Pahang Juara Piala FA |
- Pahang Juara Piala FA
- Jimmy Shanley jumpa pengganti
- Diperdaya kerana nak cepat kaya
- Cari bunyi 'mengiau'
- Tak sempat tarik kereta
- Pasang surut cinta Fathia
Posted: 07 Jun 2014 01:32 PM PDT Shah Alam: Dua jaringan Pahang pada lewat perlawanan membolehkan Tok Gajah menjulang Piala FA edisi ke-25, sebentar tadi. Anak buah Zainal Abidin Hassan menewaskan FELDA United FC (FUFC) 2-1 dalam final di Stadium Shah Alam. Bagaimanapun FUFC mendahului pada minit ke-22 hasil jaringan Edward Junior Wilson selepas Zah Rahan Krangar memulakan gerakan menarik dari tengah padang. Tersentak dengan jaringan itu Pahang mula mengatur gerakan bahaya dan hampir menjaringkan gol penyamaan melalui Azidan Sarudin yang menyaksikan tandukannya menggegar palang gol FUFC pada minit ke-38. PEMAIN Pahang gembira selepas berjaya menjuarai Piala FA selepas berjaya menewaskan Felda 2-1 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam. FOTO Hasriyasyah Sabudin
|
Posted: 07 Jun 2014 01:31 PM PDT Shah Alam: Dua tahun menduda dan sebelumnya berdepan dengan kemelut sengketa rumah akhirnya kepiluan hati pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, terubat apabila menemui pengganti baru. Tepat jam 6.15 petang tadi, Jimmy selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, dengan sekali lafaz di Hotel Concorde, dekat sini. Upacara itu disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Abdul Jalil Othman sambil diperhatikan Juru Daftar Nikah dan Cerai Shah Alam, Ustaz Khairudin. Jimmy menyerahkan wang mas kahwin RM1,000, hantaran sebanyak RM15,000 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh oleh pengantin perempuan.
|
Diperdaya kerana nak cepat kaya Posted: 07 Jun 2014 08:46 AM PDT Berpura-pura mengenali masyarakat tempatan ko�nonnya ingin menjalin hubungan persahabatan selain mewujudkan kerjasama perniagaan antara taktik dikesan dilakukan anggota sindiket 'Black Money' yang rata-ratanya didalangi warga Afrika untuk mendekati mangsa sebelum menipu mereka dengan tawaran kekayaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izani Abd Ghani berkata, biasanya anggota sindiket meng�gunakan kenalan mereka yang juga warga tempatan untuk memperkenalkan diri dengan mangsa dan menggunakan alasan menjalin kerjasama perniagaan mahupun berkenalan. "Mangsa sebelum itu tidak me�ngetahui niat dan tujuan mereka diperkenalkan kepada sindiket berkenaan hinggalah bertemu dan berbincang mengenai urusan perniagaan yang boleh menjadikan mangsa kaya dalam sekelip mata iaitu 'Black Money'. "Kami mengesan sindiket meng�gunakan pujuk rayu dan cuba meyakinkan mangsa melalui demonstrasi mencuci wang kertas berwarna hitam dengan cecair khas yang kononnya dapat menukarkan wang kertas menjadi duit sebenar. Izani (tiga kiri) menunjukkan barangan rampasan sindiket Black Money kepada Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Taw Hong Soon (dua kiri) pada sidang media bulan lalu.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08 |
Posted: 07 Jun 2014 08:39 AM PDT Bachok: "Saya sangka ia bunyi anak kucing mengiau, rupa-rupanya ia tangisan bayi yang ditinggalkan di dalam kotak air mineral di depan sebuah kedai runcit berhampiran kediaman kami," kata Zuraini Abd Wahad, 41, selepas menemui seorang bayi lelaki cukup sifat di Kampung Gajah Mati, Tawang di sini, semalam. Bayi masih bertali pusat itu ditemui pada jam 5.15 pagi dan dipercayai baru dilahirkan. Turut ditemui bersama bayi yang lengkap berpakaian itu ialah beberapa helai lampin pakai buang dan puting susu. Zuraini berkata, sebelum penemuan itu, dia terjaga daripada tidur untuk menutup kipas kerana kesejukan sebelum terdengar bunyi seolah-olah anak kucing mengiau. "Bunyi itu semakin kuat dan jelas seperti tangisan bayi. Saya yang ketakutan mengejutkan suami, Seman Salleh,yang berusia 68, sebelum kami mencari arah bunyi berkenaandatang. SEMAN menunjukkan tempat bayi dijumpai di depan kedai runcit di Kampung Gajah Mati, Tawang. Gambar kecil, bayi lelaki berusia seminggu ditinggalkan di kedai runcit.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08 |
Posted: 07 Jun 2014 08:39 AM PDT Kuala Lumpur: Cubaan seorang penarik kereta mengambil sebuah kereta Proton Persona selepas mendapat arahan mahkamah kerana bayaran tertunggak tiga bulan mengundang padah apabila diserang dan ditetak seorang lelaki, dipercayai kenalan pemilik kereta terbabit. Mangsa dikenali sebagai Wong, 37, cedera di kepala, dada dan tangan selepas diserang suspek yang mengamuk sebelum berjaya diselamatkan polis. Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, mangsa membawa lori tunda untuk menarik kereta terbabit di kawasan flat Jalan San Peng, di sini. Menurutnya, selepas membawa kereta itu sehingga ke kawasan Kenanga Wholesale City (KWC), di sini, tiba-tiba tiga lelaki menaiki motosikal menahan dan menyuruhnya berhenti. WONG diberi rawatan oleh paramedik. Gambar kecil, kesan kecederaan pada kepala.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08 |
Posted: 07 Jun 2014 07:15 AM PDT Hubungan cinta Nur Fathia Abdul Latif, 27, dan Aiman Hakim Ridza, 25, bukan lagi rahsia. Kebanyakan peminat menyifatkan pasangan ini secocok, ibarat pinang dibelah dua. Namun, adat dalam hubu�ngan cinta pasti ada pasang surutnya. Kadangkala sejuk bak salji, ada ketikanya panas persis lahar gunung berapi. Gaduh manja, cemburu tak bertempat, merajuk dan segala macam situasi pasti mewarnai hubungan. Penawar bagi segala rasa itu tidak lain tidak bukan, saling percaya dan menerima kekurangan masing-masing. Begitu juga dengan pasangan selebriti popular ini yang pernah bertikam lidah hingga merajuk beberapa hari.
Walaupun kata-kata dihambur Aiman tidak dapat disahkan secara terperinci, sumber rapat SELEBRITI memaklumkan, ia sa�ngat kasar dan boleh menjatuhkan air muka Fathia. Saat ditanya mengenai perkara itu, Fahtia enggan mengulas lanjut, namun tidak menafikan wujud pasang surut dalam hubungan mereka. "Hubungan kami masih okay walaupun ada pasang surutnya. Soal jodoh, kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Bercinta bertahun-tahun pun, andai tiada jodoh tidak ke mana juga. "Bercinta tidak semestinya berakhir de�ngan perkahwinan. Justeru, saya tidak meletak apa-apa harapan terhadap hubungan ini," katanya. Melihat pelajar jurusan perundangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini banyak menepis soalan membabitkan cinta, fokus perbualan beralih pula kepada desas-desus dia sering ponteng kuliah dan memperoleh markah rendah dalam peperiksaan akhir semester lalu. "Markah saya okey. Setakat ini atas 2.0, kalau tidak, pasti saya digugurkan. Tidaklah teruk seperti didakwa! Namun, saya akui kadangkala tidak masuk kelas kerana bertembung dengan penggambaran. "Saya akan maklumkan pensyarah dan ganti balik melalui kelas tambahan persendirian atau sesi sebelum itu saya akan berhubung dan bercakap dengan pensyarah mengenainya dan ganti balik melalui kelas tambahan persendirian atau sesi 'meet-up'," katanya. Jelas Fathia, walaupun tidak menghadiri kuliah dan keputusan peperiksaan tidak sehebat pelajar lain, dia belum pernah mengulang pengajian. Masih berbaki dua semester, Fathia enggan mensia-siakan pengajian kerana percaya ilmu adalah bekalan paling penting untuk masa depannya. Apatah lagi kitaran populariti artis di Malaysia bukan lama berikutan saban hari ada saja bakat baru muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Selagi diterima peminat dan ada permintaan, dia akan meneruskan kariernya dalam arena seni tanah air, namun jika tertulis takdirnya perlu berundur, dia masih ada jaring selamat (safety net) kerana memiliki kelayakan menceburi bidang perundangan atau perniagaan. "Tidak semestinya jadi peguam atau buka firma guaman sendiri. Saya juga boleh jadi penasihat undang-undang atau meneroka bisnes lain," kata Fathia yang kini menjalani penggambaran drama bersiri Diaspora Cinta bersama Afiq Muiz dan Zain Saidin di Turki. Bercerita lanjut mengenai Diaspora Cinta, pelakon utama drama popular, Ariana Rose ini mengakui menerima tawaran itu kerana sudah lama tidak beraksi untuk RTM. "Kali terakhir berlakon untuk RTM hampir empat tahun lalu. Selepas kejayaan Ariana Rose, saya penat dan lebih memilih tawaran. "Saya hanya sempat berlakon untuk telefilem dan penuhi jadual fotografi akhbar dan majalah," katanya yang akan pulang ke tanah air pada 12 Jun ini. Bijak urus kontroversi Kemunculannya dalam dunia lakonan pada 2009 mendapat perhatian, malah ramai menjangka dia bakal bergelar bintang popular. Ternyata ramalan itu benar belaka, tetapi impak diterima tidak seindah disangka apabila kontroversi demi kontroversi hadir bertimpa-timpa. Belum habis kisah pergaduhan dengan seorang produser terkenal diperkatakan, Fathia berdepan pula dengan desas-desus tidak berdisiplin, bersikap diva dan besar kepala. Dia juga dikecam apabila sering hadir lambat ke lokasi peng�gambaran dan sesi fotografi bersama media. Apabila perkara itu dibangkitkan, tegas Fathia, artis mana yang tidak terpalit kontro�versi. "Saya sudah lali dengan kontroversi. Saya bukan jenis cepat melatah setiap kali dikaitkan dengan isu kurang menye�nangkan. "Sejak kecil saya banyak dengar dan baca cerita kontroversi artis. Bagi saya, kontroversi asam garam dunia hiburan. "Jadi setiap kali nama dikaitkan de�ngan kontroversi, saya bersikap tenang-tenang saja. Tak perlu terlalu ikut perasaan kerana makin dilayan, ia akan jadi makin besar," katanya. Pun begitu, anak jati Ayer Hitam, Pulau Pinang ini mengakui ada masanya dia penat asyik berdepan kontroversi tidak berkesudahan. Ia secara tidak langsung menjadi peringatan dia tidak akan berada lama dalam industri. "Saya mahu semua orang fikir positif mengenai saya. Mereka tidak tahu apa berlaku sebenarnya, tetapi saya percaya rakyat Malaysia semakin bijak menilai. "Mereka tidak akan percaya bulat-bulat jika hanya sebelah pihak bersuara. Syukur, walaupun dihujani pelbagai cerita negatif, peminat masih setia menyokong saya. "Merekalah sumber kekuatan saya selain keluarga dan teman rapat," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |