Militan IS tak sempat kahwin |
- Militan IS tak sempat kahwin
- Kilang mi meletup
- Penduduk tak berhati perut
- Pakai 3 lapis rambut palsu!
- Tiga negeri, 24,000 mangsa
- Gajah Perang buru RM2 juta
Posted: 18 Dec 2014 01:11 PM PST am@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Bekas tenaga pengajar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditahan polis kerana terbabit dalam kumpulan militan Negara Islam (IS) pagi kelmarin dikatakan tidak sempat untuk melangsungkan perkahwinan dengan seorang guru. Suspek berusia 30 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke Brunei untuk berkahwin sebelum merancang menyertai IS di Syria. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek lelaki yang berasal dari Terengganu itu akan berlepas ke Syria selepas berkahwin dengan wanita pilihannya itu. Bagaimanapun hasratnya itu gagal selepas suspek berjaya ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada jam 5.30 pagi kelmarin. Menurut Khalid, siasatan mendapati suspek terpengaruh untuk menyertai kumpulan IS di Syria selepas berkomunikasi dengan beberapa rakyat Malaysia di sana melalui laman sosial Facebook. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 18 Dec 2014 01:08 PM PST hmkk@hmetro.com.my Sandakan: "Beberapa minit sebelum itu saya bersama mereka yang mengadu suhu mesin pendandang terlalu tinggi. Selepas suhu mesin kembali normal, saya ke bahagian bersebelahan yang dipisahkan dinding batu sebelum berlaku letupan amat kuat." Demikian penyelia kilang memproses mi, Murni Abdullah, 30, menceritakan mengenai kejadian letupan mesin pendandang di kilang terletak di Jalan Chong Hua Batu 8 1/2, di sini, semalam, menyebabkan tiga pekerja terbunuh. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah Haydi Baid, 30, Sharil Muhd Amin, 30, dan Herman Kaco, 30, yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan, Letupan mesin pendandang sebesar kereta itu turut menyebabkan banyak struktur kilang berkenaan runtuh manakala premis berhampiran termasuk beberapa kenderaan juga mengalami kerosakan. Semua mangsa ditemui tertimbus dalam runtuhan bangunan sebelum dikeluarkan sepasukan anggota bomba sebaik dimaklumkan kejadian itu. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 18 Dec 2014 01:06 PM PST Beijing: Nasib seorang kanak-kanak yang dijangkiti virus HIV yang dilapor mahu diusir oleh 200 penduduk kampung mencetuskan perdebatan hangat di China semalam. Kes itu membuktikan penderitaan yang dihadapi pesakit HIV di negara itu yang berdepan dengan diskriminasi secara berleluasa. Penjaga kanak-kanak itu yang juga datuknya, antara penduduk kampung di Sichuan, wilayah di barat laut China yang menandatangani petisyen untuk mengusir budak berusia lapan tahun itu, dengan alasan untuk melindungi kesihatan penduduk kampung. Akhbar Global Times melaporkan, kanak-kanak itu dijangkiti virus berkenaan dari ibunya dan disahkan menghidap HIV ketika menjalani rawatan kecil pada 2011. Laporan sebelum ini menyatakan, budak itu yang diberi nama Kunkun oleh media China, tidak dibenarkan memasuki sekolah tempatan sementara penduduk kampung berusaha mengelak daripada bertembung dengannya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 18 Dec 2014 01:02 PM PST yati@hmetro.com.my Walaupun terpaksa berdepan saingan dengan pelawak lelaki, Jihan Muse berjaya membuktikan kemampuannya apabila dia kini semakin laris. Bukan sekadar aktif berlawak mahu pun berlakon, anak kedua daripada empat beradik ini juga sibuk di pentas pengacaraan. Terbaru, Jihan, 31, berlakon dalam filem arahan Mamat Khalid berjudul Rumah Pusaka Di Simpang Jalan yang juga kerjasama keduanya dengan pengarah kreatif itu. Menurutnya, pertama kali dia bekerjasama dengan Mamat ialah menerusi filem Amukan Buas Franskenstein Tempatan. Namun, ia yang menjalani penggambaran di Perak awal tahun lalu belum lagi ditayangkan. "Saya seronok dan teruja bekerja dengannya. Abang Mamat seorang yang mudah asalkan kita faham apa kehendak dia. Senang cakap, ikut saja semua arahan yang diberi," katanya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 18 Dec 2014 08:54 AM PST Kuala Lumpur: Banjir di tiga negeri Pantai Timur kini sudah mencecah kira-kira 24,000 mangsa dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, tengah malam tadi. Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,815 orang pada tengah malam tadi berbanding 8,407 pada 9.30 malam. Menurut portal ebanjir Kelantan, lebih seratus pusat pemindahan banjir di 10 jajahan kini dibuka. Jajahan Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,734 diikuti Kuala Krai (2,722), Tanah Merah (1,366),Machang (1,316 ), Kota Bharu (882), Pasir Puteh (655), Tumpat (126), Bachok (60), Gua Musang (42) dan Jeli (16). Sementara itu, tiga belas jalan ditutup untuk lalu-lintas untuk semua kenderaan, termasuk di KM4 Jalan Sungai Durian/ Chenulang, KM2 Jalan Bukit Sireh/Kg Bedal/Kuala Nal, Kuala Krai dan KM7 Jalan Kg Pek-Paloh Rawa, KM6 Jalan Kubor China-Temangan, Machang. Selain itu, Sungai Lebir, Sungai Kelantan dan Sungai Golok merekodkan paras bahaya. DI TERENGGANU, jumlah mangsa terus meningkat kepada 9,548 orang daripada 2,733 keluarga yang ditempatkan di 129 pusat pemindahan hingga jam 12 tengah malam ini. Hulu Terengganu mencatatkan 2,685 mangsa daripada 829 keluarga yang di tempatkan di 34 pusat pemindahan, Besut (2,155 mangsa/565 keluarga/22 pusat), Kemaman (755 mangsa/231 keluarga/17 pusat) dan Dungun (583 mangsa/173 keluarga/14 pusat). Di PAHANG, hanya Kuantan agak terjejas dengan jumlah mangsa pula adalah 831 orang daripada 200 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan . Jalan ditutup pula adalah di KM22 Jalan Panching Utara-Sungai Lembing (untuk kenderaan ringan) dan KM34 Jalan Kuantan-Maran (semua kenderaan). |
Posted: 18 Dec 2014 07:59 AM PST BUKAN saja perlu melenyapkan defisit dua gol, Harimau Malaya turut berdepan cabaran getir menjelang perlawanan kedua final Piala AFF Suzuki berikutan barisan pemain Thailand dikatakan turut mengejar bonus jika berjaya membawa pulang trofi ke rumah mereka. Mengikut Bangkok Post, jika Thailand berjaya menumpaskan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini, skuad Gajah Perang itu dijangka meraih lebih 20 juta baht (RM2.1 juta) - http://www.bangkokpost.com/learning/learning-from-news/450398/suzuki-cup... - termasuk hadiah kemenangan juara Piala AFF 2014, USD200,000 (RM705,190). Naib juara akan menerima USD75,000(RM264,446) manakala pasukan yang tewas di separuh akhir, masing-masing menerima USD50,000 (RM176,297). Bangkok Post turut memuatkan komen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipetik daripada Bernama yang berkata: "Kita tewas kepada Thailand, tapi Sabtu ini, saya akan berada di sana (Bukit Jalil). Dengan izin Allah SWT, saya berharap satu keajaiban akan berlaku buat kita untuk mencatat kemenangan." Mengenai perlawanan pertama di Stadium Rajamangala, Kiatisak berkata: "Malaysia bermain dengan baik dan pertahanan mereka cukup kebal pada separuh masa pertama. "Ia perlawanan yang amat mendebarkan. Saya amat berpuas hati dengan kemenangan itu. Namun misi kami belum selesai. Kami mahu membawa balik Piala AFF. "Walaupun mendahului 2-0, suasana di stadium Bukit Jalil yang mempunyai 80,000 tempat duduk akan menguji kemampuan pemain muda kami. Namun pemain Malaysia juga pasti berdepan tekanan." Skuad kebangsaan diandaikan bakal menempuh ranjau apabila perlu menyamai dua jaringan Thailand dan kemudian perlu mencari gol kemenangan untuk mengulangi sejarah 2010. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |