Lulus selepas 3 jam dibahas |
- Lulus selepas 3 jam dibahas
- MPV langgar tebing lima meter
- Peningkatan suhu aktifkan virus denggi
- Polis rakam keterangan bapa kanak-kanak malang
- Remaja maut tercampak
- Maut tercekik bebola ikan
Posted: 09 Jun 2014 03:13 PM PDT Nusajaya: Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang sebelum ini menimbulkan kontroversi kerana dikatakan memberi kuasa kepada Sultan untuk terbabit secara langsung dalam pentadbiran negeri diluluskan oleh Sidang Dewan Undangan Negeri Johor dengan 10 pindaan daripada lapan fasal, semalam. Rang undang-undang yang bertujuan menyediakan satu bentuk perundangan berkaitan pembangunan sektor perumahan dan hartanah di negeri ini dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi pada jam 2.30 petang dan diluluskan tiga jam kemudian. Abd Latif berkata, penubuhan lembaga itu juga bagi menambah baik perundangan sedia ada yang diwujudkan oleh Persekutuan mengikut keperluan negeri Johor. Selaras dasar perumahan "Penubuhan LPHJ juga selaras dengan teras ketiga dasar perumahan negara iaitu meningkatkan keberkesanan dan memastikan pematuhan. Dapatkan akhbar BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 02 Jun 2014 04:10 PM PDT An error was encountered while publishing this resource. Resource not found Sorry, the requested resource does not exist. Check the URL and try again. Resource: http://www.bharian.com.my/articles/MPVlanggartebinglimameter Troubleshooting Suggestions
For more detailed information about the error, please refer to the error log. If the error persists please contact the site maintainer. Thank you for your patience. |
Peningkatan suhu aktifkan virus denggi Posted: 02 Jun 2014 04:09 PM PDT Kota Bharu: Fenomena El-Nino yang menyebabkan cuaca kering dan peningkatan suhu yang diramal melanda rantau Asia Tenggara bulan depan, berpotensi menyebabkan virus denggi disebarkan dengan cepat. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata cuaca panas akan mempengaruhi tabiat pergerakan nyamuk dan penyebaran virus denggi. "Berikutan fenomena itu, Kementerian Kesihatan meminta masyarakat berusaha melindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes seperti memakai pakaian berlengan panjang atau seluar panjang ketika melakukan aktiviti di luar rumah. "Kementerian juga menggalakkan orang ramai meningkatkan aktiviti 'cari dan musnah' tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar kawasan kediaman," katanya dalam kenyataan media, semalam. Pantau kes Makin serius Bilangan terkumpul kes kematian denggi tahun ini turut meningkat sehingga 300 peratus, dengan 68 kematian dilaporkan sehingga 17 Mei lalu, berbanding 17 kematian bagi tempoh sama tahun lalu. "Kematian terkini membabitkan seorang wanita berusia 57 tahun dari Selangor, yang sebelum itu mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke wad. Namun disebabkan keadaan semakin teruk, dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan meninggal dunia dengan diagnosa 'Dengue Haemorragic Fever'," katanya. Dr Noor Hisham berkata, daripada pemantauan Kementerian Kesihatan pada minggu ke-20 (11 hingga 17 Mei lalu), jumlah lokaliti wabak juga meningkat kepada 336 lokaliti berbanding 277 lokaliti pada minggu sebelumnya, meningkat 59 lokaliti. "Daripada jumlah itu, ada 41 lokaliti titik panas dilaporkan di seluruh negara, dengan 38 daripadanya di Selangor, manakala masing-masing satu di Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak," katanya. |
Polis rakam keterangan bapa kanak-kanak malang Posted: 02 Jun 2014 04:08 PM PDT Kuala Lumpur: Motif sebenar pembunuhan kejam seorang kanak-kanak malang, Siti Soffea Emelda, berusia 30 bulan dijangka diselesaikan dalam masa terdekat sebaik polis merakam keterangan bapa mangsa yang kini menjalani hukuman penjara di Pahang. Berdasarkan maklumat itu nanti, polis yakin akan mendapat petunjuk sama ada kes berkenaan berunsur balas dendam atau dengan niat melakukan jenayah oleh suspek yang ditemui mati terapung di sungai berhampiran Plaza Tol Sunway, Subang Jaya, Sabtu lalu. Kumpul banyak maklumat "Dengan keadaan ibu mangsa yang masih trauma, pegawai penyiasat yakin memperoleh lebih banyak maklumat sebaik ibunya bersedia memberikan keterangan yang mungkin dapat membantu kita mengenal pasti motif kejadian. "Malah, pegawai penyiasat akan menemui bapa mangsa di sebuah penjara di Pahang, untuk mendapatkan segala keterangan sama ada dia mengenali suspek terbabit sebelum dipenjarakan atas kesalahan berkaitan dadah," katanya ketika dihubungi BH, semalam. Berdasarkan laporan bedah siasat itu, katanya, polis berpendapat punca kematian suspek adalah sepadan dengan keterangan saksi yang melihat dia terjun ke Sungai Klang, selain bentuk fizikal, corak pakaian dan rupa paras konsisten dengan suspek yang dilihat menarik tangan kanak-kanak keluar dari tempat kejadian. "Kita juga tidak menolak kemungkinan awal, suspek melakukan pembunuhan ini kerana berada di bawah pengaruh dadah selepas menemui satu paket plastik kecil mengandungi daun kering disyaki ganja," katanya. |
Posted: 02 Jun 2014 04:04 PM PDT An error was encountered while publishing this resource. Resource not found Sorry, the requested resource does not exist. Check the URL and try again. Resource: http://www.bharian.com.my/articles/Remajamauttercampak Troubleshooting Suggestions
For more detailed information about the error, please refer to the error log. If the error persists please contact the site maintainer. Thank you for your patience. |
Posted: 02 Jun 2014 03:29 PM PDT An error was encountered while publishing this resource. Resource not found Sorry, the requested resource does not exist. Check the URL and try again. Resource: http://www.bharian.com.my/articles/Mauttercekikbebolaikan Troubleshooting Suggestions
For more detailed information about the error, please refer to the error log. If the error persists please contact the site maintainer. Thank you for your patience. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |