuad negara pada era berbeza bagi mendapatkan pandangan kedudukan ketua jurulatih negara dan pemain mana yang harus mewakili Harimau Malaya terutamanya menjelang Piala AFF, hujung tahun ini. ABDULLAH amal pendekatan terbuka.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/04 |
Posted: 03 Jun 2014 08:23 AM PDT Setiap kali muncul di mana-mana majlis kehadirannya pasti mencuri tumpuan lensa jurugambar yang membuat liputan. Selepas memeriahkan sambutan Hari Ibu anjuran Rafflesia, kelibat penyanyi jelita Fauziah Latiff sekali lagi meraih perhatian ramai pada majlis pesona unggul SK-11 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Itulah dia aura dan pesona penyanyi popular lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Fauziah Latiff atau lebih mesra disapa Jee. Ternyata, penyanyi dan pelakon yang bakal meniti usia 44 tahun pada Disember nanti tetap jelita dan tampak muda dari usia sebenarnya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |