Minimum tiga kesalahan - Polis

Minimum tiga kesalahan - Polis


Minimum tiga kesalahan - Polis

Posted: 31 Dec 2013 12:51 PM PST

Oleh Yusri Abd Malek, Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim, Mohd Fadly Samsudin, Kalidevi Mogan Kumarappa, Raja Noraina Raja Rahim, Muhaamad Hafis Nawawi, Norul Awatif Romli, Gaddafi Musli dan Nurulhuda Kosnon

KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan Rakyat Pilih di Dataran Merdeka, malam tadi, didapati melanggar sekurang-kurangnya tiga kesalahan dan polis akan mengambil tindakan sewajarnya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, antara kesalahan terbabit adalah merempuh benteng polis sekali gus bersalah menghalang penjawat awam, tiada notis pemberitahuan untuk berhimpun dan pencerobohan.

Menurutnya, pihak tidak bertanggungjawab pula akan disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 15 akta sama kerana berarak.

"Kita akan melakukan semakan dan mereka ini tidak terlepas daripada hukuman. Selain itu, mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Senjata Api serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Foto


"Malah, ketika Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, berucap ada juga yang membaling botol. Namun, kita dapat mencegah kekacauan menerusi pendekatan berhemah dan kawal selia," katanya.


Menurutnya, program ambang tahun baru 2014 terpaksa dihentikan selepas dicemari kekacauan.

Selain itu, katanya, tiga halangan yang dibuat anggota polis dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dirempuh peserta perhimpunan menyebabkan dua anggota polis mengalami kecederaan.

Rempuhan terbabit berlaku antara 10.30 malam hingga 11 malam selepas peserta perhimpunan itu dihalang polis untuk masuk ke kawasan Dataran Merdeka.

Zainuddin berkata, kedua-dua anggota polis berkenaan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Tindakan peserta perhimpunan yang kemudiannya memasuki dataran sebelum melontar botol ke arah pentas ketika artis sedang membuat persembahan.

"Disebabkan tindakan itu, penganjur iaitu DBKL terpaksa menghentikan konsert berkenaan disebabkan faktor keselamatan," katanya

Menurutnya, seorang lagi anggota PGA juga cedera di kepala selepas dilontar batu oleh peserta perhimpunan ketika melakukan kawalan di Bukit Bintang.

Zainuddin berkata, pihaknya tidak melakukan sebarang tangkapan namun semua yang terbabit akan diheret ke muka pengadilan.

Menurutnya, pihaknya turut menemui empat parang dan sebilah pisau di tepi longkang di Kompleks Daya Bumi oleh polis bantuan yang melakukan kawalan keselamatan di bangunan berkenaan.

Katanya, terdapat beberapa pemimpin pembangkang menyertai perhimpunan berkenaan selain peserta perhimpunan yang menggelarkan diri mereka sebagai Turun dan Rakyat Pilih Dataran Merdeka (RPDM).

Menurutnya, DBKL akan membuat laporan polis dalam masa terdekat selepas menilai kerosakan yang dialami oleh mereka di dataran itu selain lima lokasi berkumpul seperti pusat beli-belah Sogo, Masjid Jamek, Pasar Seni dan Masjid Negara.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/01

Empat remaja sesat tujuh jam

Posted: 31 Dec 2013 12:49 PM PST

PADANG BESAR: Angkara madu kelulut, empat remaja berusia 20 hingga 28 tahun sesat di Hutan Simpan Felda Mata Ayer, dekat Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, tetapi kemudian ditemui tidak bermaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam itu, kesemua mereka yang menetap di Felda berkenaan masuk ke hutan berkenaan bagi mencari madu kelulut yang digunakan bagi membuat ubat di kawasan kira-kira lima kilomerer dari pos kawalan PGA di situ.

Seorang daripada mereka, Shahar Azizan, 28, berkata mereka yang sebelum ini sudah banyak kali masuk ke hutan berkenaan bagi mencari madu berkenaan tiba-tiba dihampiri kabus tebal sebelum kawasan berkenaan menjadi gelap seawal kira-kira 6 petang.

"Kawasan berkenaan tiba-tiba menjadi gelap walaupun jam menunjukkan 6 petang sehingga kami gagal mencari jalan yang dilalui sebelum itu.

Foto


"Kami cuba mencari jalan pulang sehingga kira-kira 10 malam. Namun, gagal sebelum mengambil keputusan untuk menunggu di kawasan tebing sungai berdekatan sambil memasang unggun api," katanya.


Menurutnya, kami cuba menghubungi rakan kami bagi memaklumkan perkara berkenaan namun terpakasa mencari kawasan yang mempunyai liputan telefon bimbit.

"Saya kemudian dapat menghubungi rakan dan hanya sempat memberitahu bahawa sesat sebelum bateri telefon habis," katanya.

Menurutnya, mereka kemudian ditemui anggota penyelamat yang menggerakkan operasi mencari mereka sekitar 12.45 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Che Man MD Dros, berkata kesemua mereka, Shahar, Zulhelmi Johari, 27, Mohammad FadIl Mohd Akhir, 20, dan Rosharizan Hassan, 20, ditemui dalam keadaan lemah.

"Kesemua mereka diberi air sebelum diberi rawatan kecemasan namun tiada kecederaan dilaporkan dialami mereka.

"Mereka masuk bagi mencari madu kelulut bagibtujuan membuat ubatbdan dipercayai sesat selepas keadaan menjadi gelap lebih awal daripada biasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/01

'Dah tak boleh tukar'

Posted: 31 Dec 2013 12:49 PM PST

Kuala Terengganu: "Semuanya sudah terlambat, saya kini mahu menjadi lelaki semula, tetapi alat kelamin saya perempuan, saya menyesal, sangat menyesal, tetapi sudah tiada guna," kata Lianti (bukan nama sebenar).

Dia yang kini berusia 26 tahun sanggup berhabis lebih RM100,000 untuk melakukan pembedahan membuang kemaluan lelaki dan menggantikannya dengan kemaluan wanita semata-mata mengikut naluri kewanitaan yang ada pada dirinya sejak remaja.

Selain itu dia mengakui mahu menjadi 'wanita' cantik yang mampu memikat mana-mana lelaki kaya untuk mendapatkan wang mudah.

Kata Lianti, keputusan melakukan pembedahan jantina dibuat pada 2003 dan sanggup terbang dan tinggal di Jepun untuk pembedahan dan rawatan susulan selama sebulan.

Foto

SUSUK paku bersadur emas yang dimasukkan di pipi.

Foto

AZMAN menunjukkan berlian yang digunakan pemakai susuk.


"Ketika itu apa yang saya fikirkan untuk menjadi wanita dan mencari duit mudah, saya ikutkan hati dan sanggup menempuh cabaran dan berhabis duit untuk mencapainya," katanya kepada Harian Metro.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/01

'Jodoh' Rajagobal berakhir

Posted: 31 Dec 2013 12:00 PM PST

Kuala Lumpur: Selepas hampir lima tahun, akhirnya Harimau Malaya bakal melalui era baru selepas kontrak ketua jurulatih Datuk K Rajagobal berakhir semalam.

Biarpun mengakhiri kariernya bersama skuad kebangsaan sejak Julai 2009 itu dengan prestasi kurang memberangsangkan sepanjang tahun ini, tidak dinafikan pengendali berusia 57 tahun itu adalah antara jurulatih tempatan terbaik yang membantu Malaysia meraih pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos serta kejuaraan pertama Piala AFF 2010.

Pada sidang media terakhirnya selaku jurulatih kebangsaan pada 2 Disember lalu, beliau hanya menyatakan mahu berehat seketika namun tidak menafikan bakal kembali melatih mana-mana pasukan jika mendapat tawaran menarik.

Perkembangan terbaru Rajagobal dikaitkan dengan salah sebuah kelab dari Liga Singapura (Liga-S) yang bersedia memberi tawaran lumayan kepadanya bagi mengendalikan kelab itu musim depan.

Foto

PEMAIN Harimau Malaya Norshahrul Idlan Talaha (kanan) dan Safee Sali (dua dari kiri) mengasak pemain Qatar pada kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, November lalu.


Namun bekas pemain Selangor itu enggan menafikan atau pun mengiyakan sejauh mana kebenaran laporan itu cuma menyatakan bahawa beliau sedang dalam proses menimbang beberapa tawaran.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/01

Teruskan misi tertunggak

Posted: 31 Dec 2013 07:49 AM PST

Tahun Baru 2014 membuka lembaran hari ini, sekali gus membawa cerita baru kepada semua individu di seluruh dunia. Tidak terkecuali, tiga pelakon yang terpilih sebagai penghias muka depan RAP sebagai pembuka tirai 2014, Azlee Khairi Zulah Hainee, 25; Aishah Ilias, 26, dan Nur Fathia, 26, kerana ketiga-tiganya mempunyai misi tersendiri dalam hidup.

Pastinya 2013 meninggalkan kesan kepada mereka kerana landasan karier seni masing-masing berada pada titik gemilang terutamanya Azlee yang secara mendadak dikenali peminat menerusi siri popular Love You Mr Arrogant yang mencetuskan fenomena baru buat peminat.

Aishah pula dikenali menerusi filem Paku manakala Fathia sememangnya sudah mempunyai tapak kukuh dalam seni dan masih bertahan sehingga kini.

Menjelaskan situasi yang dilaluinya, Azlee yang juga bekas graduan Diploma Seni Layar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mengakui pengalaman yang ditimbanya dari bawah sedikit sebanyak memberi kelebihan kepadanya. Dia memulakan kariernya sebagai kru produksi sebelum bergelar pelakon.


"Selepas tamat belajar saya bekerja dengan pelbagai syarikat produksi seperti Line Clear Motion Pictures Sdn Bhd, Astro, MS Post dan banyak lagi. Walaupun mendapat galakan daripada tenaga pengajar, Profesor Madya A Razak Mohaideen dan Aminah Rhapor, saya tak minat berlakon kerana lebih suka bekerja di belakang tabir.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01