Kapak isteri sebelum Krismas |
- Kapak isteri sebelum Krismas
- Magis Harimau Malaya
- Tidak putus tanya khabar
- `Kita tak kira bangsa’
- Usah buat spekulasi
- Sepuluh terselamat jadual berubah
Posted: 28 Dec 2014 01:06 PM PST Lancaster: Seorang lelaki mengapak isterinya hingga mati sehari sebelum Krismas dan membawa anak mereka ke rumah ibu bapanya untuk menyambut perayaan itu sebelum mengaku kepada polis mengenai perbuatannya sehari kemudian. Dustin Lee Klopp, 36, dilaporkan menumbuk muka isterinya Stephanie Kilhefner, kemudian mengguna kapak untuk mengelar leher mangsa sebelum membelah kepalanya selepas mereka bertengkar. Pendawa raya daerah Lancaster Craig Stedman berkata, kedua-dua anak mereka yang berusia lima dan dua tahun tidak melihat kejadian itu. Stedman bagaimanapun, enggan menjelaskan punca perbalahan Klopp dan Stephanie. Menurut polis Pennsylvania, Klopp cuba membersihkan lumuran darah di rumahnya. Dia juga memindahkan mayat mangsa ke sebuah pondok dan memasukkannya ke dalam beg. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:06 AM 2014 © Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd. Isnin, 29 Disember, 2014 |
Posted: 28 Dec 2014 01:03 PM PST azlanmz@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai prestasi Harimau Malaya sepanjang tahun ini kecuali aksi membanggakan pada Piala AFF bulan ini. Hanya 10 minit memisahkan Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh kembali bergelar raja Asia Tenggara selepas menjulang Piala AFF empat tahun lalu ketika dikendalikan Datuk K Rajagobal. Walaupun gagal mengekang kebangkitan saat akhir Thailand, prestasi yang dipamerkan pemain negara sepanjang Piala AFF dilihat memberikan sinar baru kepada kancah bola sepak negara untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi selepas gagal menyerlah sejak tiga tahun lalu. Malah jika Dollah, yang dilantik menggantikan Rajagobal pada Jun lalu, mempunyai masa yang lebih panjang, tidak mustahil untuk bekas pemain kebangsaan itu meraih piala yang menjadi rebutan semua pasukan di Asia Tenggara itu. Kemampuan melangkah ke pentas final sudah dilihat melebihi jangkaan pemerhati yang hanya berasakan skuad 'kuda tua' kendalian Dollah hanya akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:03 AM 2014 © Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd. Isnin, 29 Disember, 2014 |
Posted: 28 Dec 2014 10:13 AM PST Surabaya: Suasana sedih dan pilu diselang seli tangisan ahli keluarga penerbangan QZ8501 AirAsia Indonesia yang setia menunggu khabar berita mengenai insiden itu membuatkan Lapangan Terbang Juanda Surabaya menjadi suram. Wartawan yang tiba di lapangan terbang pada 10.55 malam waktu tempatan (11.55 malam Malaysia) mendapati petugas lapangan terbang sibuk membantu ahli keluarga penumpang. Jelas terpancar di wajah ahli keluarga membabitkan penumpang dan anak kapal seramai 155 orang itu dalam keadaan gelisah dan kesayuan memikirkan nasib keluarga mereka yang masih tidak diketahui. Pemerhatian wartawan juga mendapati pusat media dan bilik taklimat untuk keluarga sudah disediakan bagi menyalurkan maklumat terkini berkaitan penerbangan itu. Seorang petugas di lapangan terbang terbabit yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, lapangan terbang mula dikerumuni ahli keluarga seawal 9 pagi semalam. Malah, katanya, terdapat ahli keluarga tidak dapat mengawal perasaan meraung apabila diberitahu mengenai tregadi berkenaan selepas melihat senarai nama penumpang selain ada yang jatuh pengsan. "Bagaimanapun, semua petugas diarahkan mengawal keadaan dan membantu ahli keluarga yang memerlukan bantuan dan tiada kejadian tidak diingini. "Walaupun sedikit kecoh kerana ahli keluarga mangsa tidak putus-putus bertanya, kami dapat mengawalnya dan memberi maklumat kepada mereka," katanya. |
Posted: 28 Dec 2014 09:37 AM PST Oleh Nurul Huda Kosnon Kuala Lumpur: `Timo kasih boh tlog ore banjir...kito ore klate xkiro kaum..Kawe respect boh! Timo kasih boh.' Begitulah bunyinya ayat yang dimuat naik oleh Yuzairy Yusoff. Selain itu, `thanks for excepting...your kindness touching me so much. may Allah bless u n ur family'. Ini pula daripada pemilik akaun FB, Florie Fred Sindu. Itu adalah sebahagian daripada petikan ulasan daripada beberapa pemilik akaun FB apabila melihat foto Chun Kiet Ong, 32, yang memaparkan mangsa banjir berada di kediamannya di Kota Bharu. Chun yang dihubungi, malam tadi, berkata: "Kita orang Malaysia, tidak kira apa bangsa, kita tolong semua." Beliau yang juga peniaga menumpangkan sepuluh mangsa banjir di rumah kedai miliknya di Jalan Che Su, Kota Bharu, berikutan banjir teruk. Katanya, kesemua yang berada dalam foto terbabit adalah daripada keluarga yang juga mendiami kawasan berhampiran kedai rumahnya. "Saya memberi pelindungan di tingkat satu rumah kedai saya. Rumah kedai saya empat tingkat. Dua keluarga itu termasuk kanak-kanak berusia tujuh tahun dan seorang lelaki berusia lingkungan 60-an. "Ketika air mula naik, kesemua mereka yang ketika itu mahu mencari tempat perlindungan lalu di kawasan rumah saya. Mereka meminta kebenaran menumpang di rumah saya untuk tiga hari. "Selain menumpangkan mereka, saya juga memberikan mereka makan dan minum sepanjang menetap di rumah bermula Khamis hingga Sabtu lalu," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Tetapi, katanya, selepas tiga hari, mereka menyuarakan untuk ke pusat pemindahan sementara bersama mangsa banjir lain yang tidak jauh daripada rumah kedainya. "Saya ada halang mereka. Tapi, saya juga perlu menghormati keputusan mereka yang turut memaklumkan tidak mahu susahkan saya sekeluarga. Tapi, apalah sangat, hanya bantuan ringan dapat saya beri. Sebagai rakyat Malaysia, saya tolong tanpa kira bangsa," katanya. Khamis lalu, bapa kepada seorang anak itu memuat naik gambar di Facebook miliknya dengan keterangan, "Ni lah mangsa banjir yang saya menempatkan di rumah saya. Harap mereka duduk dengan selesa...". Ia mendapat reaksi positif daripada pengguna FB yang rata-ratanya menganggap tindakan sebagai langkah terbaik membantu mangsa banjir. |
Posted: 28 Dec 2014 09:01 AM PST JAKARTA (Indonesia): Seorang pakar nahas udara, William Waldock daripada Universiti Aeronautikal Embry-Riddle di Prescott, Arizona memberi peringatan agar kehilangan pesawat QZ8501 tidak dibandingkan dengan kehilangan MH370. "Kita perlu melihat apa yang berlaku seterusnya. Mudah-mudahan pesawat itu ditemui dalam tempoh beberapa jam lagi. "Sehingga itu, kita tidak boleh membuat sebarang spekulasi," katanya. Airbus dalam satu kenyataan berkata pesawat yang hilang berkenaan berusia enam tahun dan dihantar kepada AirAsia pada Oktober 2008. Ia sudah merekodkan sebanyak 23,000 jam penerbangan membabitkan 13,600 penerbangan dan menurut AirAsia, kali terakhir pesawat itu diselenggara adalah pada 16 November lalu. Ketika ini terdapat 3,606 pesawat A320 beroperasi di seluruh dunia menurut Airbus. Kelas A320 termasuk pesawat A319 dan A321 mempunyai rekod keselamatan yang amat baik, dengan hanya 0.14 kemalangan maut setiap sejuta penerbangan direkodkan menurut laporan keselamatan Boeing pada Ogos. QZ8501 hilang ketika berada pada altitud 'cruising' yang kebiasaanya tempoh paling selamat dalam sesebuah penerbangan. Hanya 10 peratus nahas udara dicatatkan pada altitud berkenaan sejak 2004 hingga 2013 menurut laporan sama. Pada 2007, sebuah pesawat Indonesia milik Adam Air membawa 102 penumpang dilaporkan hilang sewaktu penerbangan domestik. Serpihan ditemui beberapa hari kemudian namun bangkai utama pesawat masih berada di dasar laut. Meredah cuaca buruk seperti ribut petir mungkin faktor kehilangan QZ8501, namun pesawat Airbus adalah sangat canggih dan boleh menyesuaikan diri dengan gangguan cuaca atau angin. Bagaimanapun, cuaca merupakan faktor dalam beberapa nahas udara yang berlaku pada altitud 'cruising', termasuk nahas Air France 447 di Lautan Atlantik. Satu lagi kemungkinan adalah disebabkan struktur besi menjadi lemah (catastrophic metal fatigue) akibat tekanan ketika berlepas dan mendarat - sesuatu yang pasti sering dilakukan pesawat itu. Bagaimanapun perkara itu agak mustahil kerana pesawat berkenaan baru berusia enam tahun. - AP |
Sepuluh terselamat jadual berubah Posted: 28 Dec 2014 07:18 AM PST Surabaya: "Kami bersyukur tetapi sesungguhnya simpati terhadap penumpang dan ahli keluarga mereka," kata wanita dikenali sebagai Cristianawati, yang sepatutnya menaiki pesawat AirAsia QZ8501 ke Singapura, pada Ahad. Cristianawati berkata, dia dan sembilan ahli keluarga lain tidak menaiki penerbangan berkenaan kerana menyangka jadual penerbangan tidak berubah. "Tiket penerbangan kami pada 6.30 pagi (waktu Malaysia) tapi AirAsia mempercepatkan jadual penerbangan. Kami diberitahu, pada 15 dan 26 Disember lalu, syarikat penerbangan itu ada menghubungi kami memaklumkan bahawa jadual dipercepatkan. Tapi, kami tidak menjawab panggilan itu," katanya yang berasal dari Surabaya. Oleh itu, katanya, dia bersama keluarganya terus ke lapangan terbang Juanda Surabaya dengan andaian jadual penerbangan tidak berubah. "Saya bersama keluarga, termasuk tiga kanak-kanak dan dua bayi tiba di lapangan terbang, pada pada 4.30 pagi (waktu Malaysia). Kami sekeluarga begitu yakin sudah menepati waktu dan akan menaiki pesawat itu. "Bagaimanapun, sangkaan kami meleset apabila jadual penerbangan dipercepatkan dan kami ketinggalan pesawat. Oleh itu, kami terus membuat aduan kepada syarikat penerbangan itu berhubung jadual penerbangan yang diubah tetapi kami tidak tahu. "Selepas berbincang dengan kakitangan syarikat penerbangan itu, akhirnya kami sekeluarga diberi jadual penerbangan baru iaitu pada 11.45 pagi (waktu Malaysia) untuk penerbangan Surabaya-Jakarta-Singapura," katanya. Tetapi, katanya, tidak lama kemudian dia dimaklumkan oleh adiknya bahawa penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 yang sepatutnya mereka sekeluarga naiki terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta. "Kami menangis mendengar laporan berhubung pesawat itu di lapangan terbang. Kami berdoa semoga penumpang AirAsia Indonesia QZ8501 dan krew penerbangan segera ditemui," katanya. Cristianawati berkata, dia kemudian membatalkan niat untuk ke Singapura. "Kami kini berkumpul di rumah ibu," katanya. AirAsia Indonesia mengesahkan pesawat Airbus dengan pendaftaran QZ8501 dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura hilang daripada radar pada 7.24 pagi (waktu Malaysia). Pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu dipercayai membawa 155 orang penumpang dan anak kapal dan terputus hubungan ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah, Indonesia. Sumber: Detiknews |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |