Salah buru

Salah buru


Salah buru

Posted: 02 Jun 2014 03:04 PM PDT

MALAYSIA yang yakin seri dengan Belgium pada aksi kedua Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 terpaksa menerima hakikat lawan yang berada di kedudukan ranking kelima dunia itu sukar dirempuh apabila tewas 2-6, di Stadium Green Fields, The hague, Belanda, awal pagi tadi.

Ketua jurulatih negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah, berkata membiarkan ayam tambatan Belgium, Tom Boon, untuk menjaringkan empat gol pada perlawanan itu adalah satu kesilapan besar.

Kekalahan itu adalah yang kedua selepas tewas 0-4, kepada Australia pada perlawanan pembukaan, Sabtu lalu.

Begitupun, skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah bermula baik apabila berada di depan seawal minit kelima hasil pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abd Rahim.

Foto

TOM Boon meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.


Namun, Belgium menyamakan kedudukan menerusi pukulan stroke yang disempurnakan Boon minit ke-14 sebelum Malaysia kembali di depan hasil pukulan sudut penalti Muhammad Razie, lima minit kemudian.


Boon sekali lagi menyamakan kedudukan minit ke-24 hasil pukulan sudut penalti sebelum meledak hatrik pada minit ke-31 menerusi jaringan padang.

Bersambung babak kedua, Belgium terus mengukuhkan kedudukan dengan menjaringkan tiga gol sumbangan Tanguy Cosyns minit ke-37, Boon minit ke-45 serta John Dohmen minit ke-57.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/03

Genggam surat pilu 4 dekad

Posted: 02 Jun 2014 11:04 AM PDT

Kota Bharu: "Demi kebahagiaan, kami terpaksa serahkan kamu kepada orang lain yang lebih berkemampuan." Demikian kandungan surat yang ditulis ibu berketurunan Cina sebelum menyerahkan anaknya kepada keluarga angkat sejak 40 tahun lalu.

Rohani Hasan yang ketika itu berusia sebulan diserahkan kepada keluarga angkat berbangsa Melayu berikutan desakan hidup keluarganya ketika itu.

Rohani, 40, berkata, meskipun sudah terlalu lama terpisah dengan keluarga kandung, dia yakin dapat bertemu dengan mereka berdasarkan surat itu dan tiga keping gambar yang masih disimpan hingga kini.

"Surat dan gambar ini diberikan kepada saya ketika berusia 16 tahun, selepas diberitahu mengetahui status sebenar oleh arwah ayah dan ibu angkat iaitu Datuk Hasan Yaacob serta Nik Kamariah Nik Ismail.

Foto

ROHANI dan anak menunjukkan gambar dia bersama tiga adik-beradik dan surat daripada ibunya.


"Saya akui terlalu sedih sebaik diberitahu perkara sebenar kerana tidak sangka keluarga kandung sanggup melakukan demikian. Namun apabila arwah emak (Nik Kamariah) menyerahkan surat berkenaan yang ditulis dalam bahasa Cina bersama gambar, hati saya cukup tersentuh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/03

Maut melayang keluar MPV

Posted: 02 Jun 2014 10:58 AM PDT

Shah Alam: Seorang remaja terbunuh selepas tercampak keluar dari kenderaan dinaikinya dalam kemalangan ngeri di Kilometer 2.6, Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala ke ibu negara, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Syahir Hamidi Suradi, 16, berasal dari Marang, Terengganu, tercampak keluar dari kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Alphard yang berlanggar dan menghempap sebuah lagi kenderaan model Nissan Almera.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Shah Alam Deputi Superintendan Goh Lee Shen berkata, kejadian berlaku jam 7 malam apabila kedua-dua kenderaan itu yang datang dari Klang bergesel ketika berada di lokasi kejadian.

"Akibat pergeseran itu, pemandu kedua-dua kenderaan hilang kawalan lalu terbabas sebelum kenderaan dinaiki mangsa merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya itu.

Foto

KEADAAN dua kenderaan yang terbabit nahas.


"Kenderaan dinaiki mangsa melambung dan menghempap bahagian hadapan dan bumbung Nissan Almera berkenaan sejurus merempuh pembahagi jalan," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/03

Macam kena mandrem

Posted: 02 Jun 2014 10:09 AM PDT

Bukit Mertajam: Seorang pembantu kedai emas mendakwa dirinya seperti dipukau selepas hanya melihat dua lelaki melarikan dua utas rantai bernilai RM20,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Jalan Tembikai, Taman Mutiara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, dua lelaki berkenaan masuk ke dalam premis terbabit dengan berpura-pura sebagai pelanggan sebelum meminta wanita berusia 36 tahun itu mengeluarkan lima utas rantai dipamerkan di meja pameran kedai berkenaan.

Namun, mereka yang berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris itu dikatakan berpura-pura meneliti rantai berkenaan sebelum beredar dari premis terbabit menggunakan sebuah kereta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan sedang melakukan gerakan susulan memburu dua suspek terbabit.

Foto

PEGAWAI polis menyoal siasat seorang individu dipercayai pemilik kedai emas.


Beliau berkata, hasil siasatan awal, pihaknya percaya dua lelaki berkenaan warga Pakistan berusia 20-an dan 30-an, malah ketika berurusan di kaunter, suspek terbabit menggunakan bahasa Inggeris.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/03

Menghitung hari lahirkan zuriat

Posted: 02 Jun 2014 09:47 AM PDT

Usah diungkit lagi kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini. Dramatis terkenal yang kini tampil anggun berhijab, Lisdawati menganggap kes pergaduhannya dengan pelakon sensasi Shaarnaz Ahmad itu sudah pun selesai.

Secara peribadi, Lisdawati yang baru kembali dari Tanah Suci Makkah tidak mahu memanjangkan lagi kes berkenaan.

"Sebenarnya, sebelum berangkat menunaikan umrah bersama suami Fauzi Nawawi saya sudah pun memaafkan semua orang termasuk Sharnaaz. Saya turut berdoa di depan Kaabah memohon petunjuk dalam kes saya dan Sharnaaz itu. Saya memohon ampun kepada Allah SWT jika benar saya yang bersalah dalam hal itu.

"Namun jika saya yang teraniaya, saya berdoa semoga Allah SWT tunjukkan kebenaran kerana sampai sekarang, saya masih tertanya-tanya punca dia (Sharnaaz) menyerang saya di lokasi drama berkenaan," katanya yang pernah menunaikan umrah pada 2011 dan 2012.


Bagaimanapun, kata pemilik nama sebenar Nisdawati Nazaruddin, 36, ini dia berharap kes berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/03