Merajuk dalam kereta |
- Merajuk dalam kereta
- Kena nikah semula
- 'Jangan pisahkan kami'
- Usah pandang rekod
- Nas T mengaku pemalu
Posted: 27 Jun 2014 11:51 AM PDT Gombak: Dia sanggup berpanas dan berhujan, malah menjadikan kereta sebagai rumah selama tiga bulan dipercayai akibat tekanan selepas kehidupan mewahnya sebagai kontraktor bertukar menjadi papa kedana apabila perniagaannya mengalami kerugian. Lebih menyayat hati, lelaki berusia 50-an itu sanggup tinggal dengan timbunan botol air mineral, bekas makanan dan sisa rokok selain sampah sarap serta diselubungi najis di dalam kereta Proton Saga berkenaan sejak Mac lalu. Selepas pelbagai usaha dilakukan penduduk untuk memujuknya keluar dari kereta itu kerana bimbang keselamatannya menemui kegagalan, mereka menghubungi wartawan untuk memaklumkan mengenai keadaan lelaki itu, kelmarin. Wartawan yang bergegas ke lokasi sebaik menerima berita itu juga berdepan situasi sukar apabila usaha memujuknya menemui jalan buntu biarpun selepas enam jam cuba mengajaknya keluar dari kereta yang menjadi kediamannya. ANGGOTA bomba memujuk lelaki terbabit keluar dari kereta. ANGGOTA bomba terpaksa mengumpil pintu kereta untuk membawanya keluar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28 |
Posted: 27 Jun 2014 11:38 AM PDT Kuang: "Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Saya dan Nurul Halimin akan bernikah semula secepat mungkin," kata bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Sham ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini, semalam. Sham atau Shamril Mohd Salleh, 38, berkata demikian selepas selesai prosiding apabila mahkamah memutuskan pernikahannya dengan Nurul Halimin Mohd Salleh, 34, pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah. Justeru, Hakim Syarie Kamarulzaman Ali memerintahkan pernikahan pasangan itu dibubarkan serta-merta bermula semalam dan persetubuhan antara pasangan terbabit bermula tarikh berkenaan (16 Januari 2012) adalah persetubuhan syubhah (meragukan) serta sijil pernikahan yang disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dilupuskan. Kamarulzaman dalam penghakimannya berkata, ini disebabkan pernikahan pasangan itu yang dijalankan oleh wali hakim adalah tidak sah, selain segala proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah. SHAM dan Nurul Halimin di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28 |
Posted: 27 Jun 2014 11:22 AM PDT Nilai: "Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.". Itu pengakuan mengejutkan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang ditemui di rumah sewa seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini, semalam. Malah, Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada berusia 50 tahun itu adalah pasangan gay sejak lebih 20 tahun lalu. Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selain agensi terbabit turut menemui remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di sebuah rumah di kawasan flat berkenaan. Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka. ZUL selesa dengan cinta terlarangnya dan merancang untuk tinggal di Kanada.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28 |
Posted: 27 Jun 2014 10:08 AM PDT Belo Horizonte, Brazil: Brazil sedar rekod cemerlang sepanjang aksi menentang Chile pada masa lalu tidak bermakna andai gagal menang pertemuan pusingan kedua Piala Dunia di Belo Horizonte, pagi esok. Tuan rumah kejohanan itu hanya tewas lapan kali sepanjang 68 pertemuan menentang Chile dan tidak pernah tewas dalam tiga pertemuan di Piala Dunia sebelum ini sambil menjaringkan 11 gol. Kejayaan itu termasuk kemenangan selesa 3-0 ke atas Chile yang dibimbing Marcelo Bielsa di peringkat sama pada Piala Dunia 2010, tetapi pemain tengah, Willian meminta peminat Brazil tidak mengharapkan keputusan sama berulang pada edisi ini. "Bola sepak hari ini sudah berubah. Memang Brazil kerap menewaskan Chile dan ia memang baik untuk kami. Tetapi kami tidak boleh bersandar kepada rekod semata-mata. Setiap perlawanan mempunyai cerita sendiri. Saya yakin Chile amat bersemangat dan yakin," kata pemain Chelsea itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28 |
Posted: 27 Jun 2014 08:48 AM PDT Setuju mahupun tidak, dia antara selebriti lelaki seksi di negara ini. Berkulit sawo matang, bertubuh tegap dengan barisan senyuman menawan, Nas T memikat dengan caranya yang tersendiri. Malah, seorang teman penulis mengakui Nas T memiliki tarikan tersendiri. Ternyata ungkapan seksi adalah sesuatu subjektif. Di barat, seksi bermakna seseorang yang memiliki daya tarikan seksual manakala di Asia walaupun pemahaman makna seksi adalah serupa, tetapi ada 'sedikit lebih bersopan'. Bagi Nas T, definisi seksi bagi seorang lelaki bukanlah fizikal semata mata, tetapi daya tarikan dan cara seorang lelaki melayani seorang wanita. "Saya tidak tahu bagaimana hendak memberi komen mengenai lelaki seksi kerana pada pendapat saya, maksud seksi itu membawa pengertian yang berbeza-beza kepada setiap orang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |