Air masuk ban pecah

Air masuk ban pecah


Air masuk ban pecah

Posted: 05 Jun 2014 12:50 PM PDT

Kampar: Kira-kira 500 penduduk kampung di sekitar daerah Kampar dan Batang Padang terpaksa dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar, Jalan Kuala Dipang, di sini, awal pagi semalam, selepas hujan lebat lebih empat jam yang melanda beberapa daerah di negeri ini menyebabkan berlakunya banjir kilat.

Hujan yang bermula kira-kira jam 4 petang, kelmarin, itu turut menyebabkan ban pecah dan air melimpah ke dalam kampung yang berdekatan dengan kawasan Sungai Kampar dan Sungai Dipang.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat mangsa banjir di SMK Kampar berkata, mangsa banjir ditempatkan di sekolah berkenaan membabitkan tujuh kampung iaitu Kampung Baru Kuala Dipang, Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Malaya dan Kampung Nyior di daerah Kampar manakala Kampung Baru, Chenderiang dan Batu 3, Temoh di daerah Batang Padang.

"Berdasarkan pertemuan antara saya dan mangsa banjir, kebanyakan mereka mendapati punca berlakunya banjir adalah disebabkan keadaan sungai yang mengalami pemendapan menjadikan kawasan itu cetek.

Foto

PENDUDUK bergotong-royong membersihkan laman Tabika Kemas, semalam.

Foto

PENDUDUK kampung membersihkan Tabika Kemas yang berlumpur .


"Justeru, perkara ini perlu diambil perhatian. Saya meminta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memeriksa semula dan melakukan pembaikan pembinaan tembok yang dibina sebelum ini," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/06

Ibu bapa kurang arif

Posted: 05 Jun 2014 12:43 PM PDT

Kuala Lumpur: Faktor harga murah selain tidak berpengetahuan berkaitan bahan yang terkandung dalam alat permainan kanak-kanak menjadikan ibu bapa di negara ini tidak menyedari bahaya sentiasa menanti anak mereka apabila membeli mainan tanpa pengesahan Malaysian Conformity (MC).

Bagi Norhayati Abd Hamid, 34, dari Taman Medan Baru, dia terkejut selepas menyedari alatan mainan tanpa label MC sebenarnya mengandungi bahan kimia beracun.

"Selama ini, saya tidak pernah terfikir apa itu MC. Apa yang saya kisahkan ialah kalau harga murah saya beli tanpa periksa mainan itu selamat atau tidak.

"Saya fikir kalau beli mainan bergetah atau berjeli saja beracun tetapi rupanya alat permainan plastik pun ada bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak.

Foto

PILIH mainan yang mempunyai pengesahan MC.


"Kini, selepas membaca pendedahan daripada Harian Metro, baru saya tahu rupanya banyak betul barang mainan yang diimport dari luar negara terutama China berbahaya dijual berleluasa di pasaran," katanya yang serik untuk membelikan anaknya, Mohd Fakrullah Zulkifli, 8, alat permainan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/06

Pencuri hujung usia

Posted: 05 Jun 2014 12:43 PM PDT

Bandar Seri Jempol: Usianya 74 tahun, tapi lelaki warga emas ini seolah-olah tidak ingatkan dosa apabila dipercayai mencuri bagi menampung sisa kehidupannya sebelum perbuatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar.

Lelaki terbabit dipercayai mencuri kepala paip tembaga dan besi batang paip sebelum barang curi berkenaan dijual kepada pembeli untuk mendapatkan wang mudah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol Deputi Superintendan Tukiman Seriman berkata, suspek dipercayai mencuri barang berkenaan dari sebuah tapak projek pembinaan di Taman Margosa Maju, Bahau, dekat sini.

"Kehilangan kepala dan batang paip berkenaan disedari pemaju Selasa lalu, ketika menjalankan pemeriksaan di kawasan pembinaan itu. Sebaik menyedari beberapa kepala dan batang paip hilang disyaki dicuri, dia tampil membuat laporan di Balai Polis Bahau.

Foto

TUKIMAN (kiri) menunjukkan kepala paip dan batang besi paip yang dirampas.


"Bertindak atas laporan itu, kita membuat pemeriksaan terhadap sebuah premis menjual barang lusuh di Bahau dan menemui semua barang curi terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/06

Felixia padam foto seksi

Posted: 05 Jun 2014 12:42 PM PDT

Ipoh: "Siapa saya untuk menyuruh mereka berhenti daripada terus mencemuh dan memberi komen lucah pada gambar milik saya di Facebook (FB), justeru, saya mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu.

"Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadan ini," kata bekas model majalah Playboy Felixia Yeap, 28, ketika dihubungi, semalam.

Perkara itu dijelaskannya selepas banyak komen berbaur lucah serta negatif pada gambar seksinya itu walaupun dirinya sudah memakai hijab.

Berdasarkan pemantauan dilakukan wartawan di FB wanita itu, masih ada memberi komen lucah tanpa menghiraukan sensitiviti Felixia yang kini sudah berhijab.

Foto

ANTARA komen yang dilontarkan pengguna laman sosial kepada Felixia.


Ada juga antara komen daripada peminat yang meminta Felixia memadam semua gambarnya itu yang menjadi tumpuan umum.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/06

Menghampakan!

Posted: 05 Jun 2014 12:40 PM PDT

Malaysia sekali lagi gagal menamatkan kemarau mengutip sekurang-kurangnya satu mata pada pentas Piala Dunia selepas tewas kali ketiga berturut-turut di saingan Kumpulan A, kali ini kepada England 0-2 di Stadium Kyocera, The Hague, Belanda semalam.

Keputusan itu sememangnya cukup mengecewakan di kala anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dilihat mampu menyamai rentak England berbanding dua lawan sebelum ini iaitu Australia serta Belgium.

Pujian wajar diberikan kepada penjaga gol negara S Kumar yang sekali cemerlang menafikan sekurang-kurangnya lima cubaan tepat England dalam kawasan D.

Kekalahan terbaru itu menyaksikan skuad negara perlu mencatatkan kemenangan pada baki dua perlawanan selepas ini iaitu ke atas India dan Sepanyol dalam usaha mereka menamatkan saingan di kedudukan paling baik sekali gus mengelak muncul pasukan tercorot.

Foto

KUMAR (tengah) menyekat kemaraan pemain England, Tom Carson.


England di depan seawal minit ke-5 menerusi jaringan padang Mark Gleghorne yang memanfaatkan kelekaan di benteng skuad negara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/06