'Tak kejar untung...' |
- 'Tak kejar untung...'
- Seksa ‘bunting’ gunting 12 tahun
- Bela pendatang
- Bulan madu bawah jambatan
- Bapa tak menang tangan
- Dulu kawan kini suami
'Tak kejar untung...' Posted: 14 Dec 2014 01:05 PM PST Shah Alam: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin menafikan penggunaan Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk perlawanan akhir kedua Piala AFF 2014 antara Malaysia dan Thailand Sabtu ini bagi tujuan mengaut keuntungan. Menurutnya, ia bukan semata-mata mengejar keuntungan selepas stadium berkenaan menghadapi masalah rumput, tetapi disebabkan Sabtu ini adalah perlawanan akhir, gelanggang yang lebih besar amat diperlukan. "Ini perlawanan akhir, kita perlukan tempat lebih besar, selesa dan senang untuk menganjurkan perlawanan di sana," katanya selepas Majlis Undian Piala FA 2015 semalam. Jelasnya, keadaan rumput stadium berkenaan berada pada tahap terbaik pada waktu ini dan semua pihak mahu perlawanan akhir Piala AFF 2014 diadakan di situ. "Keadaan rumput memuaskan cuma ada sedikit isu tentang program permotoran, pihak stadium (Perbadanan Stadium Malaysia) sudah menjalankan ujian sebelum ini. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Seksa ‘bunting’ gunting 12 tahun Posted: 14 Dec 2014 01:02 PM PST Astana: Seorang lelaki Kazakhstan menderita kesakitan selama 12 tahun apabila pakar bedah secara tidak sengaja meninggalkan gunting di dalam perutnya selepas melakukan pembedahan. Karp Ponomaryov, 53, menjalani pembedahan yang menyelamatkan nyawanya itu lebih sedekad lalu, namun kecemerkapan pekerja perubatan mengakibatkan gunting sepanjang 20 sentimeter itu ditinggalkan di dalam badannya. Sejak itu, dia mengalami sakit perut yang teruk setiap kali makan berlebihan, namun tidak pernah mengesyaki sesuatu tidak kena kerana bersyukur terselamat menjalani pembedahan itu. Dia bagaimanapun mendapatkan rawatan selepas tiba-tiba hilang selera makan dan berat badannya susut mendadak kira-kira sebulan lalu. Gunting berkenaan ditemui Dr Baurzhan Aybaev, 44, apabila melakukan imbasan x-ray. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 14 Dec 2014 01:02 PM PST Shah Alam: "Kamu ni datang rosakkan bisnes (perniagaan) orang. Mereka (warga asing) semua ini pelanggan kami. Macam mana nak berniaga kalau tiada pelanggan?" kata seorang peniaga tempatan yang mempertikaikan tindakan penguat kuasa imigresen menyerbu tapak pasar malam Sri Muda, Seksyen 25 di sini, kelmarin. Rungutan itu dilemparkan berikutan majoriti 'pelanggan setia' peniaga pasar malam itu adalah dalam kalangan warga asing yang menetap di kawasan berkenaan. Peniaga lelaki berusia 30-an itu bukan sahaja bersikap biadab mempertikaikan tugas anggota imigresen Selangor, malah turut mencabar mereka untuk bergaduh. Bagaimanapun, 'cabaran' lelaki terbabit tidak diendahkan anggota penguat kuasa imigresen yang tetap menjalankan tangkapan. Dalam operasi bermula jam 10.30 malam itu, seramai 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain dikesan melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita penuh |
Posted: 14 Dec 2014 01:01 PM PST Alor Setar: Sepasang pengantin baru yang baru berkahwin bulan lalu dicekup kerana disyaki terbabit dengan penagihan dadah dalam serbuan di bawah jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah, di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 7.30 pagi, pasangan berkenaan yang berusia 25 dan 31 tahun itu ditahan bersama 61 penagih lain dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar dan dibantu AADK Kedah serta Padang Terap di kawasan berkenaan. Mereka dikatakan baru berkahwin di negara jiran berikutan lelaki itu sudah mempunyai isteri, tetapi tidak mempunyai anak, malah kedua-duanya dipercayai ketagih heroin. Malah, wanita terbabit yang berasal dari Pulau Pinang itu juga dikatakan turut menjalankan kutipan derma untuk sebuah pertubuhan amal di kawasan itu berikutan penemuan dokumen berkaitan dan menggunakan upah yang diperoleh sebanyak RM35 sehari untuk membeli dadah. Dia mendakwa membeli dadah jenis heroin antara RM15 hingga RM20 untuk melepaskan gian dan hanya suka-suka disebabkan sudah lama menghisap dadah sejak beberapa tahun lalu. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 14 Dec 2014 01:01 PM PST Bukit Mertajam: Tiga beradik berkhatan serentak membuatkan seorang bapa kelam-kabut dan tidak menang tangan apabila terpaksa melayan kerenah anaknya itu dalam satu Majlis Berkhatan Perdana yang dianjurkan Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang di Bandar Perda, di sini, semalam. Bapa terbabit, Helmi Hamid, 33, berkata, dia pada mulanya agak tenang namun selepas ketiga-tiga anaknya itu dikhatankan serentak membuatkan dia mula kelam-kabut dan cemas. "Pada mulanya hanya giliran dua anak saja yang masuk untuk berkhatan, tetapi selepas 30 minit, anak yang ketiga pula masuk untuk dikhatankan. "Ini membuatkan saya perlu ke setiap katil untuk menenangkan ketiga-tiga anak saya itu semasa proses khatan dijalankan," katanya yang ditemui di rumahnya di Pangsapuri Permata, Bandar Perda di sini. Helmi berkata, ketiga-tiga anaknya Muhammad Irfan Nabil, 9, Muhammad Irsyad Naqib, 7, dan Muhammad Isyraf Naufal, 6, dikhatankan serentak selepas mendapat berita majlis berkhatan secara percuma dianjurkan Hospital Pakar KPJ Jumaat lalu. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 14 Dec 2014 01:00 PM PST Melangsungkan pernikahan dalam kapal Cruise di tengah-tengah tasik Putrajaya malam Jumaat lalu, Faralyna selamat bergelar isteri kepada Muhammad Fikri Abdullah, 24, dengan sekali lafaz. Pasangan ini dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Muhamad Pairuz Suhairi Abdullah berwalikan bapa Faralyna, Md Idris. Majlis yang dihadiri lebih 250 tetamu daripada kalangan saudara-mara dan rakan terdekat itu turut memperlihatÂkan Faralyna menerima mas kahwin bernilai RM100 dan sebentuk cincin. Selain menerima hantaran lima berbalas lima itu, Faralyna juga menerima hantaran kahwin berjumlah RM88,000. Mengenakan busana rekaan Altilia Armani Shah Alam, Faralyna yang juga pelakon drama Dingin Lavender ketika ditemui selepas majlis, mengakui lega satu langkah baru dalam hidupnya sudah pun berjalan dengan selamatnya. "Alhamdulillah, saya berasa lega sangat meskipun saya perlu bersedia dengan persandingan yang akan berlangsung esok (Sabtu) malam. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |