Kecuaian punca anak dilarikan

Kecuaian punca anak dilarikan


Kecuaian punca anak dilarikan

Posted: 26 Jun 2014 02:27 PM PDT

Kuala Lumpur: Kealpaan dan kecuaian ibu bapa serta penjaga terhadap aspek keselamatan yang lebih terjamin, dikenal pasti punca utama pelaku jenayah mengambil kesempatan melarikan kanak-kanak di negara ini.

Siasatan polis mendapati, kebanyakan kejadian melarikan kanak-kanak, sama ada ketika bersendirian atau berada dalam kenderaan, berlaku ekoran kelekaan dan sikap ambil mudah penjaga atau ibu bapa terhadap aspek keselamatan dan persekitaran.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Asisten Komisioner Hamidah Yunus, berkata ibu bapa dan penjaga seharusnya mengambil iktibar kejadian seumpama ini sering kali didedahkan media.

"Kejadian seumpama ini bukannya perkara benda baharu, sebaliknya sudah banyak kali. Ia berulang kerana sikap ambil mudah ibu bapa dalam soal keselamatan anak mereka, tidak kira ketika berada di rumah atau luar.

"Dalam satu kes, ketika polis menyoal ibu bapa bagaimana anak mereka boleh dilarikan dari dalam kenderaan ketika berada di stesen minyak, si ibu beritahu anak ditinggalkan dengan kenderaan tidak berkunci serta enjin dihidupkan," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

43,000 penoreh tiada tanah dapat RM500

Posted: 26 Jun 2014 02:22 PM PDT

Batu Pahat: Seramai 43,000 penoreh getah yang tidak mempunyai tanah atau menoreh di tanah milik orang lain akan menikmati Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah sebanyak RM500.

Bantuan secara one-off itu bertujuan meringankan beban penoreh getah yang akan dibayar Ramadan ini. Ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Majlis Anugerah Desa Cemerlang, di Parit Haji Ali, di sini, semalam.

Peruntukan tambahan Katanya, bantuan itu membabitkan peruntukan tambahan RM21.5 juta, berbanding peruntukan awal RM130 juta kepada 260,000 pekebun kecil getah yang diumumkan awal bulan lalu.

"Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mencadangkan supaya bantuan 'one off' sebanyak RM500 untuk pekebun kecil getah turut diperluas kepada penoreh getah yang tidak bertanah atau menoreh di tanah milik orang lain.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

i-kad urus pelajar asing

Posted: 26 Jun 2014 02:21 PM PDT

Petaling Jaya: Penggunaan Kad Pelajar Antarabangsa di Malaysia (ikad) adalah langkah strategik bagi menambah baik pengurusan pelajar asing di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, kad yang memiliki ciri keselamatan khas itu menunjukkan tanggungjawab kerajaan terhadap kehendak dan kebajikan pelajar antarabangsa di negara ini.

Katanya, kad dikeluarkan Jabatan Imigresen melalui Pusat Sehenti Perhidmatan Pendidikan Global Malaysia (EMGS) mulai 1 Julai ini, mengandungi maklumat peribadi penuntut seperti nama, tarikh lahir, nombor pasport, institusi, tarikh tamat pas serta gambar, bagi menggantikan visa atau pasport untuk bergerak di Semenanjung secara sah. "Tempoh permohonan adalah lima hari bekerja dan akan datang dipendekkan seperti permohonan pasport antarabangsa yang hanya mengambil masa sejam. Ia akan menjadi sebahagian indeks prestasi utama (KPI).

Tumpuan penuntut asing

"Kerajaan memberi tumpuan kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berikutan negara kini menjadi tumpuan penuntut luar negara untuk meneruskan pengajian, khususnya pada peringkat ijazah sarjana muda," katanya ketika berucap melancarkan i-kad di sini, semalam. Yang hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Jawatankuasa umrah sebagai penyelaras

Posted: 26 Jun 2014 02:19 PM PDT

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Khas Pengendalian Pakej Umrah bagi menangani masalah penipuan jemaah ibadat itu yang bakal ditubuhkan kerajaan akan dianggotai wakil daripada tujuh kementerian, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO).

Jawatankuasa yang diterajui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, turut dianggotai wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Luar, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA).

Mantap mekanisme

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata jawatankuasa khas berkenaan adalah inisiatif kerajaan untuk mengawal selia pakej umrah berikutan peningkatan kes penipuannya.

Terma rujukan jawatankuasa itu ialah memantapkan mekanisme pengawal seliaan pakej umrah, merancang dan melaksanakan kempen kesedaran awam, memantau status siasatan kes penipuan umrah dan memantau pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) disediakan MATTA dan BUMITRA bagi pakej umrah.

Khalid tewas tempat sendiri

Posted: 26 Jun 2014 02:18 PM PDT

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pasukan yang dibentuknya di Cabang Kuala Selangor tewas pada pemilihan semula di cabang berkenaan, pada Sabtu lalu.

Menteri Besar Selangor itu tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam dengan majoriti 186 undi apabila sekadar memperoleh 515 undi dalam persaingan merebut jawatan ketua cabang. Difahamkan pasukan Khalid turut tewas bagi jawatan Ketua Wanita dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kuala Selangor.

Bagaimanapun Khalid menang bagi jawatan Timbalan Presiden apabila meraih 517 undi, meninggalkan penyandang jawatan itu, Mohamed Azmin Ali dengan 440 undi, manakala Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sekadar memperoleh 50 undi.

Terkejut terima keputusan Manickavasagam yang mengakui terkejut dengan keputusan itu berkata, beliau boleh dianggap 'giant killer' kerana pernah dilabelkan sebagai calon bukan pilihan.

Beliau yakin kekalahan Khalid di cabang itu berpunca daripada kegagalan pemimpin berkenaan untuk turun padang meninjau permasalahan rakyat.

Katanya, Khalid bukan saja tewas bagi jawatan ketua cabang, malah pasukannya yang bertanding untuk beberapa jawatan turut menerima nasib sama.

"Kekalahan Menteri Besar Selangor di cabang ini kerana beliau tidak turun padang, macam mana hendak menang jika jarang melawat kawasan. Saya sudah cakap awal-awal, kalau wakil rakyat hendak memenangi hati penduduk, mereka perlu selalu turun padang.

100,000 rumah bantu kakitangan awam

Posted: 26 Jun 2014 02:17 PM PDT

Kuala Lumpur: Kerajaan merancang membina 100,000 unit kediaman di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) bagi membantu kakitangannya yang belum memiliki rumah.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata sebagai permulaan sejumlah 10,630 unit PPA1M bakal dibina di Putrajaya yang dibuka jualannya kepada kakitangan awam yang berkhidmat di pusat pentadbiran negara itu. Katanya, selepas ini projek sama akan diperluas ke seluruh negara terutamanya di bandar utama seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Georgetown, yang diketahui harga hartanah dan sewa kediaman adalah tinggi.

Kediaman mampu milik

"Antara langkah kerajaan meringankan beban keluarga kakitangan awam berpendapatan di bawah RM8,000 sebulan adalah membantu mereka mendapatkan kediaman mampu milik pada harga lebih murah daripada harga pasaran di lokasi utama.

"Selain PPA1M, kakitangan awam juga berpeluang membeli kediaman melalui skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan rumah yang ditawarkan berkualiti baik namun pada harga mampu milik golongan berpendapatan sederhana dan rendah," katanya.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/