Bayi lemas jatuh kolam |
- Bayi lemas jatuh kolam
- Gempur kebun salad
- Rumah bergoncang
- 'Mereka cacat otak'
- Cerai kerana Frozen
- Trauma laser
Posted: 04 Dec 2014 02:55 PM PST Serian: Seorang ibu kelu dan terkejut apabila melihat bayi lelakinya berusia 16 bulan lemas dalam sebuah kolam selepas sejam dilaporkan hilang di Kampung Bayor, Balai Ringin, kelmarin. Kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi ketika bayi terbabit Matles Marselino berseorangan bermain di belakang rumah yang turut menempatkan sebuah kolam dengan kedalaman 0.3 meter. Sumber polis berkata, kehilangan Matles disedari sejam kemudian selepas wanita itu tidak melihat kelibat bayi terbabit sebelum keluar mencari di sekitar belakang rumah. "Ibu mangsa cuba memanggilnya, namun tiada sahutan sebelum mencari berhampiran kolam terbabit dan melihat anaknya dalam keadaan keadaan tidak sedarkan diri di dalam kolam itu. "Wanita itu cuba menggerakkan tubuh anaknya, tapi tiada tindak balas lalu memaklumkan perkara itu kepada suaminya. Bayi itu dikejarkan ke Klinik Desa Balai Ringin, namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia," katanya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 04 Dec 2014 02:54 PM PST Cameron Highlands: Seramai 500 kakitangan dan anggota dari 16 agensi dan jabatan serta pasukan keselamatan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjalankan operasi meroboh dan mengosongkan kawasan tanah kerajaan yang diteroka secara haram di sekitar Blue Valley, di sini semalam. Operasi bermula jam 8.30 pagi membabitkan kebun menanam salad seluas 11.2 hektar. Difahamkan, pemilik kebun berkenaan memulakan kegiatan penanaman menggunakan teknik fertigasi dan menggunakan banyak besi keluli bagi mendirikan rumah tanaman sejak lebih lima tahun lalu. Malah, bagi tujuan itu, dia dikatakan melabur RM10 juta bagi mendirikan kemudahan di kebun sayur itu. Walaupun hanya diberikan kebenaran membuka kebun di kawasan kecil di tepi jalan utama ke Cameron Highlands dan bertentangan dengan kawasan insinerator di situ, pemiliknya memperluaskan kawasan kebun dengan meneroka secara haram kawasan seluas tiga hingga empat kali ganda daripada kawasan dibenarkan. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 04 Dec 2014 02:54 PM PST Johor Bahru: "Saya sangkakan gempa bumi berlaku sejurus rumah bergegar diikuti bunyi kuat seperti guruh. Rupa-rupanya tembok rumah jiran runtuh menghempap kereta saya," kata Sally Lam, 43, yang tinggal di Jalan Upaya, Kampung Aman di Larkin di sini, semalam. Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa mendakwa sedang berbaring sambil menonton televisyen di rumahnya. Menurutnya, dia tinggal di rumah seorang diri sementara suaminya bersama anak perempuan berusia lima tahun keluar ke kedai. Dia berkata, kejadian berkenaan menyebabkan kereta model Perodua Myvi miliknya dihempap tanah runtuh dan tembok itu. "Sebahagian bumbung rumah saya juga rosak disebabkan runtuhan mendadak itu. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 04 Dec 2014 02:53 PM PST wahiduzzaman@mediaprima.com.my Kuala Lumpur: "Saya biarkan saja malas nak layan. Orang-orang yang bercakap macam ini adalah golongan cacat otak. Jenis macam itu saja yang akan cakap benda bukan-bukan pada orang lain." Itu luahan dramatis popular, Rita Rudaini Mokhtar mengenai tindakan sebahagian besar golongan pahlawan papan kekunci atau 'keyboard warrior' yang mempersendakannya akibat salah faham kononnya dia akan menyertai satu karnival memperagakan buah dada. Rita, 38, yang dihubungi berkata, pada awalnya dia terkejut apabila menerima banyak komen negatif di akaun sosial miliknya yang mengaitkan dirinya dengan acara itu. "Mula-mula saya pun pelik kenapa pengikut ini komen benda bukan-bukan kononnya ada yang tak sabar nak tengok saya tayang dada di sebuah karnival. "Nak tergelak pun ada pada awalnya. Apalah yang mereka merepek takkanlah ada acara macam itu. Apatah lagi saya dan Intan (Ladyana) pula yang dikatakan bakal tayang dada kami di karnival itu," katanya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 04 Dec 2014 02:47 PM PST Tokyo: Seorang wanita berusia 29 tahun menuntut cerai daripada suaminya semata-mata kerana berbeza pendapat mengenai filem animasi Disney, Frozen. Menurut laman web Kikonsha no Hakaba atau dalam bahasa Melayunya-Kawasan Kubur Orang Sudah Berkahwin- wanita berkenaan terlalu taksub dengan filem itu selepas menontonnya bersendirian berulang kali. Dia kemudian memujuk suaminya untuk menonton bersama. Dia berharap sangat suaminya yang pernah belajar Kesusasteraan Denmark di universiti akan menyukainya, memandangkan Frozen diterbitkan berdasarkan cerita The Snow Queen yang ditulis penulis negara itu, Hans Christian Andersen. Bagaimanapun, dia terkejut apabila reaksinya bertentangan. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 04 Dec 2014 02:46 PM PST Kelana Jaya: Jangan main laser! Itu permintaan pengurus Vietnam Mai Duc Chung yang berharap insiden didakwanya berlaku empat tahun lalu di separuh akhir Piala AFF tidak lagi berulang Ahad ini. "Ingin saya ingatkan kepada penyokong Malaysia supaya memiliki semangat kesukanan. Tolong jangan bakar suar dan memancarkan laser kepada pemain. "Saya menyuarakan perkara ini kerana ia pernah berlaku empat tahun lalu apabila laser dipancarkan kepada mata pemain. Ia boleh mengganggu pemain," katanya. Pada separuh akhir pertama Piala AFF 2010, penyokong Malaysia didakwa menggunakan laser dengan pemain Vietnam dan penjaga golnya, Bui Tan Truong menjadi mangsa terutama sepanjang separuh masa kedua berlangsung. Vietnam tewas 0-2 kepada Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum Harimau Malaya mengesahkan kemaraan ke final dengan menyingkirkan juara 2008 itu apabila terikat tanpa jaringan di tempat lawan pada aksi timbal balik. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |