Wakil Asia kecundang

Wakil Asia kecundang


Wakil Asia kecundang

Posted: 26 Jun 2014 03:59 PM PDT

Sao Paulo (Brazil): Harapan terakhir benua Asia untuk memiliki wakil di peringkat kedua Piala Dunia hampa apabila Korea Selatan kecundang 1-0 kepada Belgium dalam saingan Kumpulan H di Arena de Sao Paulo, awal pagi ini.

Lebih mengecewakan, kejohanan dunia kali ini adalah prestasi terburuk wakil Asia -Korea Selatan, Iran, Jepun dan Australia sejak Piala Dunia 1990 kerana tidak mencatat sebarang kemenangan.

Jurulatih Belgium Marc Wilmots melakukan tujuh pertukaran daripada kesebelasan utama yang menundukkan Rusia sebelum ini dan mendominasi perlawanan pada babak pertama sehinggalah pemain tengah, Steven Defour dilayangkan kad merah kerana mengasari Kim Shin-wook.

Korea Selatan yang memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang ke pusingan kedua mula mendapat rentak pada babak kedua dan menghasilkan beberapa percubaan berbahaya menerusi gandingan Son Heung-Min dan Kim Young-Gwon.

Foto


Namun, harapan Taeguk Warriors untuk menjadi satu-satunya wakil Asia di pusingan kedua musnah apabila Jan Vertonghen menjaringkan gol selepas rembatan Divock Origi ditampan penjaga gol Kim Seung-gyu.


Belgium menjuarai Kumpulan H dengan sembilan mata dan akan menentang Amerika Syarikat di Arena Fonte Nova, Salvador, 2 Julai depan.

KOREA SELATAN: Seung-Gyu Kim; Yong Lee, Young-Gwon Kim, Jeong-Ho Hong, Suk-Young Yun; Chung-Yong Lee, Kook-Young Han (Keun-Ho Lee, 46'), Sung-Yueng Ki, Heung-Min Son (Dong-Won Ji, 73'); Ja-Cheol Koo, Shin-Wook Kim (Bo-Kyung Kim, 66').

BELGIUM: Thibaut Courtois; Anthony Vanden Borre, Daniel Van Buyten, Nicolas Lombaerts, Jan Vertonghen; Steven Defour, Moussa Dembele, Dries Mertens (Divock Origi, 60'), Marouane Fellaini, Adnan Januzaj (Nacer Chadli, 60'); Kevin Mirallas (Eden Hazard, 88').

PENGADIL: Benjamin Williams (Australia)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

Islam Slimani ukir sejarah

Posted: 26 Jun 2014 03:37 PM PDT

Curitiba (Brazil): Penyerang kelab Portugal, Sporting Clube, Islami Slimani mengangkat tangan dan kemudian sujud selepas jaringan penyamaannya buat Algeria menerjah masuk ke jaring Russia, pada saingan Kumpulan H, di Arena da Baixada, awal pagi ini.

Jaringan Slimani itu yang kekal sehingga tamat perlawanan akhirnya melakarkan sejarah baru buat Algeria apabila layak buat pertama kali ke pusingan 16 pasukan dan juga sejarah buat Russia - tewas di pusingan pertama.

Kejayaan itu menyaksikan Algeria yang menduduki tangga kedua kumpulan dan mengiringi johan Kumplan H, Belgium, bakal bertemu juara Kumpulan G, Jerman, 1 Julai ini.

Algeria yang tersentak dengan gol pendahuluan Russia memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke-60 apabila Slimani menanduk masuk gol keramat itu selepas menerima hantaran daripada sepakan percuma Brahimi.

Foto

FOTO AP

Russia membuka jaringan pada minit keenam menerusi Kokorin yang melakukan tandukan selepas menerima hantaran silang jauh daripada pemain pertahanan, Kombarov.
Pada pertemuan penentuan itu, kedua-dua jurulatih Algeria - hanya perlu seri - dan - Russia - memerlukan kemenangan - melakukan perubahan pada kesebelasan utama mereka.


Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic menggantikan ketua pasukannya, Madjid Bouguerra dengan Esseid Belkalem manakala Rafik Halliche diberikan tanggungjawab menggalas tugas yang ditinggalkan itu.

Pengurus Russia, Fabio Capello pula menyenaraikan penyerangnya, Aleksandr Kerzhakov - jaring gol tunggal ketika seri 1-1 dengan Korea Selatan - bagi menggantikan Maksim Kanunnikov.

ALGERIA: Rais Mbolhi, Esseid Belkalem, Djamel Mesbah, Aissa Mandi, Rafik Halliche, Sofiane Feghouli, Yacine Brahimi, Carl Medjani, Islam Slimani, Nabil Bentaleb, Abdelmoumene Djabou.

RUSSIA: Igor Akinfeev, Alexei Kozlov, Dmitry Kombarov, Vasily Berezutskiy, Sergei Ignashevich, Denis Glushakov, Viktor Faizulin, Oleg Shatov, Alexander Samedov, Alexander Kokorin, Aleksandr Kerzhakov.

PENGADIL: Cuneyt Cakir (TUR)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

Tewas tapi lepas

Posted: 26 Jun 2014 12:22 PM PDT

Recife (Brazil): Amerika Syarikat (AS) berjaya mengiringi Jerman ke pusingan kedua Piala Dunia 2014 meskipun tewas 1-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan G di Recife awal pagi ini.

Perlawanan ini menyaksikan pertembungan dua sahabat baik, Jurgen Klinsmann dan Joachim Loew yang bersama mengendalikan skuad Jerman pada Piala Dunia 2006.

Skuad kendalian Klinsmann mara selaku naib juara kumpulan selepas Portugal memusnahkan harapan Ghana 2-1 dalam satu lagi perlawanan di Brasilia.

Jerman mendominasi perlawanan sebaik sepak mula dan melakukan beberapa percubaan berbahaya pada babak pertama namun berjaya diselamatkan penjaga gol AS, Tim Howard.

Foto


Masuk babak kedua, Jerman menggandakan asakan ke gawang AS dan berjaya mendapatkan gol pendahuluan pada minit ke-55 menerusi rembatan kaki kanan Thomas Mueller selepas Howard menampan tandukan Per Mertesacker.


AS berpeluang menyamakan kedudukan dalam satu serangan balas pada masa tambahan, namun percubaan Alejandro Bedoya dihadang Mario Gotze untuk memberikan tiga mata kepada Jerman sekaligus menjuarai Kumpulan G.

Meskipun menang ke atas Ghana dan mempunyai jumlah mata yang sama dengan AS iaitu empat, Portugal tersingkir kerana perbezaan gol.

AMERIKA SYARIKAT: Tim Howard; Fabian Johnson, Omar Gonzalez, Matt Besler, DaMarcus Beasley; Jermaine Jones, Kyle Beckerman, Graham Zusi (DeAndre Yedlin, 84'), Michael Bradley, Brad Davis (Alejandro Bedoya, 59'); Clint Dempsey.

Germany: Manuel Neuer; Jerome Boateng, Per Mertesacker, Mats Hummels, Benedikt Howedes; Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger (Mario Gotze, 76'), Mesut Ozil (Andre Schurrle, 89'), Toni Kroos; Lukas Podolski (Miroslav Klose, 46'), Thomas Muller.

PENGADIL: Ravshan Irmatov (UZB)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

Pelajar pondok pikul senjata

Posted: 26 Jun 2014 11:25 AM PDT

Kuala Lumpur: Sekumpulan rakyat Malaysia yang didakwa menyertai peperangan saudara di Syria bersama Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) seperti disiarkan dalam satu video di YouTube kelmarin dipercayai pernah mendapat pendidikan di beberapa sekolah pondok di utara tanah air.

Sumber Bukit Aman berkata, kumpulan terbabit dipercayai terdiri daripada pelajar sekolah pondok yang berpusat di Kedah.

"Mereka masuk ke Syria dari negara ketiga. Contohnya, mereka masuk ke negara berkenaan (Syria) melalui Jordan ataupun Turki sebelum menyertai kumpulan ISIL yang kononnya untuk berjihad kerana mengejar syahid," katanya.

Beliau berkata, pihaknya bimbang kerana rakyat Malaysia berkenaan dipergunakan selepas terpengaruh dengan dakyah 'jihad'.

Foto

RAKAMAN yang dimuat naik di YouTube.


Katanya, mereka sepatutnya lebih waspada sebelum menyertai mana-mana kumpulan pejuang kerana bimbang kumpulan terbabit bukannya memperjuangkan keadilan seperti didakwa sebaliknya digunakan pihak tertentu untuk agenda tersembunyi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

Tidur masuk longkang

Posted: 26 Jun 2014 11:14 AM PDT

Butterworth: "Sebelum itu, semua penumpang sedang lena dan hanya terjaga selepas kejadian mengejutkan ini. Malah, saya yang duduk di belakang turut tercampak beberapa meter ke hadapan, namun bersyukur kerana tidak cedera parah," kata ketua jurulatih acara lompatan bagi skuad olahraga negara, Mohd Mansahar Abdul Jalil, 54, semalam.

Beliau antara tujuh penumpang yang melalui detik cemas apabila bas ekspres dinaiki hilang kawalan sebelum masuk ke dalam longkang sedalam empat meter dalam kejadian di Jalan Baru Perai, di sini, jam 6 pagi semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Perlis untuk menghadiri kejohanan olahraga dan menaiki bas berkenaan di Simpang Pulai, Perak, jam 3.15 pagi.

"Saya yang duduk di kerusi di belakang tiba-tiba terjaga selepas merasakan bas berkenaan bergoyang seperti tidak stabil, diikuti dentuman kuat selepas terjunam ke dalam longkang.

Foto

ORANG ramai mengerumuni bas yang terhumban masuk ke dalam longkang sewaktu dalam perjalanan dari Melaka menuju Perlis, semalam.

Foto

MOHD Mansahar keluar dari bas ekspress yang dinaikinya yang terbabas ke dalam longkang.


"Lutut sakit dipercayai akibat terhentak ketika tercampak ke depan dan kami bernasib baik kerana orang awam membantu penumpang keluar dari bas, manakala kenderaan itu tersekat di dalam longkang," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27