Tujuh negeri 117,847 mangsa |
Posted: 26 Dec 2014 12:08 AM PST Oleh Wartawan Harian Metro Kuala Lumpur: Bilangan mangsa banjir di Pantai Timur, Perak, Perlis, Kedah dan Johor yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 117,847 orang sehingga 4 petang ini. Kelantan menunjukkan peningkatan paling ketara apabila bilangan mangsa ditempatkan di PPS meningkat kepada 45,467 orang berbanding 38,030 pagi tadi. Bilangan mangsa banjir di Pahang yang dipindahkan ke PPS pula berkurangan kepada 32,380 orang berbanding 35,793 orang pagi tadi. Terengganu turut meningkat kepada 33,073, manakala Perak (6,119) dan Perlis (268). Di Kedah pula, 28 orang dipindahkan di PPS, manakala Johor 512 orang . |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |