Kalau belum ajal...

Kalau belum ajal...


Kalau belum ajal...

Posted: 04 Jun 2014 03:48 PM PDT

Melaka: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terperangkap hampir setengah jam di dalam kereta datuknya selepas kenderaan itu musnah ditimbus tebing runtuh di Taman Cheng Perdana, Cheng, di sini tadi.

Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, turut mengakibatkan dua kereta jenis BMW dan Toyota Wish rosak selepas masing-masing ditimbus dan terkena serpihan runtuhan.

Bagaimanapun, mangsa Koh Sue Siang yang hanya cedera ringan di kaki berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dibantu orang awam menggunakan jengkaut.

Jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.34 malam dan tiba jam 10.50 malam.

Foto

KERETA dinaiki mangsa musnah. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

Foto

MANGSA yang tersepit. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan


"Seramai 13 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu serta Tangga Batu ke lokasi,


Mangsa yang berjaya dikeluarkan jam 10.58 malam dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Nyaris ditelan 'kepala air'

Posted: 04 Jun 2014 03:47 PM PDT

Yan: Suasana menyeronokkan sembilan bersaudara termasuk lima sekeluarga orang kelainan upaya (OKU) berkunjung ke kawasan rekreasi Air Terjun Titi Hayun, dekat sini, untuk berkelah berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam kejadian arus deras, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku jam 1 tengah hari ketika semua mangsa termasuk tiga kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun sedang mandi sebelum hujan lebat dan disusuli arus deras.

Seorang mangsa, Hayati Abdul Rahman, 42, dari Kuala Kedah berkata, dia datang berkelah di kawasan rekreasi berkenaan bersama keluarga sepupunya sempena cuti sekolah dengan membawa dua anak dan seorang cucu.

Katanya, sepupunya, Nor Zaini Zainal, 43, yang mengalami kecacatan pendengaran dan percakapan datang bersama suaminya dan juga tiga anak mereka yang juga berstatus OKU sama.

Foto

ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam arus deras di air terjun Titi Hayun, semalam.


"Kami tiba di kawasan rekreasi ini jam 11.30 pagi dan selepas makan, kami mula mandi, tetapi secara tiba-tiba hujan lebat sehingga air mula naik, sekali gus berlaku arus deras.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Perkenalan bawa ke ranjang

Posted: 04 Jun 2014 03:47 PM PDT

Johor Bahru: Sudahlah maruah tergadai, wang pula digelapkan kekasih hati. Itu padah menimpa seorang wanita apabila dengan mudah mempercayai seorang duda yang baru dikenali menerusi laman sosial Tagged.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 38, berkata, dia bukan saja malu selepas maruahnya tergadai, malah bertambah sakit hati selepas wang pampasan diterima kerana berhenti kerja secara sukarela di sebuah kilang berjumlah kira-kira RM10,000 hangus di tangan lelaki berkenaan.

"Kalau ikutkan memang sakit hati dan sedih, tetapi apa boleh buat kerana saya tidak nampak permainannya sebab ketika itu saya sayangkannya kerana dia berjanji mahu menikahi saya.

"Dia sepatutnya berjumpa keluarga saya pada 25 Mei lalu, tetapi batang hidung pun langsung tidak nampak, saya memang menyesal," katanya ketika ditemui, semalam.

Foto

AYU menunjukkan laporan dan mesej pesanan ringkas yang diterima.


Menurutnya, selepas putus tunang tujuh tahun lalu dan tidak mempunyai kekasih sehingga hatinya kembali berbunga selepas mengenali duda dua anak itu pada penghujung tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

'Saya bahagia sekarang'

Posted: 04 Jun 2014 01:45 PM PDT

Kuala Lumpur: "Apa yang dia katakan itu, itulah. Doakan yang terbaik," kata pelakon Nad Zainal mengesahkan hubungannya barunya dengan pelakon Hefny Sahad yang diperkatakan kebelakangan ini.

Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, pengakuan Hefny dalam temu bual sebuah program televisyen kelmarin, dilakukan dengan persetujuan bersama.

"Dia ada hubungi saya dulu sebelum buka mulut. Memang benda itu betul cuma saya tak nak bagi komen lanjut buat masa ini," katanya melalui WhatsApp di sini, petang semalam.

Nad membuat pengakuan itu susulan pendedahan Hefny ketika ditemubual program hiburan televisyen, kelmarin.

Foto

HEFNY Sahad (kiri) dan NAD Zainal


Hefny mengakui mereka kini intim dan ia lebih daripada hubungan kawan biasa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Sedia gempur!

Posted: 04 Jun 2014 12:12 PM PDT

Kuala Lumpur: Jentera serangan skuad negara sudah bersedia untuk menggempur gawang England apabila kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan ketiga Kumpulan A saingan Piala Dunia, hari ini.

Selepas gagal menggegar kubu lawan pada dua perlawanan pertama, skuad negara dilihat lebih berpeluang menjaringkan gol menerusi gerakan padang apabila bertemu England berbanding Australia dan Belgium sebelum ini yang sememangnya berada dalam kelas tersendiri.

Penyerang negara, Hafifi Hafiz Hanafi berkata, tiada yang mustahil untuk menjaringkan gol menerusi gerakan padang kerana rekod pertemuan dengan England sebelum ini menyaksikan barisan serangan negara pernah melakukannya ketika bertemu pasukan ranking keempat dunia itu.

"Penyerang seperti Faizal Saari, Ismail Abu, Firhan Ashaari dan Tengku (Ahmad Tajuddin Abd Jalil) pernah jaringkan gol ketika bertemu England.

Foto

AKSI pemain negara ketika perlawanan menentang Belgium.


"Saya sendiri kalau ada peluang jaringkan gol akan memanfaatkan sebaik-baiknya. Yang penting kami perlu jaringkan gol untuk meraih mata pada tiga perlawanan terakhir kumpulan," katanya yang hampir-hampir menjaringkan gol padang untuk skuad negara ketika bertemu Australia pada perlawanan pertama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05