Lagu tembusi carta muzik di UK, Australia

Lagu tembusi carta muzik di UK, Australia


Lagu tembusi carta muzik di UK, Australia

Posted: 03 Dec 2014 02:07 PM PST

Ia sekali gus menempatkan bintang itu bersama beberapa penyanyi hebat seperti One Direction, Taylor Swift, Niki Minaj dan Lord yang turut menduduki carta berkenaan. Lirik lagu itu dipetik dari siri novel Hunger Games nukilan Suzanne Collins.

Dalam filem itu, Lawrence memegang watak utama sebagai Katniss Everdeen dan menyanyikan lagu terbabit yang diajar oleh bapanya dalam salah satu babak.

Lagu itu turut diangkat pemberontak bagi menaikkan semangat mereka untuk menggulingkan pemimpin Capitol.

Malah, lagu gubahan komposer James Newton itu dijangka memasuki carta Billboard's Hot 100 di Amerika Syarikat dalam masa terdekat ini.

Namun demikian, Lawrence, 24, dikatakan tidak begitu teruja apabila diminta mendendangkan The Hanging Tree dalam sekuel ketiga Hunger Games, malah menganggap dirinya tidak berbakat dalam nyanyian.

"Saya tidak suka nyanyi apatah lagi di depan khalayak ramai. Itu salah satu ketakutan terbesar dalam hidup," katanya.

Pelakon siri filem X-Men itu turut mendedahkan dia menangis kerana terpaksa menyanyikan lagu berkenaan.

"Ketika nyanyi lagu itu, seluruh badan saya menggigil. Saya juga tidak pernah mendengar hasilnya dan terus menutup teling sebaik ia dimainkan," katanya.

Sejak tayangan pada 21 November lalu, The Hunger Games: Mockingjay Part 1 berjaya meraih kutipan jualan mencecah RM230.5 juta di peringkat antarabangsa.

Bercinta dengan Liam Hemsworth

Beralih kisah kehidupan peribadinya, pemenang anugerah Oscar ini dikhabarkan hangat bercinta dengan pelakon Hunger Games, Liam Hemsworth yang memegang watak sebagai Gale Hawthorne.

Lawrence dalam satu sidang media baru-baru ini mendedahkan dia dan Hemsworth mula rapat sejak berlakon dalam siri filem adaptasi novel itu.

"Liam seorang yang menakjubkan, penyayang, mengutamakan keluarganya dan lucu. Tak sangka saya berawan rapat dengan lelaki yang begitu kacak," katanya.

Pelakon itu baru sahaja berputus dengan vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin dua bulan lalu. Hemsworth pula pernah bertunang dengan penyanyi Miley Cyrus pada 2012 namun mereka berpisah tidak lama selepas itu.

Kini sibuk mempromosi sekuel terbaru Hunger Games, Lawrence berkata, Hemsworth banyak memberi tunjuk ajar kepadanya sepanjang penggambaran filem berkenaan.

"Dia mengajar bagaimana menjadi seorang yang bersikap adil,berani mempertahankan diri dan tabah. Ini kerana kelemahan besar saya adalah membuat rundingan," katanya.

Menurutnya, Liam pelakon yang berdedikasi dan sentiasa tiba di lokasi penggambaran tepat pada masa.

Cyrus mahu bersemuka

Bagaimanapun, hubungan baik di antara Lawrence dan Hemsworth menyebakan Cyrus kurang senang duduk. Baru-baru ini, pemilik lagu Wrecking Ball itu dikhabarkan mahu bertemu dengan Lawrence pada satu majlis sambutan Krismas nanti.

"Miley memberitahu semua orang dia bercadang untuk bersemuka dengan Jennifer di parti anjuran pengacara televisyen Paul Khoury.

"Paul rakan Miley dan Jennifer serta Liam turut diundang ke parti itu. Namun Jennifer belum mengetahui perkara ini lagi," kata sumber.

Menurut sumber itu lagi, Cyrus masih mengesyaki Lawrence punca Hemsworth enggan kembali semula kepadanya.

"Liam pasti marah apabila dia mendapat tahu mengenai perancangan Miley dan mungkin cuba menghalang penyanyi itu dari menghadiri parti berkenaan," katanya.

Dalam perkembangan lain pula, Lawrence mengeluh mengenai kehidupannya yang tiada privasi kerana sering diburu 'paparazzi' dan tumpuan media.

"Saya tertekan apabila setiap kali membuka pintu rumah dan mendapati ada paparazzi menunggu.

"Bukan itu saja, saya pernah dikejar kira-kira 10 lelaki tidak dikenali malah pernah dikelilingi orang. Situasi ini terpaksa dihadapi hampir setiap hari dan menyebabkan saya ketakutan," katanya.

Namun siapa sangka pelakon terbabit sebenarnya tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial malah dikatakan kurang mahir menggunakan telefon pintar.

"Internet sudah banyak mencemuh imej saya. Jangan percaya kalau ternampak akaun Facebook, Instagram atau Twitter yang mendakwa kepunyaan saya," katanya.

Ratap jasad anak

Posted: 03 Dec 2014 02:03 PM PST

asmah_rusman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pilu apabila seorang ibu hanya mampu terduduk dan meratap hiba di sisi mayat anak lelakinya yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Danau Kota, Setapak di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, Mangsa, Muhammad Azly Razelan, 19, yang menunggang motosikal terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di lokasi kejadian berhampiran pusat beli-belah Festival City di sini.

Ibu mangsa yang berusia 50-an bagaimanapun berkeras mahu pergi ke lokasi tragedi selepas dimaklumkan berhubung kematian anak bongsunya itu.

Difahamkan mangsa yang bekerja sebagai pembantu restoran makanan Arab kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gombak.

Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markhandan berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki motosikal Yamaha LC 135 maut akibat kecederaan di tubuh dan kepala.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Derita banjir

Posted: 03 Dec 2014 02:02 PM PST

am@hmetro.com.my

Beruas: "Mana kami hendak cari duit untuk membeli perabot setiap tahun. Kini kami hanya mampu berserah kepada Tuhan kerana boleh dikatakan setiap tahun rumah kami ditenggelami air," kata Mariani Abd Rani, 45, mangsa banjir dari Kampung Padang Serai, di sini, kelmarin.

Menurutnya, susulan bencana tahunan itu, dia dan keluarga terpaksa membuat sendiri katil dan almari menggunakan kayu dan papan kerana tidak mahu menanggung kerugian lagi akibat perabot rosak apabila rumah dinaiki banjir.

Katanya, walaupun air banjir hanya naik setinggi 30 sentimeter di sekitar kawasan rumah, namun dia dan keluarga mengambil keputusan untuk berpindah ke pusat pemindahan kerana bimbang keselamatan diri termasuk kehadiran binatang berbisa seperti ular.

Mariani berkata, mereka sekeluarga sudah dua hari menetap di pusat pemindahan berkenaan di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai, di sini.

"Kampung kami ini boleh banjir walaupun bukan pada musim tengkujuh kerana kedudukan rumah berhampiran Sungai Rotan yang cetek dan dipenuhi rumput-rampai menyebabkan air sungai melimpah memasuki kawasan kampung setiap kali berlakunya hujan lebat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Isteri sara lapan anak

Posted: 03 Dec 2014 02:01 PM PST

am@hmetro.com.my

Kuantan: Ketika si suami menanggung derita akibat ketumbuhan otak dan barah paru-paru tahap empat, si isteri terpaksa memikul tanggungjawab menyara lapan anak berusia tiga hingga 18 tahun termasuk lima yang masih bersekolah.

Itu penderitaan ditanggung keluarga Rozli Isham Nordin, 43, dan Siti Khatijah Abdul Manaf, 41, dari Perumahan Awam Kos Rendah, Panching di sini, sejak lebih setahun lalu.

Rozli yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah di sini, berhenti kerja akibat penyakit dialami menyebabkan isterinya mengambil alih tanggungjawab ketua keluarga.

Bagaimanapun, dengan pendapatan RM1,200 sebulan, Siti Khatijah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Panching di sini, sering dihimpit masalah kewangan bagi menyara anak selain menanggung kos rawatan suami.

Lebih menyedihkan apabila Rozli terpaksa menangguhkan pembedahan pada 25 Oktober lalu berikutan tidak mampu membayar kos RM25,000.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

6 bulan tinggal bersama mayat

Posted: 03 Dec 2014 02:01 PM PST

Hamilton (Kanada): Sebuah keluarga tinggal bersama satu mayat selama enam bulan kerana percaya lelaki yang mati itu boleh hidup semula jika mereka banyak berdoa.

Mayat berkenaan hanya ditemui selepas keluarga itu diusir kerana tidak membayar sewa rumah.

Kaling Wald, 52, semalam mengaku bersalah kerana gagal memaklumkan kepada polis mengenai kematian suaminya.

Peguamnya Peter Boushy berkata, mahkamah mengarah dia diletakkan dibawah pengawasan polis dan menjalani kaunseling kerana kesalahan itu.

Suaminya, Peter Wald, 52, mati pada Mac 2013, dipercayai selepas sekian lama menderita kerana kencing manis.-AFP

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Bukan tugas mudah

Posted: 03 Dec 2014 01:58 PM PST

ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia berjaya mengesahkan slot separuh akhir Piala Axiata 2014 apabila muncul pasukan keempat terbaik selepas hanya seri 2-2 pada perlawanan terakhir pusingan awal menentang Singapura di Kelapa Gading, Jakarta semalam.

Bagaimanpaun bukan tugas mudah buat Malaysia mengekalkan kejuaraan pada kejohanan berpasukan termahal dunia ini apabila mungkin bertemu pasukan terbaik pusingan awal, Indonesia menjelang undian yang akan dijalankan di Hotel Dua Sentral esok.

Selain Indonesia, satu lagi pasukan mungkin diundi untuk bertemu Malaysia di separuh akhir yang berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur Sabtu ini ialah pasukan Asia yang menduduki tempat kedua terbaik.

Satu lagi pasukan mara ke separuh akhir adalah Thailand apabila meraih tempat ketiga terbaik.

Dalam perlawanan semalam, pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren memberikan mata pertama selepas menumpaskan Loh Kean Yew 18-21, 21-15, 21-19 dalam aksi yang berlangsung 54 minit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.