Uruguay gagal 'gigit' Colombia |
- Uruguay gagal 'gigit' Colombia
- Tiang selamatkan Selecao
- Mayat tersangkut
- Budak rentung, OKU terselamat
- Saya perlu teguran
Uruguay gagal 'gigit' Colombia Posted: 28 Jun 2014 03:56 PM PDT Rio de Janeiro (Brazil): James Rodriguez meledakkan dua gol untuk untuk membawa Los Cafeteros ke suku akhir selepas mengetepikan cabaran Uruguay 2-0, pada saingan pusingan kalah-mati 16 pasukan, di Estadio do Maracana, awal pagi ini. Kemenangan itu bermakna Colombia catat sejarah melangkah ke perlawanan suku akhir buat kali pertama dan akan bertemu Brazil, pada Sabtu, 5 Julai. Rodriguez yang menduduki takhta penjaring terbanyak ketika ini dengan lima gol menutup kempen pusingan kalah-mati 16 pasukan dengan gol keduanya pada minit ke-50. Dia memperoleh gol pembukaan selepas mendada hantaran rakan sepasukannya sebelum melakukan rembatan cantik pada minit ke-28. FOTO Reuters
Forlan yang mendapat anugerah pemain terbaik pada 2010 dikatakan sukar untuk berada dalam skuad utama ketika Suarez masih cedera. Tapi, apabila Suarez digantung perlawanan kerana insiden menggigit pemain Itali, penyerang itu kembali dalam pasukan utama dan bergandingan dengan Edinson Cavani di bahagian serangan. Colombia sekali lagi menaruhkan penuh kepercayaan kepada James Rodriguez di tengah manakala Teofilo Gutierrez dan Jackson Martinez di depan. COLOMBIA: David Ospina, Cristian Zapata, Mario Yepes, Pablo Armero, Juan Zuniga; Carlos Sanchez Abel Aguilar, Juan Cuadrado, James Rodriguez; Teofilo Gutierrez, Jackson Martinez. URUGUAY: Fernando Muslera; Diego Godin, Alvaro Pereira, Cristian Rodriguez, Martin Caceres, Jose Gimenez, Maxi Pereira, Egidio Arevalo, Alvaro Gonzalez; Edinson Cavani, Diego Forlan. PENGADIL: Bjorn Kuipers (NED) Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29 |
Posted: 28 Jun 2014 01:41 PM PDT Belo Horizonte (Brazil): Brazil menang 3-2 dalam penentuan penalti dan lolos ke suku akhir atas tiket tendangan penalti pertahanan Chile, Gonzalo Jara, yang terkena tiang, pada saingan pusingan kalah-mati 16 pasukan, di Estadio Mineirao, awal pagi ini. Neymar menyumbang gol kemenangan tetapi penjaga gol Brazil, Julio Cesar dianggap wira apabila menyelamatkan dua sepakan penalti, sebelum tendangan Jara terkena tiang, pada pertemuan yang terikat 1-1, selepas 120 minit berlalu. Brazil memperoleh gol pendahuluan menerusi bekas pemain Chelsea, David Luiz, yang menguis masuk bola daripada biasan tandukan Tiago Silva hasil daripada sepakan sudut Neymar, pada minit ke-18. Chile pula memperoleh jaringan penyamaan mereka menerusi penyerang FC Barcelona, Alexis Sanchez yang menyambar hantaran yang kurang kemas Hulk kepada Luiz, ada minit ke-32.
Kemenangan itu bermakna Brazil lolos ke saingan suku akhir bagi setiap temasya piala dunia sejak 1994 dan kali terakhir tersingkir di pusingan kedua adalah pada 1990 apabila tumpas di tangan Argentina. BRAZIL: Julio Cesar, Dani Alves, Thiago Silva, David Luiz, Marcelo, Willian (Oscar), Fernandinho (Ramires), Neymar, Luiz Gustavo, Hulk, Fred (Jo). CHILE: Claudio Bravo, Francisco Silva, Gary Medel (Jos� Rojas, Gonzalo Jara, Mauricio Isla, Charles Aranguiz, Arturo Vidal (Mauricio Pinilla), Marcelo Diaz, Eugenio Mena, Alexis Sanchez, Eduardo Vargas (Felipe Gutierrez). PENGADIL: Howard Webb (ENG) Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29 |
Posted: 28 Jun 2014 10:52 AM PDT Chukai: "Hati bapa mana tak sebak apabila melihat tubuh anak tersangkut dan melekat pada besi penghadang pembahagi lebuh raya," kata Shafie Bilal Ismail, 43, bapa kepada Muhammad Shafiq, 15, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 302.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas motosikal Yamaha LC ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal Honda EX-5 ditunggangi seorang buruh ladang warga Indonesia, Muhsan, 47, yang turut meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang juga anak ketiga daripada lima beradik menunggang secara berkumpulan dengan beberapa rakannya. Akibat kejadian itu, Muhammad Shafiq tercampak dari motosikalnya sejauh lima meter lalu tersangkut pada besi penghadang pembahagi lebuh raya. MAYAT Muhsan ditutup kertas selepas terbabit kemalangan di Kilometer 302.6 LPT2.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29 |
Posted: 28 Jun 2014 10:36 AM PDT Tenom: "Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) menangis ketakutan di dalam bilik sejurus melihat anak saudaranya rentung. Saya sempat menarik gadis itu keluar dari dalam rumah yang terbakar," kata Jerry, 26, yang cuba menyelamatkan dua mangsa kebakaran di Kampung Melalap di sini, semalam. Dalam kejadian jam 7.30 pagi, Jerry bagaimanapun gagal menyelamatkan anak saudara gadis OKU itu dikenali sebagai Itham Nick Ivan berusia empat tahun. Mangsa ditemui rentung di dalam sebuah bilik di dalam rumah itu sebaik api dipadamkan anggota bomba dan penyelamat. Ketika kejadian, mangsa bersama OKU berusia 20-an dan seorang ibu saudaranya berada di dalam rumah, manakala bapa mangsa dipercayai pergi ke Hospital Tenom, di sini, untuk menghantar isterinya yang mahu bersalin. ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa sebelum dihantar ke Hospital Tenom untuk bedah siasat. TEMPAT mayat mangsa ditemui anggota bomba.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29 |
Posted: 28 Jun 2014 07:40 AM PDT Sebaik berhijab, pelbagai komen kurang menye�nangkan diterima pelakon Uqasha Senrose, 22, apabila berhijrah selepas cerita putus tunang dengan Pekin Ibrahim hangat diperkatakan. Ada yang mendakwa Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen berhijab kerana kecewa. Tidak kurang juga bertindak lebih sudu dari kuah mengatakan pelakon kacukan Melayu Siam itu menemui cinta baru. Ditemui dalam sesi fotografi khas bersama Selebriti sempena Ramadan, Uqasha tanpa berselindung mengakui terkejut dan kecewa apabila keikhlasan melaksanakan tuntutan Islam itu dipertikaikan de�ngan perkara tidak masuk akal. "Pelbagai cerita saya dengar sebaik membuat keputusan bertudung. Ada yang tanya saya bertudung sebab kecewa atau menemui lelaki lain.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |