Tetamu tak putus

Tetamu tak putus


Tetamu tak putus

Posted: 12 Dec 2014 01:12 PM PST

hmetroshahalam@hmetro.com.my

Klang: Rahsia sebuah rumah kampung di Jalan Meru Batu 5, yang tidak henti didatangi 'tetamu tidak diundang' akhirnya terbongkar apabila sepasukan polis mendapati rumah itu dijadikan sarang pelacuran warga asing sejak beberapa bulan lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang kelmarin, polis mendapati rumah itu dijadikan sarang pelacuran, malah ketika serbuan, seramai 13 lelaki yang juga pelanggan sedang menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat seks dan ada antara pelanggan yang masih memakai kondom.

Difahamkan, rumah yang dihuni dua wanita warga Vietnam lingkungan 40-an itu menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM40 dan menyasarkan lelaki warga asing sekitar daerah ini.

Sumber polis berkata, hasil risikan, polis mendapati rumah itu sentiasa dipenuhi lelaki warga asing dan jumlahnya bertambah pada hujung bulan apabila kebanyakan pelanggan menerima gaji masing-masing.

Katanya, kedudukan rumah itu yang terselindung di sebalik sebuah bengkel membaiki lori menyukarkan pihak berkuasa dan orang ramai mengesan kegiatan yang dilakukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Bisnes berdarah

Posted: 12 Dec 2014 01:09 PM PST

kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dua peniaga jam tangan replika parah ditetak dengan parang oleh dua lelaki Afrika yang berpura-pura mahu berurus niaga dengan mereka di hotel lima bintang di Jalan Tun Razak, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa lelaki tempatan berasal dari Sarawak dan rakyat Hong Kong turut disamun wang tunai dan produk jualan mereka membabitkan kerugian RM349,000.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 40 dan 34 tahun berbincang mengenai urus niaga perniagaan mereka dengan kedua-dua suspek di lobi hotel berkenaan.

Menurutnya, selepas bersetuju untuk membeli jam tangan, mangsa membawa suspek ke bilik hotel untuk urusan pembayaran wang.

"Namun ketika di bilik hotel, suspek mengeluarkan parang daripada beg bimbit yang dibawa dan meminta mangsa menyerahkan barang berharga termasuk jam tangan yang hendak dijual.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Hati sedingin salji

Posted: 12 Dec 2014 01:06 PM PST

Changcun, Jilin: Dalam kedinginan salji yang melampau, seolah lelaki kelihatan berlutut berjam-jam menghadap sebuah bangunan apartmen biasa.

Pada peringkat awal, kewujudan lelaki itu tidak menghairankan sangat orang ramai, namun selepas beberapa jam berlalu, dia masih di situ.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zhang semalam berkata, dia pelik melihat kelakuan pemuda terbabit ketika keluar dari situ jam 9 pagi.

"Saya membiarkan dia di situ dan berlalu.

"Sejam kemudian saya kembali, pemuda terbabit masih melutut dengan wajah sedih," katanya.

Melihat keadaan salji di sekeliling lelaki terbabit, Zhang percaya sepanjang tempoh berkenaan dia tidak bergerak ke mana-mana.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

‘Bunga’ Vietnam

Posted: 12 Dec 2014 01:04 PM PST

sukan@hmetro.com.my

Hanoi: "Kami datang demi mu Malaysia, we are sorry Vietnam".

Ia kata-kata cukup mendalam yang tertulis pada satu-satunya kain rentang yang dipamerkan sekumpulan kecil penyokong Malaysia di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi kelmarin.

Kehadiran mereka bersama Ultras Malaya bukan saja untuk membangkitkan semangat juang Harimau Malaya malah di anggap sebagai 'delegasi kecil' negara bagi menjernihkan semula hubungan yang tegang sebelum ini.

Ternyata usaha penyokong negara ini tidak sia-sia, kerana bukan hanya mengharapkan kemenangan menjadi kenyataan sebaliknya memberitahu dunia bahawa insiden pergaduhan pada separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Shah Alam tidak menjejaskan hubungan baik rakyat kedua-dua negara.

Bagi Raiful Bahri Yusof, 34, dari Nilai yang hadir meredah 'lautan merah' penyokong Vietnam kelmarin cukup kagum dengan layanan kelas pertama penyokong tuan rumah walaupun terpaksa menangisi kekalahan 2-4 kepada Malaysia pada separuh akhir kedua sekali gus tersingkir menerusi agregat 4-5.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Memori Cinta Suraya dilancar di Singapura

Posted: 12 Dec 2014 01:00 PM PST

roslen@mediapriama.com.my

Pertama kali digandingkan sebagai pasangan kekasih untuk sebuah telenovela terpanjang dalam sejarah penerbitan TV di Malaysia, Hisyam Hamid dan Anzalna Nasir bakal menempuh sebuah percintaan yang syahdu lagi melankolik.

Mereka bukan saja bertemu dalam senario yang mencemaskan malah asmaradana mereka berdepan dengan seribu satu dugaan apabila ada insan-insan di sekeliling cuba menghalang ikatan kasih mereka yang begitu tulus.

Begitulah prolog sebuah kisah bernama Memori Cinta Suraya arahan Feroz Kader yang bakal memakan durasi tayangan selama 148 episod bagi siaran Astro Bella (133).

Sesuatu yang hebat dijanjikan, siri ini diterbitkan dengan kerjasama tiga pihak iaitu Global Station Sdn Bhd selaku syarikat penerbitan, Astro sebagai stesen TV penyiar serta Comarex yang bertindak mengedarkan drama ini ke peringkat antarabangsa.

Menyebut antarabangsa juga tidak ada salahnya kerana siri ini kelak bukan saja ditayangkan untuk tontonan peminat di Malaysia malah akan dipasarkan ke mana-mana negara yang berminat di bawah rangkaian 'contact' Comarex kelak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Ajal terjun van rosak

Posted: 12 Dec 2014 09:46 AM PST

am@hmetro.com.my

Rompin: Tindakan seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjun dari kenderaan yang masih bergerak mengundang padah apabila dia maut akibat parah di kepala dan anggota badan di Kilometer 8, Jalan Bukit Pemandangan berhampiran Bukit Ibam, Muadzam Shah, dekat sini, malam tadi.

Kejadian pada 7.15 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd Rosazwan Ashraf Rozaidi, 17, dari Taman Seri Inderapura, Kuantan, maut manakala bapanya yang dikenali sebagai Rozaidi berusia 40-an cedera ringan.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Deputi Superintendan Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, kejadian berlaku ketika van dipandu Rozaidi dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Kompleks Radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Ibam, dekat sini, ke kuarters berhampiran.

Namun ketika menuruni bukit, secara tiba-tiba brek kenderaan terbabit dikatakan gagal berfungsi menyebabkan ia meluncur laju.

"Situasi itu menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang belakang panik lalu bertindak membuka pintu kenderaan terbabit dan terus melompat keluar.

"Van yang dipandu bapanya kemudian hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan lalu terjunam ke dalam gaung kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa terjun," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.