'Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya' |
'Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya' Posted: 21 Jun 2014 03:48 PM PDT Seremban: "Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami. "Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun," kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam. Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). FAIZAL memeriksa keadaan kanak-kanak OKU yang ditinggalkan dalam sebuah bilik kotor dan busuk di Nilai. Gambar kecil, Lola ketika ditemubual wartawan. Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun. "Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang," katanya. |
Posted: 21 Jun 2014 03:04 PM PDT Fortaleza (Brazil): Miroslav Klose berjaya menyamai rekod jaringan 15 gol dalam kejohanan Piala Dunia apabila menjaringkan gol penyamaan ketika seri 2-2 menentang Ghana di Estadio Castelao awal pagi ini. Mario Gotze menjaringkan gol pendahuluan Jerman pada minit ke 51 sebelum Andre Ayew menyamakan kedudukan tiga minit selepas itu. Penyerang Ghana, Asmoah Gyan kemudian mengejutkan Jerman apabila merembat masuk gol pendahuluan pada minit ke 63. Bagaimanapun, percaturan Joachim Loew memasukkan penyerang veteran Klose membuahkan hasil apabila dia menolak masuk gol penyamaan selepas sepakan sudut Toni Kroos ditanduk Benedikt Howedes pada minit ke 71.
JERMAN: Manuel Neuer; Jerome Boateng (Shkodran Mustafi, 46'), Per Mertesacker, Mats Hummels, Benedikt Howedes; Sami Khedira (Bastian Schweinsteiger, 70'), Philipp Lahm, Toni Kroos, Mesut Ozil; Thomas Muller, Mario Gotze (Miroslav Klose, 69'). GHANA: Fatau Dauda; Harrison Afful, John Boye, Jonathan Mensah; Kwadwo Asamoah, Sulley Muntari, Mohammed Rabiu (Emmanuel Agyemang-Badu, 78'), Christian Atsu (Mubarak Wakaso, 72'), Andre Ayew; Kevin-Prince Boateng (Jordan Ayew, 52'), Asamoah Gyan. PENGADIL: Sandro Ricci (Brazil) Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/22 |
Posted: 21 Jun 2014 12:10 PM PDT Belo Horizonte (Brazil): Lionel Messi sekali lagi muncul wira apabila menjaringkan gol pada masa tambahan untuk membantu Argentina menewaskan Iran 1-0 sekaligus mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Dunia Kumpulan F di Estadio Mineirao awal pagi ini. Argentina mendominasi perlawanan seawal sepak mula namun sukar menembusi benteng pertahanan Iran, yang melakukan beberapa serangan balas berbahaya. Penjaga gol, Sergio Romero sebelum itu menyelamatkan maruah Argentina apabila membuat tampanan hebat daripada percubaan berbahaya Reza Ghoochannejhad dan Ashkan Dejagah. Permainan seakan berakhir seri menghampiri minit ke 91 apabila Messi menjaringkan gol menerusi rembatan kaki kiri yang menerjah gawang melepasi penjaga gol Iran, Alireza Haghighi.
ARGENTINA: Sergio Romero; Pablo Zabaleta, Federico Fernandez, Ezequiel Garay, Marcos Rojo; Fernando Gago, Javier Mascherano, Angel Di Maria (Lucas Biglia, 90'); Lionel Messi, Gonzalo Higuain (Rodrigo Palacio, 76'), Sergio Aguero (Ezequiel Lavezzi, 76'). IRAN: Alireza Haghighi; Pejman Montazeri, Jalal Hosseini, Amir Hossein Sadeghi, Mehrdad Pooladi; Andranik Timotian, Javad Nekounam, Ehsan Haji Safi (Reza Haghighi, 88'); Ashkan Dejagah (Alireza Jahanbakhsh, 85'), Masoud Shojaei (Khosro Heydari, 76'), Reza Ghoochannejhad. PENGADIL: Milorad Mazic (Serbia) Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |