Los Ticos jumpa Oranje |
- Los Ticos jumpa Oranje
- Semangat Oranje
- Kakak, abang ipar terapung dalam air
- 5 beranak menjunam
- Han dalami Islam
Posted: 29 Jun 2014 05:24 PM PDT Recife (Brazil): Costa Rica yang beraksi dengan 10 pemain lolos ke suku akhir selepas menumpaskan Greece 5-3 dalam penentuan penalti, pada perlawanan pusingan kalah-mati 16 pasukan, di di Arena Pernambuco, awal pagi ini. Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1, selepas 120 minit perlawanan, masing-masing menerusi jaringan Bryan Ruiz pada minit ke-52 dan gol di minit akhir perlawanan Greece oleh Sokratis Papastathopoulos. Kemenangan itu itu menyaksikan Costa Rica yang layak pertama kali dalam sejarah ke suku akhir piala dunia bertemu Belanda pada saingan suku akhir, 6 Julai ini. Kejayaan Costa Rica berpunca daripada penjaga golnya, Navas yang menampan percubaan penalti Theofanis Gekas, sebelum Michael Umana menyempurnakan percubaannya untuk memberkan kemenangan 5-3. FOTO EPA
Pertemuan kedua-dua `underdog' itu menyaksikan pemain Costa Rica, Oscar Duerta dllayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua apabila dia membentes Babak pertama perlawanan berlalu dengan kedua-dua pasukan saling menyaingi menguasai bahagian tengah. Bagaimanapun, tidak ada satu pun usaha dapat memberikan hasil kepada kadua-sua pasukan. Bagi perlawanan kali ini, penyerang, Christian Bolanos dan pemain pertahanan, Michael Umana kembali dalam kesebelasan utama Costa Rica. Bolanos masuk sebagai pemain gantian ketika Costa Rica seri 0-0 dengan England, minggu lalu. Pemain Celtic, Georgios Samaras, yang menjaringkan penalti dalam pertemuan yang menyaksikan Greece menang 2-1 ke atas Ivory Coast, mengetahui barisan depan bergandingan dengan Dimitros Salpingidis. COSTA RICA: Keylor Navas, Christian Gamboa, Oscar Duarte, Giancarlo Gonzalez, Michael Umana, Junior D�az, Bryan Ruiz, Celso Borges; Yeltsin Tejeda, Christian Bolanos; Joel Campbell. GREECE: Orestis Karnezis; Vasilis Torosidis, Konstantinos Manolas, Sokratis Papastathopoulos, Jose Holebas, Dimitrios Salpingidis, Ioannis Maniatis, Andreas Samaris, Giorgos Karagounis, Lazaros Christodoulopoulos, Georgios Samaras. PENGADIL: Benjamin Williams (AUS) Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/30 |
Posted: 29 Jun 2014 03:56 PM PDT Fortaleza (Brazil): Dua jaringan lewat permainan Wesley Sneijder dan Klaas-Jan Huntelaar membolehkan Belanda menempah tiket ke saingan suku akhir selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Mexico 2-1 dalam aksi dramatik pusingan kedua Piala Dunia di Estadio Castelao, awal pagi ini. Kapten Belanda, Robin van Persie kembali mengemudi jentera serangan selepas digantung satu perlawanan kerana memungut dua kad kuning dalam saingan peringkat kumpulan. Jurulatih Mexico Miguel Herrera pula terpaksa menurunkan pertahanan veteran Carlos Salcido untuk menggantikan Jose Juan Vasquez yang digantung perlawanan. Aksi babak pertama lebih banyak dikuasai Mexico manakala rentak permainan Belanda seoalah terganggu dengan cuaca panas di Fortaleza.
Belanda menggandakan asakan ke kubu Mexico untuk mencari gol penyamaan dan berhasil pada minit ke-88 apabila Huntelaar menanduk bola kepada Sneijder yang merembat padu ke sebelah kiri gawang. Lima minit selepas itu, kapten Mexico Rafael Marquez melakukan kesilapan apabila menjatuhkan Arjen Robben dalam kotak penalti dan sepakan penalti disempurnakan oleh Huntelaar untuk menjadikan kedudukan 2-1 sehingga wisel penamat. Belanda akan bertemu pemenang perlawanan pusingan kedua antara Costa Rica dan Greece. BELANDA: Jasper Cillessen; Paul Verhaegh (Memphis Depay, 56'), Ron Vlaar, Stefan De Vrij, Daley Blind; Georginio Wijnaldum, Wesley Sneijder, Nigel De Jong (Bruno Martins Indi, 9'); Dirk Kuyt, Arjen Robben, Robin Van Persie (Klaas-Jan Huntelaar, 76'). MEXICO: Guillermo Ochoa; Paul Aguilar, Francisco Rodriguez, Rafael Marquez, Hector Moreno (Diego Reyes, 46'), Miguel Layun, Carlos Salcido, Andres Guardado; Hector Herrera; Giovani Dos Santos (Javier Aquino, 61'), Oribe Peralta (Javier Hernandez, 75'). PENGADIL: Pedro Proenca (POR) Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/30 |
Kakak, abang ipar terapung dalam air Posted: 29 Jun 2014 03:53 PM PDT Alor Setar: "Luluh hati saya melihat mayat kakak dan abang ipar terapung dalam air di terusan itu bersama motosikal yang ditunggangi mereka," kata Rozhan Jaafar, 41, adik kepada Nor Hanida Jaafar, 51, yang maut bersama suaminya, Abd Muin Hamzah, 56, selepas motosikal Kriss dinaiki mereka terbabas ke dalam Terusan Wan Mat Saman, semalam. Dalam kejadian jam 6.45 pagi semalam, pasangan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian di Batu 8, Jalan Sungai Petani-Alor Setar, Kota Sarang Semut yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah mereka di Kampung Batu Menunggol, Pendang. Pasangan terbabit yang masing-masing cedera parah di kepala dan badan ditemui terapung dalam air berselut di dalam terusan berkenaan. Rozhan yang juga adik keenam Nor Hanida berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa kakak dan abang iparnya selepas dihubungi anak mangsa yang memaklumkan ibu bapa mereka terbabit dalam kemalangan. PENDUDUK menunjukkan lokasi mayat pasangan ditemui terapung. Gambar kecil, mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/30 |
Posted: 29 Jun 2014 03:53 PM PDT Chukai: "Mujur mereka lima beranak tidak mati," kata seorang pengguna jalan raya Wan Afandi Wan Ali, 54, menceritakan kejadian kemalangan sebuah kenderaan yang menjunam ke dalam pembetung air di Kilometer 133, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kijal, kelmarin. Dalam kejadian jam 11.20 malam, pemandu Toyota Avanza, Abdul Halim Shah Kechil, 49, bersama isteri dan tiga anaknya dalam perjalanan ke Kuantan bernasib baik selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam setinggi sembilan meter. Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa cuba mengelak sebuah kereta yang memasuki laluannya sebelum tersasar dan terjunam. Wan Afandi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, dia sampai di lokasi kejadian sejurus kemalangan itu berlaku jam 11.30 malam. KENDERAAN dipandu mangsa cuba mengelak kereta yang memasuki laluannya sebelum tersasar dan terjunam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/30 |
Posted: 29 Jun 2014 03:53 PM PDT Barcelona, Sepanyol: Usahawan muda, Wong Han Chen, 24, akui sedang mendalami Islam sebagai persiapan untuk berkahwin dengan kekasihnya, pelakon Tasha Shilla, 27, tahun depan. Han ketika ditemui di sini semalam mengakui dia tiada masalah untuk menukar agama kerana keluarganya bersikap terbuka dan merestui hubungan cintanya dengan Tasha. "Sejak lapan bulan rapat dengan Tasha, hati saya semakin dekat untuk mengenali Islam. Tasha tidak pernah pun memaksa saya untuk menukar agama tetapi perasaan ini terbit secara halus dari hati saya sendiri. "Namun seperti yang diperbincangkan bersama Tasha, kami berdua akan merujuk semua perkara termasuk proses memeluk Islam dengan pakar agama, terlebih dulu apabila sampai masanya sekitar tahun depan," kata Han yang juga peninju sukan Muay Thai. HAN bersantai bersama kekasihnya, Tasha.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/30 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |