Najib garis empat cadangan tambah baik peranan pegawai daerah

Najib garis empat cadangan tambah baik peranan pegawai daerah


Najib garis empat cadangan tambah baik peranan pegawai daerah

Posted: 23 Jun 2014 03:31 AM PDT

gambar sebelum  gambar berikut
Foto

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalam dengan pegawai-pegawai daerah sambil diperhatikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas berucap merasmikan Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Foto

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap dan merasmikan Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah 2014 di PICC, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Foto

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima cenderahati dari Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi (dua dari kiri) selepas berucap merasmikan Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah 2014 di PICC, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menggariskan empat cadangan utama yang boleh dilaksanakan pegawai daerah bagi menambah baik peranan mereka termasuk kemampuan unTuk mengukuhkan hubungan dengan rakyat di peringkat akar umbi.

Perdana Menteri berkata, pegawai daerah harus turun padang bagi bersemuka dan merasai denyut nadi rakyat.

"Pegawai daerah juga perlu menjadi orang yang boleh menyelesaikan masalah dan bukan orang yang buat masalah.

"Mereka juga perlu memahami isu semasa seperti GST dan memberi penerangan yang tepat kepada rakyat kenapa langkah terbabit dilaksana kerajaan.

"Selain itu mereka juga perlu mempunyai sensitiviti terutama tidak memandang ringan membabitkan soal tanah adat dan juga tanah kelompok," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah 2014 di sini sebentar tadi.

Tiada PRK di DUN Bukit Assek - Pengerusi SPR

Posted: 22 Jun 2014 11:40 PM PDT

Tiada PRK di DUN Bukit Assek - Pengerusi SPR Wong Ho Leng

PUTRAJAYA: Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek, Sarawak berikutan kematian wakil rakyat DAP, Wong Ho Leng, minggu lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata keputusan SPR itu dibuat dengan mengambil kira peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.

Berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun, sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN.

"PRK hanya perlu diadakan di DUN Bukit Assek sekiranya tempoh mandat kurang daripada tiga tahun. Kematian berlaku selepas itu, iaitu dua tahun terakhir atau selepas tiga tahun pertama.

Jadi dalam Perlembangan Malaysia dan juga dalam Perlembagaan Sarawak, tidak ada pilihan raya kecil perlu diadakan walaupun berlaku kekosongan kerusi di luar jangka. Itu keputusan dalam perlembagaan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Hari Inovasi SPR 2014 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPR 2013, di sini hari ini.

Wong, 54 yang juga bekas Pengerusi DAP Sarawak meninggal dunia di Pusat Perubatan Rejang, Sibu pada 21 Jun akibat barah otak.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011, Wong memenangi kerusi DUN Bukit Assek dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Chieng Huong Toon dan calon Bebas Hii Tiong Huat dengan majoriti 8,827 undi.
Abdul Aziz berkata sidang DUN Sarawak bermula 20 Jun 2011, manakala tarikh kematian wakil rakyat DAP itu dengan tempoh berkenaan adalah tiga tahun satu hari bermakna lebih sehari daripada peraturan mewajibkan PRK.

"Tempoh matang DUN Sarawak ialah pada 20 Jun 2016. Bagaimapun Ketua Menteri boleh mengadakan pilihan raya lebih awal daripada tempoh matang tersebut dengan dipersetujui Yang Dipertua Negeri Sarawak dan undang-undang sedia ada," katanya.

Menurutnya pihak SPR juga masih belum menerima maklumat rasmi daripada Speaker DUN Sarawak mengenai kematian bekas Anggota Parlimen DAP Sibu itu.

Pada majlis hari ini, 47 pegawai SPR diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 48 pegawai menerima sijil kepujian, selain 35 pegawai yang berkhidmat lebih 40 tahun dan 19 pegawai yang akan bersara diraikan oleh Abdul Aziz. - BERNAMA

Wanita UMNO tubuh Tabung Adik Firdaus - Shahrizat

Posted: 22 Jun 2014 11:03 PM PDT

Wanita UMNO tubuh Tabung Adik Firdaus - ShahrizatKETUA Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersama isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Salbiah (dua dari kanan) melawat remaja orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, hari ini. - Foto Hazreen Mohamad

SEREMBAN: Pergerakan Wanita UMNO hari ini menubuhkan 'Tabung Adik Firdaus' untuk membantu remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui dalam keadaan menyedihkan, Sabtu lalu.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata beliau sendiri menyumbangkan RM2,000 untuk memulakan tabung itu.

Selain itu, katanya isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin, menyumbangkan jumlah yang sama.

"Wanita UMNO seluruh negara sedia digerakkan untuk membantu Firdaus, termasuk mengambilnya sebagai anak angkat pergerakan itu," katanya selepas melawat remaja berkenaan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), di sini hari ini.

Remaja OKU sah tidak didera, tapi diabaikan - Pengarah Hospital Seremban

Posted: 22 Jun 2014 08:40 PM PDT

SEREMBAN: Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat, mengesahkan remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, tidak didera tetapi tetapi keadaan fizikalnya yang kurus kering adalah akibat pengabaian.

AJK Pas Pusat maut kemalangan dekat Kuala Berang

Posted: 22 Jun 2014 08:05 PM PDT

AJK Pas Pusat maut kemalangan dekat Kuala Berang Datuk Abu Bakar Chik

KUALA BERANG: Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, 64, meninggal dunia dalam kemalangan di KM390 Jalan Bukit Besi-Ajil, Terengganu pada kira-kira jam 3.16 pagi tadi.

Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Berang.

Pembantunya, Hasmizi Hassan cedera dan dirawat di hospital berkenaan.

Difahamkan kereta Toyota Camry mangsa melanggar belakang van Nissan Vannete yang dinaiki enam penumpang.

Van berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Zaitun Salleh dan lapan anak.

Allahyarham adalah bekas Exco Kerajaan Pas Terengganu 1999-2004.

Rawatan pemulihan ambil masa

Posted: 22 Jun 2014 03:02 PM PDT

Rawatan memulihkan Muhammad Firdaus Dullah, 15, remaja yang ditemui dalam keadaan kurus kering di rumahnya di Nilai kelmarin, dijangka mengambil masa.

Remaja menghidap celebral palsydia yang tidak dijaga dengan rapi sejak setahun lalu itu hanya tinggal kulit dan tulang ketika ditemui.

Pengarah Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Datuk Dr Jaafar Che Mat, berkata doktor pakar akan merawat Muhammad Firdaus dengan rapi untuk mempertingkatkan tahap kesihatannya.

Katanya, keadaannya stabil dan pemeriksaan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan wujud sebarang unsur penderaan fizikal.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, badannya hanya tinggal tulang dan kulit kerana tidak diberi makan secara sempurna. Ini menyebabkannya memerlukan tempoh lama untuk pulih," katanya semalam.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/