Skandal disudahi pembunuhan

Skandal disudahi pembunuhan


Skandal disudahi pembunuhan

Posted: 10 Jun 2014 12:31 PM PDT

Kuala Lumpur: Hubungan terlarang seorang wanita dengan abang iparnya berakhir dengan tragis apabila dia mati dipercayai dibunuh lelaki itu di sebuah hotel bajet di Kelana Jaya, dekat sini, semalam.

Mayat mangsa yang berusia 22 tahun ditemui dalam keadaan bogel dan berselimut di atas tilam dengan kesan lebam di leher dipercayai akibat dicekik.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui ahli keluarganya di dalam bilik tingkat satu hotel itu selepas mendapat panggilan telefon daripada suspek yang memberitahu dia bertanggungjawab ke atas kematian mangsa.

Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, dalam panggilan telefon itu suspek memberitahu dia sudah berada di Perak dan akan membunuh diri dengan meminum racun.

Foto

ANGGOTA polis membawa masuk mayat ke dalam trak polis untuk dibawa ke PPUM.


Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya Supritendan Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 4 petang semalam berhubung penemuan mayat mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/11

'Arwah berbudi pekerti mulia'

Posted: 10 Jun 2014 12:28 PM PDT

Shah Alam: "Arwah adalah anak murid yang baik dan mulia budi pekerti," kata Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid ketika ditemui di Masjid Negeri, semalam.

Mohd Tamyes berkata, beliau mula mengenali Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Ahmad Mustafa Mohd Sidin di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Baru sebelum melanjutkan pengajian di Maktab Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor pada 1990.

Katanya, ketika itu beliau adalah pengetua sekolah manakala Allahyarham adalah pelajar sekolah agama berkenaan.

"Ketika arwah menjadi imam besar, memang banyak perancangan yang dilaksanakannya.

Foto

ORANG ramai membantu mengusung jenazah Allahyarham yang dibawa ke Batang Kali untuk dikebumikan.


"Idea beliau memang baik dan diterima, malah sehingga ke hari ini pengimarahan masjid berjalan dengan sempurna," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/11

Paip gas meletup

Posted: 10 Jun 2014 12:24 PM PDT

Lawas: Tindakan pantas seorang lelaki menghubungi bomba dan penyelamat sebaik melihat api menjulang setinggi lebih 10 meter dipercayai dari paip gas milik PETRONAS yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya, berjaya menghalang kebakaran itu daripada merebak ke kawasan lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi berhampiran Bukit Berikau, di sini, lelaki lingkungan 30-an itu terkejut melihat api yang menjulang tinggi sebelum menghubungi bomba bagi memaklumkan kejadian itu.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohamad berkata, sebaik menerima laporan sepasukan anggota dari Balai Bomba Lawas diketuai Pegawai Bomba Mohd Shamlie Radee bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian, kira-kira 20 kilometer dari balai berkenaan.

Katanya, pihaknya turut menghubungi PETRONAS memaklumkan kejadian itu dan bomba diminta untuk memindahkan penduduk di kawasan berhampiran.

Foto

API di tempat kejadian dapat dilihat dari jarak jauh.

Foto

SAMBUNGAN paip yang pecah akibat letupan.


Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dibuat tiada penempatan atau kampung di sekitar kawasan terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/11

Air mata penyu

Posted: 10 Jun 2014 11:29 AM PDT

Kuala Terengganu: Terengganu menangis di laman sendiri apabila tewas 1-4 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.

Terengganu bermula garang apabila nyaris mendahului pelawat menerusi rembatan cantik Abdul Manaf Mamat pada minit ke-4, namun sepakan pemain itu berjaya ditepis keluar penjaga gol Mohd Farizal Marlias.

Pasukan tuan rumah yang berhajat memburu kemenangan terus menggandakan asakan demi asakan melalui rangkaian penyerang Moustapha Dabo, Andres Estupinan dan Mohd Ashari Shamsuddin namun masih gagal memperoleh jaringan pertama.

Sebaliknya pasukan pelawat yang memperoleh sesekali peluang berjaya mengancam pintu gol tuan rumah menerusi penyerang utama mereka Paulo Rangel dan bekas penyerang Terengganu Abdul Hadi Yahya.

Foto

MOUSTAPHA (dua dari kanan) diasak Andik.

Foto

RANGEL (tengah) ditenangkan pegawai dan rakan sepasukan selepas dilayangkan kad merah.


Mohd Ashari yang menjadi antara watak penting Terengganu bersama kapten Zairo Anuar Zailani nyaris meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-36, namun tandukan cantiknya hasil hantaran Abdul Manaf Mamat dinafikan Mohd Farizal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/11

Kayda bukan Sheila Majid

Posted: 10 Jun 2014 06:13 AM PDT

Kemasukan irama hip hop di negara ini bermula sejak era 1990-an lagi, namun penerimaan umum terhadap penyanyi rap wanita di Malaysia, masih asing.

Barangkali umum kurang faham perbezaan antara hip hop dan rap yang mana rap adalah bahagian daripada hip hop. Rap adalah teknik vokal menyanyi dengan tempo cepat. Sedang hip hop pula adalah genre muzik yang terdiri daripada emcee/rapper, muzik elektronik sebagai 'backsound' dan grafiti sebagai latar belakang. Justeru, rap dan hip hop adalah satu kesatuan.

Berbalik pada senario penyanyi rap wanita di Malaysia, situasinya tidak sama seperti di Barat. Jika di Barat nama-nama seperti Miss Elliot, Lauren Hill dan Nikki Minaj antara rapper wanita yang cukup berpengaruh di dunia. Bahkan Willow, anak kepada aktor tersohor Will Smith yang baru berusia 13 tahun turut memilih memperjuangkan irama ini.

Sebaliknya di Malaysia, bagaikan wujud diskriminasi terhadap penyanyi rap wanita sedangkan mereka ini adalah kelompok pejuang seni yang kreatif. Selain keupayaan menyanyi dengan tempo laju, mereka turut menulis lirik sendiri serta mempunyai berfalsafah hidup.

Foto


Kesempatan bertemu dengan dua penyanyi rap, Hunny Hatim dan Kayda, yang berkolaborasi menerusi mixtape berjudul Go Hard Gostan, baru-baru turut dimanfaatkan bagi mereka menjawab isu yang disebutkan di atas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/11