Geng kedua dikesan

Geng kedua dikesan


Geng kedua dikesan

Posted: 11 Dec 2014 01:15 PM PST

hadzlihady@hmetro.com.my

Georgetown: Siasatan polis berhubung siri kes pembunuhan kejam membabitkan warga Myanmar menemui petunjuk baru apabila satu lagi kumpulan yang turut didalangi rakyat negara itu dikesan wujud dengan melakukan jenayah terbabit terhadap rakyat senegara mereka.

Berikutan itu, polis kini memburu kumpulan terbabit yang juga dikesan merekrut rakan senegara untuk melakukan kegiatan jenayah itu.

Kebanyakan daripada mereka yang direkrut itu berasal dari tempat sama di Myanmar dan mereka berjumpa di negeri ini sebelum menubuhkan kumpulan yang melakukan pembunuhan kerana dendam di negara asal.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya mengenal pasti ahli kumpulan itu yang dikesan turut terbabit dalam beberapa kes pembunuhan warga Myanmar di negeri ini.

"Siasatan mendapati ahli kumpulan terbabit masih berada di negeri ini dan ketua kumpulan merekrut ahli yang terdiri daripada rakan senegara yang datang bekerja di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Macam janin!

Posted: 11 Dec 2014 01:12 PM PST

am@hmetro.com.my

Melaka: Satu objek seakan janin ditemui di lantai tandas pasar raya di Bachang, di sini, malam kelmarin.

Kejadian jam 8.30 malam itu disedari seorang pembantu jualan kedai minyak wangi Norhaslia Hafian, 19, sebelum memaklumkan kepada rakannya Fauziah Ismail, 34, untuk mengetahui sama ada objek itu janin atau sebaliknya.

Mereka memberitahu perkara itu kepada pengawal keselamatan pasar raya sebelum menghubungi polis.

Menurut Norhaslia, ketika berada di dalam tandas, dia terdengar pintu tandas di sebelah kanannya dihempas kuat, namun tidak mengesyaki apa-apa.

"Selepas keluar dari tandas, saya ternampak objek seakan-akan janin itu berada di lantai. Ini adalah pengalaman pertama saya berdepan dengan situasi begini menyebabkan saya panik dan tidak tahu hendak buat apa sebelum memanggil rakan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, malam kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

14 tahun dah tagih dadah

Posted: 11 Dec 2014 01:09 PM PST

azimfitri@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pada usia muda seawal 15 tahun dia sepatutnya memanfaatkan masa dengan belajar serta melakukan aktiviti sihat, namun amat menyedihkan apabila memilih untuk bergelumang dengan najis dadah.

Remaja itu seorang daripada 68 penagih dadah yang ditahan dalam operasi oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Sentul dan Kepong, semalam.

Ketika ditanya, tekanan perasaan dan konflik keluarga di rumah dijadikan alasan menyebabkan dia berjinak-jinak dengan dadah jenis ganja.

Remaja itu berkata, dia mula mencuba ganja pada usia 14 tahun daripada seorang rakan dan akhirnya membuatkan dia hanyut dan terus menjadi hamba kepada najis itu.

"Saya beli (ganja) dari rakan untuk hilangkan tekanan. Duduk rumah tak aman. Saya selalu tidur rumah kawan dan itu yang menyebabkan saya belajar mencuba ganja," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Zionis bertanggungjawab

Posted: 11 Dec 2014 01:06 PM PST

Ramallah: Pihak Berkuasa Palestin (PA) semalam mendakwa seorang menterinya mati kerana dibunuh tentera Israel.

Jurucakap kerajaan, Ihab Bseiso berkata, selepas mendapat penjelasan daripada bedah siasat, mereka percaya rejim Zionis bertanggungjawab penuh atas kematian Ziad Abu Ein.

"Bukti daripada bedah siasat menunjukkan Ziad meninggal dunia akibat tindakan tentera Israel," katanya.

Ziad, 55, dikasari tentera Zionis ketika dia bersama 300 penduduk Palestin menyertai perarakan membantah pengambilan tanah oleh Israel di Tebing Barat.

Saksi berkata, menteri tanpa portfolio itu dihentak pada dadanya menggunakan buntut raifai menyebabkan beliau meninggal dunia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kebangkitan!!

Posted: 11 Dec 2014 01:03 PM PST

aziman@hmetro.com.my.

Buruan kejuaraan Piala AFF kini semakin membara buat Harimau Malaya selepas mempamerkan kebangkitan dengan menewaskan Vietnam 4-2 pada separuh akhir kedua untuk layak ke final, berdepan Thailand.

Kemaraan menerusi agregat 5-4 itu memberi peluang untuk skuad kendalian Dollah Salleh mengulangi kejayaan 2010 biarpun perlu mengatasi pasukan pilihan Thailand yang menewaskan mereka 2-3 di peringkat Kumpulan B di Singapura.

Namun pengendali berusia 51 tahun itu percaya dengan apa yang dipamerkan anak buahnya, mereka mempunyai peluang cerah untuk menghadiahkan kejuaraan di depan penyokong sendiri apabila beraksi di Stadium Shah Alam pada aksi final kedua 20 Disember ini selepas turun perlawanan pertama di Bangkok (17 Disember).

"Saya puas hati dengan persembahan pemain khususnya pada separuh masa pertama apabila berjaya menjaringkan empat gol menerusi empat percubaan.

"Pemain bermain habis-habisan malam ini (semalam) dan saya percaya jika mereka boleh teruskan aksi seperti ini, kita boleh pergi jauh," katanya pada sidang media semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Riz tarik nafas lega

Posted: 11 Dec 2014 01:00 PM PST

michellegun@hmetro.com.my

Selepas hampir enam tahun melalui perjalanan karier yang terumbang-ambing, penyanyi Riz Zaizizi kini boleh menarik nafas lega apabila menjadi artis naungan syarikat rakaman Kelarai Sakti Sdn Bhd.

Malah, rezeki menyebelahi naib juara program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu apabila single Sempurnakan Aku dan Dia berjaya tercalon dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-21 baru-baru ini.

Selain single itu, Riz atau nama sebenar Mohd Idris Mohd Zaizizi turut muncul dengan lagu Singkapkan Doa Kami yang diilhamkan pasangan suami isteri LY dan Baiduri bagi memperingati tragedi kehilangan pesawat MH370.

Namun sebelum itu, anak muda berusia 28 tahun terbabit mendedahkan dia pernah kecewa apabila kerjayanya semakin merudum.

Mengulas mengenainya, Riz mempercayai masalah itu mungkin disebabkan berlaku kesilapan dalam promosi dan pemasaran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.