Ekskusif: HALANG PONDOK ‘EKSTREM’

Ekskusif: HALANG PONDOK ‘EKSTREM’


Ekskusif: HALANG PONDOK ‘EKSTREM’

Posted: 29 Jun 2014 02:47 PM PDT

� Kerajaan disaran gubal peraturan pantau sekolah pondok sebar fahaman ekstremis

Alor Setar Kerajaan disaran menggubal undang-undang bagi memantau dan menapis kewujudan sekolah pondok yang makin banyak ditubuhkan tetapi terbabit menyebarkan fahaman ekstremis.

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) juga mencadangkan apabila ada undang-undang, kerajaan negeri boleh mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memantau institusi pondok yang kini tumbuh umpama cendawan selepas hujan.

Banyak pondok wujud

Pengerusinya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata sehingga kini tidak ada undang-undang teras termasuk di bawah kerajaan negeri untuk mengawal pergerakan pondok yang banyak diwujudkan tetapi ada kalanya untuk kepentingan peribadi.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Arab Saudi taja 35 imam

Posted: 29 Jun 2014 02:43 PM PDT

Arab Saudi taja 35 imamUmat Islam di ibu kota menunaikan solat sunat tarawih yang diimamkan oleh Syeikh Abdurrahman el-Dousuky Taha Radwan dari Mesir di Masjid Negara. - Foto Effendy Rashid

Imamkan solat sunat tarawih di seluruh negara sempena Ramadan

Kuala Lumpur: Seramai 35 imam hafiz ditaja oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mengimamkan solat sunat tarawih di masjid terpilih di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata setiap negeri mendapat dua imam yang akan mengimamkan solat tarawih kecuali tiga imam di Sarawak dan masing-masing lima di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Kerajaan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi; Menteri Hal Ehwal Islam Saudi, Syeikh Soleh Ala Syeikh; Duta Arab Saudi ke Malaysia, Fahad Abdullah Al Rasyed.

Jemput imam luar negara

"Selain itu, kita sudah menjemput imam tarawih dari dalam dan luar negara yang akan ditempatkan di empat masjid di bawah seliaan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) iaitu Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Othman berkata bagi Masjid Negara, imamnya adalah Syeikh Abdurrahman el-Dousuky Taha Radwan dari Mesir yang sudah menjadi imam jemputan tarawih di masjid itu sejak tahun 2010.
Sementara itu, imam jemputan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pula adalah Syeikh Dr Samy Abdul Rahman Al-Fakky dari Mesir dan Mufti Zimbabwe, Syeikh Ismail Musa Menk.

Kawasan titik panas disiasat, diambil tindakan

Posted: 29 Jun 2014 02:41 PM PDT

Kuala Lumpur: Semua titik panas yang dikesan dalam negara, akan disiasat dan diambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel, berkata 16 titik panas dikesan melalui cerapan imej oleh satelit Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan kelmarin, membabitkan masing-masing satu di Selangor dan Johor; Pahang (dua), Sabah (lapan) dan Sarawak (empat).

"Bagaimanapun, satelit tidak dapat memaparkan jumlah sebenar titik panas berikutan cerapan tidak menyeluruh dan ada litupan awan tebal," katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Palanivel berkata, siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga kelmarin, mengesan 3,973 kes pembakaran terbuka dengan jumlah tertinggi membabitkan kawasan pertanian (1,271 kes), belukar (924 kes), hutan (840 kes), lain-lain pembakaran terbuka kecil (724 kes), tapak pembinaan (117 kes), kawasan pelupusan sampah (69 kes) dan kawasan industri (31 kes).

Beliau berkata, satu titik panas turut dikesan di Sumatera, Indonesia, kelmarin.

Bacaan IPU semakin baik

Sementara itu bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 1 tengah hari semalam, menunjukkan 30 lokasi mencatatkan bacaan IPU baik, sementara 20 lagi mencatatkan bacaan IPU sederhana.
Sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan, lokasi yang mencatatkan bacaan IPU baik termasuklah Kota Tinggi (30), Alor Setar (42), Tanah Merah (30), Jerantut (45) dan Ipoh (47).

Sementara itu, lokasi yang mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Muar (53), Sungai Petani (54), Melaka (68), Port Dickson (71) dan Bintulu (52).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. Orang ramai boleh merujuk portal www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing. - BERNAMA

Syor bina lapangan terbang baharu, naik taraf LTAPP diteliti

Posted: 29 Jun 2014 02:38 PM PDT

Georgetown: Kerajaan akan memperhalusi cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim dan keperluan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terlebih dulu, sebelum membuat sebarang keputusan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beliau akan memberi pertimbangan kepada kedua-dua cadangan berkenaan dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk pertumbuhan ekonomi di Wilayah Utara.

Katanya, masih terlalu awal untuk beliau membuat sebarang kenyataan berhubung kedua-dua perkara itu kerana belum berkesempatan melihat kertas cadangan dihantar kerajaan Kedah berhubung pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim.

Masih terlalu awal untuk saya membuat sebarang kenyataan berhubung kedua-dua perkara itu kerana belum berkesempatan melihat kertas cadangan dihantar kerajaan Kedah" Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan


"Saya belum ada maklumat terperinci mengenai cadangan itu. Esok saya akan masuk ke pejabat dan melihat kertas cadangan itu," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Bukit Bendera, di sini, semalam.

KM Pulau Pinang desak bina landasan tambahan

Semalam, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dilaporkan mendesak Kerajaan Pusat menimbangkan cadangan untuk membina landasan tambahan di LTAPP bagi menampung jumlah penumpang yang didakwanya semakin meningkat di lapangan terbang berkenaan.

Pulau Pinang dakwanya, tidak takut bersaing dengan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim itu.
Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, memaklumkan kerajaan Kedah sudah mengemukakan cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu itu kepada Kerajaan Pusat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri di utara tanah air.

Beliau dilaporkan berkata, cadangan pembinaan lapangan terbang terbabit yang bakal beroperasi untuk kargo dan penumpang sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

Kuih-muih wajib ada tanda harga

Posted: 29 Jun 2014 02:35 PM PDT

Kuih-muih wajib ada tanda hargaAlias melihat tanda harga jualan ketika meninjau Bazar Ramadan Asia City, di Kota Kinabalu, semalam. - Foto Izhari Ariffin

Kerajaan kuat kuasa peraturan bazar Ramadan elak kekeliruan

Kota Kinabalu: Peniaga bazar Ramadan diwajibkan meletakkan tanda harga pada setiap juadah bagi membolehkan pengguna melihat harga dengan jelas, berkuatkuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad, berkata arahan itu dikuatkuasakan kerana ramai peniaga masih menggunakan kaedah menyenaraikan harga semua juadah dalam satu tanda harga sehingga mengelirukan pengguna.

"Secara keseluruhan, peniaga bazar Ramadan mematuhi arahan mempamer tanda harga tetapi cara mereka meletakkannya tidak menepati kehendak kementerian.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Premis tiada Sijil Halal boleh didenda RM5j

Posted: 29 Jun 2014 02:34 PM PDT

An error was encountered while publishing this resource.

Sorry, a site error occurred.

Traceback (innermost last):

  • Module ZPublisher.Publish, line 238, in publish_module_standard
  • Module ZPublisher.Publish, line 7, in _patched_publish
  • Module ZPublisher.Publish, line 116, in publish
  • Module Zope2.App.startup, line 279, in abort
  • Module transaction._manager, line 96, in abort
  • Module transaction._transaction, line 468, in abort
  • Module transaction._transaction, line 541, in abort
  • Module Shared.DC.ZRDB.TM, line 64, in abort
  • Module Products.ZPsycopgDA.db, line 78, in _abort
  • Module Products.ZPsycopgDA.db, line 51, in getconn

InterfaceError: connection already closed


Troubleshooting Suggestions

  • The URL may be incorrect.
  • The parameters passed to this resource may be incorrect.
  • A resource that this resource relies on may be encountering an error.

For more detailed information about the error, please refer to the error log.

If the error persists please contact the site maintainer. Thank you for your patience.