‘Kami nikah bukan nak tutup aib’ |
- ‘Kami nikah bukan nak tutup aib’
- Tipu RM12 juta dari banglo
- Dihumban dalam longkang
- Setahun dikurung
- Sengat Mat Yo
- Korban cinta srikandi
‘Kami nikah bukan nak tutup aib’ Posted: 16 Dec 2014 01:15 PM PST hafidzul@hmetro.com.my Kluang: Mengejutkan apabila satu pasangan remaja berusia 15 dan 17 tahun mendirikan rumah tangga akhir bulan lalu hingga menjadi 'viral' dan tersebar secara meluas di laman sosial Facebook kebelakangan ini. Difahamkan, pasangan terbabit Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, dinikahkan pada 30 November lalu selepas mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak. Muhd Muaz, dalam satu entri di laman sosial Facebook miliknya sehari selepas majlis itu menafikan perkahwinan pada usia muda itu disebabkan mahu menutup perkara negatif sebaliknya atas dasar keluarga. "Asal (apabila) kahwin muda je (saja) mesti orang cakap macam-macam, benda itu Muaz dah sedia awal sebenarnya. "Perkahwinan Muaz bukan atas dasar sebab bunting ke, dia nak mati ke (atau) apa benda semua la (lain-lain hal) tetapi atas dasar keluarga," katanya dalam entri Facebook miliknya, semalam. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 16 Dec 2014 01:12 PM PST azimfitri@mediaprima.com.my Kuala Lumpur: Sekumpulan 30 jutawan penipu warga China dan Taiwan dikesan menyewa dua banglo mewah di Seputeh dan Cheras di sini, untuk dijadikan markas operasi menipu orang ramai menerusi panggilan telefon. Difahamkan sindiket 'Macau Scam' terbabit memperdaya orang ramai membabitkan kerugian RM12 juta sejak Julai lalu. Sindiket itu dikesan menyewa dua banglo mewah itu dengan bayaran RM10,000 sebulan kerana beranggapan lokasi itu selamat dan sukar dikesan pihak berkuasa. Kediaman itu bagaimanapun diserbu polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan polis dari negara China tengah hari semalam. Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Multimedia) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, seramai 30 suspek berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti penipuan membabitkan warga China di negara asal mereka. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 16 Dec 2014 01:10 PM PST am@hmetro.com.my Bahau: Seorang warga emas yang tinggal di Rumah Sejahtera Mahsan, dekat sini, mengalami detik mencemaskan apabila dicampak seorang lelaki yang menceroboh masuk kawasan berkenaan, pagi semalam. Difahamkan, dua lelaki berusia lingkungan 30-an bertindak menceroboh kawasan rumah yang dihuni 14 warga emas berusia 60 tahun ke atas melalui pintu pagar belakang untuk mencuri. Ketika kejadian jam 3.45 pagi itu, mangsa, Tham Lee Woh, 70, tersedar sebaik mendengar bunyi salakan anjing di luar rumah berkenaan lalu keluar untuk memeriksa. Tham berkata, ketika berdiri di longkang belakang rumah berkenaan, secara tiba-tiba dia diserang dua lelaki tidak dikenali. "Salah seorang daripadanya yang berbadan gempal memeluk saya lalu mencampakkan saya ke dalam longkang berkenaan. Terkejut dengan tindakan itu, saya menjerit meminta tolong. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 16 Dec 2014 01:09 PM PST Bochnia (Poland) : Seorang wanita yang menghadapi masalah mental mengurung anak perempuannya dalam bangsal sepanjang tahun, menyebabkan sebahagian tubuh mangsa reput. Aneta Pokorskia, 25, yang cacat ditemui seorang anggota keluarganya baru-baru ini dalam keadaan daging pinggul dan sebahagian pahanya membusuk. Mangsa dikatakan berdepan dengan masalah kekurangan zat dan cecair dalam tubuh di samping berkutu dan mengalami luka beku. Anggota keluarga yang lain sebelum ini diberitahu ibu mangsa, Maria Pokorskia, 53, anaknya diambil oleh pekerja kebajikan masyarakat setahun lalu. Bagaimanapun, saudara maranya tidak yakin selepas tidak melihat atau mengetahui lokasi mangsa sepanjang tempoh itu. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 16 Dec 2014 01:07 PM PST aziman@hmetro.com.my Selepas kembali mendapat sentuhan pemusnahnya, Norshahrul Idlan Talaha kini semakin mula mendapat keyakinan menggempur Thailand bagi aksi final pertama Piala AFF di Stadium Nasional Rajamangala, hari ini. Pemain berusia 27 tahun itu berjaya menamatkan kemarau jaringan di pentas anatarabangsa sejak Oktober tahun lalu apabila menyumbat gol kedua negara menewaskan Vietnam 4-2 pada separuh akhir kedua untuk membawa Malaysia ke final Piala AFF buat kali ketiga selepas 1996 dan 2010. "Siapa tak nak menjaringkan gol, kalau tanya Apek (Khairul Fahmi Che Mat) sekalipun, dia pun nak menjaringkan gol," kata Norshahrul secara berseloroh ketika ditemui selepas sesi latihan semalam. Ternyata 'mood' pemain yang turut dikenali dengan nama Mat Yo itu dalam keadaan terbaik dan mengharapkan tuah untuknya menjaringkan gol berterusan. "Saya sentiasa bersemangat, tidak kira ketika bermain di peringkat kumpulan atau perlawanan lain. Setiap peluang yang diberikan jurulatih akan saya bagi 100 peratus cuma lawan dengan Vietnam rezeki saya dapat menjaringkan gol. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 16 Dec 2014 01:01 PM PST yanie@mediaprima.com.my Jangankan melihat lelaki yang dicintai dipeluk mesra orang lain, mengabdikan seluruh kehidupan berkongsi sang suami bersama wanita lain apatah lagi! Masakan ada wanita di dunia ini yang rela bermadu biarpun poligami dibenarkan Islam berlandaskan beberapa syarat dan kriteria. Meskipun dewasa ini ramai lelaki berkahwin lebih daripada satu bukan kerana agama sebaliknya terdorong keinginan 'hawa nafsu'. Isteri yang berkorban perasaan, merelakan dalam keterpaksaan kehendak si suami, kerana tidak punya pilihan selain memikirkan anak-anak serta mahu mempertahankan hak mereka khususnya isteri pertama. Namun menerusi naskhah Takhta 3 Ratu yang digarap oleh pengarah terkenal, Erma Fatima, sedang berpanggung di Istana Budaya mulai 14 hingga 23 Disember ini, isu poligami dan korban cinta tiga ratu diangkat sebagai konteks penyatuan bangsa Melayu. Selain, kepentingan tiga wanita iaitu Lela Wangsa lakonan Erra Fazira, Hang Li Po (Soo Wincci & Lee Mei Fen) serta Galuh Chenderai Kirana yang dibawakan pelakon muda, Izreen Azminda, dalam membentuk kekuasaan dan empayar gemilang zaman kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mansur Syah. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |