Tuah Ninih penjaja lawa |
- Tuah Ninih penjaja lawa
- Akur hilang mahkota
- Gegar Vaganza buka pintu rezeki
- Lima negeri, 45,000 mangsa
- Tiga maut kereta bertembung
- Nama 53 huruf, sekali lafaz
Posted: 23 Dec 2014 01:06 PM PST Jakarta: Kemunculan gadis penjual jajan di jejantas di Jalan HR Rasuna Said di Kuningan pada awalnya tidak begitu diendahkan, sehinggalah gambarnya tersebar di media sosial baru-baru ini. Tanpa disangka, nasib Ninih berubah mendadak. Tidak seperti kebanyakan penjaja jalanan, Ninih memiliki wajah ayu dan menggoda. Sejak gambarnya tersebar di Internet, gadis berusia 18 tahun dari Indramayu itu bagaikan selebriti kerana sering diperhatikan. Sebelum ini Ninih-atau nama sebenarnya Turinih-menjual jajan bersama kakaknya. Antara produk dijaja mereka ialah getuk (kuih tradisional diperbuat daripada ubi) untuk sarapan. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 5:06 AM 2014 © Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd. Rabu, 24 Disember, 2014 |
Posted: 23 Dec 2014 01:03 PM PST ferzalfie@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Ikon sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akur terlepas kedudukan ranking nombor satu dunia kepada Chen Long yang baru saja memenangi Siri Super Akhir 2014 hujung minggu lalu di Dubai. Menurut Chong Wei, dia tidak boleh berbuat apa-apa mengenai situasi berkenaan selepas dikenakan penggantungan sementara oleh Persatuan Badminton Dunia (BWF) dan masih menunggu perbicaraan mengenai kes doping yang dijangka berlangsung awal bulan depan. "Saya harus menerimanya selepas enam tahun berada di ranking nombor satu dunia, ia terganggu disebabkan kes doping saya," katanya ketika dihubungi semalam. Ranking baru BWF akan dikeluarkan esok dan pemain nombor satu dunia itu akan dipintas oleh Chen Long yang sebelum ini mengalahkan perseorangan Denmark, Hans-Kristian Vittinghus. "Bukan mudah untuk kekal kedudukan pemain perseorangan nombor satu dunia selama enam tahun, saya harap kes ini dapat diselesaikan segera. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 5:03 AM 2014 © Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd. Rabu, 24 Disember, 2014 |
Gegar Vaganza buka pintu rezeki Posted: 23 Dec 2014 01:00 PM PST akmar@hmetro.com.my Selama 10 tahun menceburi bidang nyanyian, Sharifah Zarina Wan Hassan, 33, tidak pernah menerima kritikan dan komen yang boleh meleburkan keteguhan hatinya sebagai anak seni. Bagaimanapun, dengan sedikit kelalaian, dia menerima teguran amat pahit daripada peminat di laman Facebook (FB) miliknya. Semuanya gara-gara dia mengenakan seluar sendat rona hitam dipadankan dengan baju yang ditaja sebuah butik ketika membuat persembahan dalam minggu keempat program Gegar Vaganza yang bersiaran di Astro Ria, Prima dan Maya HD, jam 9 malam, setiap Ahad. Zarina berkata, dia sangat suka dengan baju yang terdapat di butik itu dan menyedari pemilik butik sudah beritahu mereka tidak menyediakan seluar atau skirt labuh untuk dipadankan. "Perkara itu sudah dimaklumkan sejak awal oleh pemilik butik dan saya tetap mahu memakainya kerana berkenan dengan potongannya. Kebetulan pula saya ada seluar sendiri untuk digayakan bersama. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 23 Dec 2014 09:07 AM PST Kuala Lumpur: Lebih 45,000 mangsa banjir kini ditempatkan pusat pemindahan sementara di lima negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis, tengah malam tadi. Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir naik kepada 22,225 orang berbanding 21,601 pada kira-kira 8 malam semalam, di 107 pusat pemindahan sementara di sembilan jajahan. Sungai Golok di Rantau Panjang pula mencatatkan bacaan 10.29 meter (m), Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (5.62m), Sungai Lebir di Tualang (40.90m) dan Sungai Galas di Dabong (44.01m). Sekurang-kurangnya 22 jalan di Kelantan ditutup, termasuk Jalan Gua Musang-Lojing-Simpang Pulai di yang mengalami tanah runtuh. Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir turut naik kepada 16,452 orang membabitkan 3,728 keluarga yang ditempatkan di 106 pusat pemindahan. Paras air lapan sungai di Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu dan Setiu pula dilaporkan melebihi paras bahaya. Bagaimanapun, semua jalan utama boleh dilalui kenderaan. Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di Pahang menurun kepada 6,160 orang daripada 8,193 orang manakala 25 jalan ditutup untuk semua kenderaan. Antara laluan di tutup di Pahang adalah * JLN KG ORANG ASLI BUKIT BANGKONG,PANCHING-PARAS AIR 1.5M JARAK 100M * KM31 JLN KUANTAN SG LEMBING PARAS AIR 1.0M JARAK 100M * JLN BANDAR SG LEMBING PARAS AIR 1.5M JARAK 400M * JLN KG NADAK SG LEMBING PARAS AIR 1.0M JARAK 150M * JLN KG AIR HITAM/JAYA GADING PARAS AIR 1.2M JARAK 1KM * KM22 JLN KUANTAN PANCHING JARAK 150M * JALAN TANAH PUTIH PARAS AIR 0.6M JARAK 40M * KM86 JLN LIPIS GUA MUSANG * KM91 JLN LIPIS MERAPOH PARAS AIR 1.5M JARAK 500M * KG PERSIT MERAPOH PARAS AIR 0.5M JARAK 500M * JALAN KE KG CHEGAR PERAH PARAS AIR 1.5M JARAK 100M * JLN KM 6 JERANTUT KE KUALA TAHAN PARAS AIR 0.5M JARAK 20M * JLN SIMPANG SEPIAL PARAS AIR 1.03M JARAK 52M * KM 48 JALAN PEKAN-SALONG KG AIR AIR HITAM PARAS AIR 0.1 M (JALAN RUNTUH) * 4.25. KM 2 JALAN BELIMBING-PALOH HINAI PARAS AIR 0.7 M (JALAN TERPUTUS) Di PERLIS, jumlah mangsa ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perlis sehingga meningkat kepada 124 mangsa berbanding 107 sebelum ini. Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 415 orang pada berbanding 240 orang, pada 5 petang semalam. |
Posted: 23 Dec 2014 08:32 AM PST Machang: Tiga termasuk dua beranak maut manakala tiga lagi cedera selepas dua kereta bertembung di Kilometer 25.6 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran kuarters tentera di Kok Lanas, 7.30 malam tadi. Azmad Harun, 46, seorang guru maut bersama anaknya Aidil Adieq Alias, 14, dipercayai akibat tersepit, manakala Tuan Iswadi Tuan Ismail dari Gua Musang meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Machang, di sini. Mangsa yang cedera adalah anak Azmad iaitu Azra Afifah, 16, Aidil A'zim, 11, dan Adam Aqif, 6, semuanya dirawat di Hospital Machang. Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Tuan Iswadi dari arah Machang terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dipandu Azmad. Azmad yang memandu dari arah Kota Bharu gagal mengelak, mengakibatkan kedua-dua kenderaan berkenaan remuk teruk di bahagian hadapan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
Posted: 23 Dec 2014 08:14 AM PST am@hmetro.com.my Pontian: Menyebut nama yang mengandungi tujuh perkataan dengan 53 huruf mungkin sesuatu yang menyukarkan terutama ketika melafazkan akad nikah, tetapi seorang pengarah syarikat lulus ujian itu. Kamalrrudin Ahmad, 31, membuktikan dia tidak 'goyang' menyebut nama Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri Md Arif, 18, sebelum sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz akad nikah pada 12 Disember lalu. Kamalrrudin berkata, meskipun nama isterinya panjang berjela-jela, dia tidak mempunyai masalah menyebutnya dengan lancar ketika akad nikah. Katanya, dia memanggil isterinya, Puteri. "Ramai juga kenalan yang bertanya bagaimana saya akan menyebut nama isteri dengan sekali lafaz akad nikah. "Bagi saya, itu semua tiada masalah kerana saya berlatih menyebut nama isteri beberapa hari sebelum majlis akad nikah berlangsung," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Sawah Dalam, Pekan Nenas, di sini, semalam. Sebelum ini kad jemputan pasangan berkenaan menjadi 'viral' kerana keunikan nama Puteri. Puteri yang juga anak kempat daripada sembilan beradik berkata, dia bangga kerana nama panjang yang dimiliki itu adalah pilihan ibu bapanya selain setiap daripadanya mempunyai maksud tertentu bagi seorang Islam. Sementara itu, menurut sumber Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tiada halangan untuk mendaftaftarkan nama yang panjang asalkan nama berkenaan tidak lebih 80 aksara meliputi ruang kosong, bin, binti dan nama bapa. Sebelum ini, JPN pernah memaklumkan nama Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airom Anizam sebagai nama terpanjang di Malaysia. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |