Tak sempat tengok anak

Tak sempat tengok anak


Tak sempat tengok anak

Posted: 06 Jun 2014 03:27 PM PDT

Serdang: Niat seorang suami pergi ke kuil bagi mendoakan isteri selamat melahirkan anak sulung berakhir tragedi selepas ditembak mati dalam kejadian di hadapan sebuah kuil di Jalan Bandar 3, Puchong.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa A Ragan,31, yang menjalankan perniagaan kedai bunga di Puchong dan Klang itu cedera di bahagian kepala dan badan.

Anak saudara mangsa, Kalidasan Parmasivam, 15, berkata ketika kejadian dia, mangsa dan neneknya baru selesai bersembahyang bagi mendoakan keselamatan isteri mangsa.

Katanya, isteri mangsa yang mengandung anak sulung itu sudah dimasukkan ke wad dan dijangka bersalin esok.

"Ketika kami bertiga berjalan ke arah kereta, saya nampak seorang lelaki berpakaian serba hitam berlari ke arah pakcik (mangsa) dari arah belakang.

"Secara tiba-tiba dia melepaskan tembakan yang mengenai pakcik sebelum dia jatuh dan kesempatan itu digunakan suspek berjalan ke arahnya sebelum tembak sekali lagi di bahagian kepala dari jarak dekat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, dia menjerit meminta tolong namum tiada sesiapa berani mendekati mereka dan dia nampak suspek lelaki itu berlari ke arah lebuh raya dan menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Foto

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/06

Pengurusku bidan

Posted: 06 Jun 2014 03:27 PM PDT

Kuala lumpur: Seorang pengurus wanita sebuah syarikat sanggup menjadi bidan terjun membantu seorang warga Indonesia yang mahu melahirkan bayi di dalam keretanya ketika dalam perjalanan ke hospital, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, wanita dikenali sebagai Tan berusia 40-an itu berusaha membantu wanita itu bersalin dengan mengikut arahan diberikan petugas perubatan menggunakan telefon bimbit di Jalan Metro Perdana, Kepong di sini.

Tan berkata, dia yang menjalankan perniagaan syarikat ubah suai kediaman pada mulanya hanya mahu menumpangkan pulang seorang pekerja lelaki warga Indonesia, Samudi, 34.

"Sebaik tiba di pekarangan rumahnya, Samudi terkejut apabila isterinya Todiahor, 29, mendakwa sakit mahu bersalin. Saya kemudian segera mengarahkannya masuk ke dalam kereta. Saya cuma berfikir mahu menghantarkannya ke klinik atau hospital berhampiran.

Foto

TODIAHOR mendakap bayi yang baru dilahirkan.


"Bagaimanapun kesesakan lalu lintas menyebabkan saya panik dan sukar untuk melepasi Jalan Kepong di sini," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

Sengsara 4 tahun berakhir

Posted: 06 Jun 2014 03:26 PM PDT

Kuala Lumpur: Helah untuk menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris bagi mendapatkan dokumen peribadi dan pendaftaran anak-anak membolehkan Nur Sri Rahayu Marimon, 24, keluar dari rumah keluarga mentuanya di Morang, Nepal, sebelum ke Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

Menurutnya, dengan helah itu juga, dia nekad melarikan diri pada waktu malam menaiki bas sejauh 500 kilometer ke Kedutaan Malaysia di ibu negara itu pada 28 April lalu dengan hasrat untuk pulang menemui keluarga dan melupakan kesengsaraan lebih empat tahun dijadikan hamba abdi oleh keluarga mentua sendiri.

Tepat jam 6.25 pagi semalam, dia yang mesra dipanggil Ayu bersama dua anaknya, Aiman, 8, dan Azam, 6, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dan dengan linangan air mata, dia memeluk erat ibunya Jaliah Tamin, 52, dan berkali-kali memohon maaf kepada orang tuanya itu.

Sambil menyatakan kekesalannya atas apa yang berlaku, Ayu tanpa segan silu menceritakan bagaimana dia 'diperalatkan' suaminya yang mengajaknya ke kampung halaman di Nepal untuk bercuti sebelum dia diperlakukan seperti hamba selepas suaminya berhijrah ke Qatar untuk bekerja.

Foto

AYU (kiri) mencium tangan ibunya, Jaliah Tamin sebaik tiba di KLIA, semalam.


"Mula-mula datang ke kampung suami untuk cuti saja. Suami beritahu untuk cuti dan berjumpa keluarga. Bila keadaan semakin teruk dengan penerimaan keluarga yang memberi layanan teruk, dia pula pergi ke Qatar dan saya kena buat kerja macam-macam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

Khasiat tidur telentang

Posted: 06 Jun 2014 03:26 PM PDT

Kuala Lumpur: Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Cuma bakat yang ada pada Karsinah Rostam, 48, ibu kepada pelakon dan pengacara popular Hanis Zalikha Zainal Rashid, 24, tidak dapat dikembangkan atas permintaan suami.

Melihat kecantikan wajah dimiliki Karsinah pasti ramai bersetuju dengan kenyataan bahawa Hanis mewarisi kejelitaan ibunya.

Bukan itu saja dua beranak ini turut berkongsi minat sama. Selain menjadi model dan berlakon, kedua-dua mereka turut popular sebagai penulis blog.

Sekiranya Hanis popular sebagai penulis blog berkaitan dunia fesyen sehingga membawanya ke dunia seni, Karsinah pula dikenali menerusi perkongsian resipi tradisi dalam blognya.

Foto

KARSINAH menyifatkan pembabitan Hanis dalam dunia seni sebagai penyambung kepada impiannya.


Ditemui di kediamannya di Bukit Jelutong, Shah Alam, Karsinah menjelaskan dia mula berjinak-jinak sebagai model sejak usia remaja dan pernah menjayakan beberapa iklan antaranya Pelancongan Malaysia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

'Cakaplah apa saja'

Posted: 06 Jun 2014 03:26 PM PDT

Kuala Lumpur: "Mereka berhak untuk bercakap apa saja, tapi kami tidak pernah lari daripada fokus perlawanan seterusnya untuk menewaskan India."

Demikian komen kapten skuad negara Azlan Misron yang menafikan skuad negara terguris dengan kritikan yang dilemparkan kepada mereka selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut pada saingan Piala Dunia.

Jelas Azlan, apa yang dia serta rakan sepasukan sedang fikirkan ketika ini ialah untuk memburu tiga mata pertama dengan wajib menewaskan India hari ini.

"Kita sudah tiada jalan lain selain perlu menang dengan India untuk mengelak daripada berada di tangga tercorot.

Foto

HAFIFI Hafiz diusung keluar selepas berlanggar dengan penjaga gol England.


"Kami hanya fokus kepada setiap perlawanan dan apa kami lakukan selama ini sudah tentu yang terbaik untuk peminat di Malaysia," katanya ketika dihubungi semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07