FELDA jumpa Pahang

FELDA jumpa Pahang


FELDA jumpa Pahang

Posted: 31 May 2014 01:12 PM PDT

FELDA United mara ke final Piala FA 2014 dengan kelebihan gol di tempat lawan apabila mencatatkan agregat 5-5 ke atas juara bertahan Kelantan selepas separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Pada separuh akhir kedua, kedua-dua pasukan itu terikat 2-2, manakala separuh
akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, pada 6 Mei lalu

turut menyaksikan keputusan seri 3-3.

Foto

FELDA United
* Putra Mahayiddin (m-20)

* Forkey Doe (m-34)

Kelantan
* Khairul Izuan Rosli (m-28)
* Edward Junior Wilson (m-45)

FELDA UTD: Mohd Farizal Harun, Yaroslav Krushelnitskiy, Mohd Khairul Ismail (Mohd Nasriq Baharom), Mohd Shukor Adan (kapten), Mohd Raimi Mohd Noor (Ahmad Syamim Yahya), Mohd Aizul Ridwan Razali, Mohd Syahid Zaidon, Edward Junior Wilson, Indra Putra Mahayuddin, Makeche Ndumba (K. Thanaraj), Hasni Zaidi
Jamian.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Farisham Ismail, Mohd Nazri Ahmad (Nik
Mohd Shahrul Azim Abd Halim), Hussein Alaa Magsoosi, Tengku Hasbullah Raja
Hassan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Zairul
Fitree Ishak (Faizul Nazlin Sayuti), Brendan Gan, Francis Forkey Doe, Mohd Izuan
Rosli.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

Teluk Intan tukar selera

Posted: 31 May 2014 01:11 PM PDT

Oleh Fuad Hadinata Yaacob Wan Asrudi wan Hasan dan Mohd Hafizee Mohd Arop am@hmetro.com.my

Teluk Intan: Barisan Nasional (BN)merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong menang dengan majoriti 238 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, 9.45 malam tadi.

Presiden GERAKAN itu memperoleh 20,157 undi untuk menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang mendapat 19,919.

Kemenangan itu membolehkan BN merampas kembali kerusi berkenaan daripada DAP bagi tempoh dua penggal sejak 2008.


Jumlah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan berkurangan 8,603 pengundi berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu.


Bagi PRU 13, jumlah pengundi adalah sebanyak 48,839 berbanding PRK kali ini iaitu 40,236.

Kerusi Parlimen Teluk Intan kosong berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, dari DAP akibat barah, 1 Mei lalu.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dalam rangka lawatan ke China, mengucapkan tahniah kepada Mah Siew Keong kerana berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan daripada DAP.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

Budak 'melayang'

Posted: 31 May 2014 11:46 AM PDT

Kuala Lumpur: Pengunjung sebuah pusat beli-belah terkemuka di Brickfields di sini, gempar apabila seorang kanak-kanak perempuan maut sejurus 'melayang' jatuh dari eskalator di tingkat tiga bangunan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, mangsa, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, tujuh tahun, maut serta merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Azlee Abdullah berkata, bapa mangsa yang disoal siasat mendakwa terlepas pandang seketika sebelum menyedari mangsa terjatuh ke tingkat bawah bangunan.

Menurutnya, mangsa dipercayai menaiki eskalator di tingkat tiga pusat beli-belah itu sebelum terjatuh mendadak.

Foto

MANGSA maut serta-merta selepas terjatuh dari eskalator di tingkat tiga pusat beli-belah.


"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah selain pecah di belakang kepala.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

Nak jadi penternak

Posted: 31 May 2014 11:33 AM PDT

Kuantan: Dia dilahirkan tanpa tangan dan kaki, namun Mohammad Muslim Mohd Roslan, 22, tetap mempunyai cita-cita untuk memperbaiki dirinya sama seperti orang lain.

Disebabkan kecacatannya itu, dia terpaksa bergerak dengan cara mengengsot serta memerlukan sepenuhnya bantuan ibu, Sarifah Ahmad, 53, untuk menguruskan dirinya.

Bagaimanapun, Mohammad Muslim yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan dan kaki kanan manakala kaki kirinya hanya paras lutut, nekad mahu memperbaiki kehidupannya walaupun dia dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU).

"Saya berminat untuk menceburi bidang penternakan mungkin ayam atau kambing kerana ia cita-cita saya sejak kecil," katanya yang ditemui di kediamannya di FELDA Bukit Sagu, di sini.

Foto

MOHAMMAD Muslim nekad mahu memperbaiki kehidupannya walaupun dia dilahirkan OKU.


Menurutnya, walaupun pergerakannya terbatas, dia berharap mampu melakukan sesuatu untuk masa depannya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

Enggan diganggu fitnah aib

Posted: 31 May 2014 06:16 AM PDT

TIGA tahun bergelar anak seni secara serius, Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, kini mula terasa bahang kontroversi kesan populariti sebagai pengacara dan pelakon.

Pada peringkat awal, hanya gosip ringan seperti bercinta dengan beberapa jejaka dalam industri dan dikaitkan dengan kontroversi agak mengaibkan. Timbul juga cerita mendakwa Hanis tidak mesra media dan susah didekati.

Beberapa bulan lalu, heboh dia dikatakan ditangkap khalwat bersama pelakon, Hairul Azreen juga dikatakan buah hatinya. Mereka yang menyebarkan dakwaan itu mengatakan, kes khalwat di antara Hanis dan Hairul tidak dibicarakan kerana mereka merayu ia digugurkan dan merasuah pihak berkuasa yang menangkap mereka.

Hanis yang ditemui pada sesi fotografi khas, baru-baru ini menjelaskan, awalnya dia tidak mengendahkan dakwaan itu kerana tahu ia tidak benar.

Foto


Namun apabila tuduhan mula hangat diperkatakan sampai wujud kronologi kes membuatkan orang keliling mempercayainya, Hanis berasakan dakwaan itu sangat berat dan memalukan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01