Berdarah malam pertama |
- Berdarah malam pertama
- Campak wang dalam hutan
- 6 bakar suar ditahan
- Impak saat akhir
- Pendaki ceburi dunia lakonan
- Video 'pailang' makan diri
Posted: 08 Jun 2014 01:50 PM PDT "Biar suami sihat, baru kami bersanding," kata Nor Diana Ayu Zainuddin, 26, isteri Mohamad Saiful Khairi Mat Jidi, 28, yang terbabit dalam kemalangan pada malam pertama perkahwinan mereka di Kampung Padang Midin, di sini, kelmarin. Menurut Nor Diana, kemalangan jam 1.30 pagi itu berlaku selepas suaminya yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, bersama bapa saudara dan rakan dalam perjalanan pulang rumah tumpangan tidak jauh dari kediamannya. Katanya, suaminya yang memandu Toyota Hilux hilang kawalan selepas dirempuh sebuah kereta dari belakang menyebabkan kenderaan suaminya terjunam ke dalam bahu jalan yang curam. "Kami diakad nikah jam 5 petang Jumaat lalu dan selepas itu sibuk berbincang mengenai pelamin untuk bersanding. Dia pulang ke rumah tumpangan ahli keluarga pada jam 1.30 pagi selepas semua urusan di rumah saya selesai. "Hampir pengsan saya apabila dimaklumkan suami terbabit dalam kemalangan itu," katanya ketika ditemui menemani Mohamad Saiful di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam. Nor Diana berkata, dia hanya mampu mengucap panjang selepas melihat suami diangkat pegawai perubatan di tempat kejadian. "Lutut jadi lemah dan tidak berdaya melihat keadaannya yang cedera parah, manakala rakannya cedera di kaki dan muka. Dapatkan Akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/09 |
Posted: 08 Jun 2014 01:46 PM PDT Seorang juruteknik syarikat kawalan keselamatan menangis kesal ketika disoal-siasat selepas diberkas polis kerana dipercayai melarikan wang tunai RM235,280 yang diambilnya dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin pendeposit wang tunai (CDM) di Kampar serta Ipoh, Jumaat lalu. Berdasarkan siasatan awal, lelaki berusia 23 tahun itu mengaku melarikan semua wang tunai terbabit ketika bertugas memungut wang dari bank berkenaan pada 3 Jun lalu sebelum menyembunyikan duit itu di dalam hutan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak Superintendan Maszely Minhad berkata, ketika disoal siasat, suspek mengaku melakukan pecah amanah melarikan wang tunai terbabit dengan menyorokkan di dalam jaket semasa proses memungut wang tunai dilakukan. "Suspek yang baru bekerja selama 14 bulan di syarikat kawalan keselamatan terbabit hanya menangis ketika ditanya motif sebenar dia melakukan perbuatan jenayah itu serta mendakwa kesal melakukannya hingga menyebabkan tiga rakan sekerja lain yang tidak bersalah turut diberkas polis. "Pemuda yang masih belum berkahwin dan menetap bersama keluarganya di Malim Nawar, Kampar itu juga mendakwa tidak mempunyai masalah kewangan atau hutang hingga mendorongnya melarikan wang berkenaan, namun kami tidak tahu sama ada itu hanya lakonannya saja selepas berjaya dicekup," katanya dalam sidang media, di sini, semalam. Maszely berkata, dalam kes terbabit, pihaknya menerima laporan kehilangan wang tunai daripada syarikat kawalan keselamatan beroperasi di Ipoh mengatakan wang pungutan mesin ATM dan CDM pada 3 Jun lalu dikesan ghaib. "Syarikat terbabit pada awalnya membuat siasatan dalaman, namun gagal mengesan duit berkenaan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat pada jam 8.59 malam, Rabu lalu. "Hasil siasatan awal pada jam 5.20 petang, Khamis lalu, polis memberkas tiga pengawal keselamatan yang bertugas membuat pungutan wang pada hari berkenaan, namun semua mereka mengaku tidak mengetahui berhubung wang yang dilarikan itu. "Polis kemudian pada keesokan harinya memberkas juruteknik berusia 23 tahun yang turut bertugas pada hari sama dan hasil soal-siasat, suspek mengaku melarikan semua wang berkenaan serta mencampakkannya ke dalam hutan," katanya.
|
Posted: 08 Jun 2014 01:46 PM PDT Kedegilan sekumpulan lelaki yang membakar suar ketika berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA antara Pahang dan FELDA United memakan diri apabila ditahan polis di Stadium Shah Alam, malam kelmarin. Enam lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan di dalam dan di pekarangan stadium itu kerana didapati melakukan pembakaran bahan yang dilarang pihak berkuasa. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ruslan Abdullah berkata, lima individu ditahan di dalam stadium dan seorang lagi di tahan di kawasan luar stadium. "Semua suspek yang ditahan untuk siasatan lanjut dibebaskan selepas keterangan diambil dan polis akan merujuk perkara ini kepada timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan arahan seterusnya. "Tindakan mereka ini membahayakan penonton lain dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 357 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, polis menasihatkan penyokong sesebuah pasukan supaya tidak membawa barang yang berbahaya ke dalam stadium ketika perlawanan.
|
Posted: 08 Jun 2014 01:45 PM PDT Perbincangan ringkas ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan dan pertahanan import, Damion Stewart pada lewat perlawanan membolehkan Tok Gajah mempamer kebangkitan dramatik untuk menjulang Piala FA edisi ke-25, malam kelmarin. Berdasarkan perancangan awal, R Surendran sepatutnya dimasukkan sebagai pemain gantian ketiga menggantikan Matias Conti yang cedera namun hasrat berkenaan dibatalkan dan digantikan dengan Zesh Rahman pada minit ke-79 sekali gus membolehkan Stewart diletakkan di jentera serangan. "Dia ingat Pahang masih ada dua pertukaran namun sebenarnya tinggal satu saja. Kami berbincang dan dia mahu beraksi di bahagian atas (serangan) dengan kami selalu menggunakan ketinggian yang dimilikinya sekiranya sedang ketinggalan. "Apabila dia berada di atas, bahagian bawah tidak boleh leka dan saya membuat keputusan membawa masuk Zesh," kata Zainal yang meraih gelaran kedua Piala FA selepas 2006. Kehadiran Stewart di bahagian serangan Tok Gajah nyata memberi impak besar apabila Pahang menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu menerusi rembatan kencang Mohd Faizol Hussain disusuli jaringan kemenangan pemain import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme ketika perlawanan berbaki seminit untuk meraih kemenangan 2-1. "Terdapat komunikasi (dengan Zainal), saya gembira ia adalah keputusan yang tepat (memasukkan Zesh). Dapatkan Akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/09 |
Posted: 08 Jun 2014 01:45 PM PDT Berminggu lamanya wajah jejaka ini menghiasi kaca TV sebagai peserta program realiti Fear Factor Malaysia musim kedua (FFM2). Popularitinya kemudian semakin meningkat apabila dia muncul juara program berkenaan. Perlahan-lahan nama dan kelibatnya mencuri perhatian walaupun dia bukanlah selebriti. Barangkali kehadirannya menarik tumpuan kerana nilai komersial yang ada pada rupa parasnya. Dia sendiri tidak menduga impak yang bakal diterima hingga membawanya ke limpahan lampu glamor dunia hiburan tempatan. Mohd Redha Rozlan atau Redha, 25, masih terlalu baru untuk mencerna percaturan dunia seni. Apalagi dengan niat asalnya hanya mahu menyertai FFM2 tidak lain disebabkan mahu menang di samping mencabar keupayaannya.
Ternyata memang masih tebal rasa canggung padanya sewaktu memulakan bicara bersama Redha bila mana ketara di situ dia bergelut mengatur jawapan kepada soalan diberi. Namun, dia bersungguh-sungguh memberi jawapan terbaik biarpun kadang-kadang kurang pasti. Sempat bercerita me�ngenai pengalamannya dalam program itu, segala yang dirancang dan disasarkan nampaknya tidak berjalan seperti dipinta. Apalagi gandingannya bersama Erin, dia mengakui sebenarnya tidak terfikir akan menjadi juara. "Lulus saja uji bakat dan berjaya terpilih, saya menyenaraikan semua artis lelaki untuk digandingkan dalam program itu kelak. Saya rasakan itulah strategi terbaik untuk menang terutama sekali apabila membabitkan cabaran fizikal. "Bila diumumkan bergandingan dengan Erin, saya sebenarnya agak kecewa, tapi jelas ada hikmah kerana keserasian antara kami sangat baik. Walaupun dia jenis banyak ragam takut itu-ini dan suka menangis, tapi satu hal mengenainya dia jenis tidak berputus asa. "Dari segi cabaran pun memang mengejutkan kerana musim pertama semua cabaran aksi lasak saja. Namun, pada musim ini, kami dapat cabaran makan pula yang mana bagi saya itulah tugasan paling mencabar," kata�nya. Masih naif Naif. Itulah gambaran tepat buatnya dan kerana itu terbit rasa was-was andai dia benar-benar sudah bersedia menempuh dunia glamor atau tidak. Apa hala tuju yang ditetapkannya sendiri dalam industri ini? Jika di FFM2, baik cabaran lasak menguji fizikal hinggalah memakan bangkai haiwan mampu dilepasi, ironinya kata Redha dia lebih takut memasuki industri. Bukan bererti tidak ingin tapi timbul kegusaran apatah lagi bercakap pasal lakonan. "Tiada langsung niat mahu terjun bidang lakonan sewaktu mendaftar masuk Fear Factor Malaysia. Pengalaman pun sifar dan itu yang terkejut apabila diberikan watak dalam drama tanpa diuji bakat sewaktu program berkenaan masih berlangsung. "Lagilah terkejut apabila sudah menang dapat panggilan sana-sini untuk berlakon, fotografi dan lain-lain. Disebabkan itulah saya menjadi sedikit takut kerana sudah mencuba lakonan, ternyata ia satu benda yang sangat sukar. "Ini semua baru untuk saya dan tidak terfikir langsung betapa susah sebenarnya menjadi pelakon kerana kena hafal skrip, bermain emosi dan harus sabar di lokasi penggambaran," katanya yang terpaksa menolak satu tawaran baru-baru ini gara-gara kurang yakin mampu menggalasnya. Terlanjur masuk dalam industri hiburan, dia memegang kata-kata azimat daripada beberapa orang agar tidak membazirkan 'tiket ekspres' itu. Lagipun, inilah masa�nya buat dia 'buat duit' dan alang-alang peluang sudah terbentang. Namun begitu, dia me�ngakui bukanlah pembabitannya hanya kerana berpaksikan wang ringgit semata sebaliknya dia sendiri tidak mahu sia-siakan peluang itu. Dia sendiri ingin melihat sejauh mana dia akan pergi dalam industri. Dapatkan Akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/09 |
Posted: 02 Jun 2014 07:33 AM PDT Kota Samarahan: Polis mengesahkan kertas siasatan berhubung kejadian seorang pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah di sini, sudah lengkap dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman ketika dihubungi berkata satu kertas siasatan dibuka mengenai kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Katanya, tiga suspek pelajar tingkatan empat ditahan untuk siasatan lanjut dan sudah dibebaskan dengan jaminan. "Siasatan lengkap sudah dijalankan dan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk pertuduhan yang dijangka dilakukan minggu ini.
Difahamkan, mangsa dibelasah kerana suspek mengesyaki mangsa mengadu kepada pihak sekolah yang mereka mencuri baju sukan di asrama. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |