Buli jalanan |
- Buli jalanan
- Hanya normal 9 jam
- Atuk 100 tahun tetap ‘power’
- Lelong anak untuk selamat suami
- ‘Kepuasan memang berbeza’
- Belum habis lagi
Posted: 17 Dec 2014 01:14 PM PST fardy@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Seorang pembuli jalan raya menggunakan besi pengunci stereng untuk menyerang dan memecahkan kenderaan milik Jabatan Kesihatan Kuala Langat. Kejadian ganas itu yang berlaku pada jam 5.48 petang 16 September lalu, di Jalan Reko di sini, bagaimanapun mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) semalam. Melalui gambar yang sempat dirakam mangsa, suspek lelaki berusia 30-an dilihat keluar daripada kereta Perodua Myvi dalam keadaan marah sambil memegang besi pengunci stereng. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa adalah seorang lelaki berusia 23 tahun dan dalam perjalanan menghala ke Lebuhraya Penguraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK). Menurutnya, mangsa mendakwa suspek tiba-tiba menahan pacuan empat roda dipandu sebelum mengugutnya menggunakan besi pengunci stereng. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 17 Dec 2014 01:11 PM PST am@hmetro.com.my Hulu Selangor: Luluh hati seorang ibu apabila anaknya hanya sempat berada dalam keadaan normal selama sembilan jam sebaik dilahirkan sebelum lumpuh, tidak boleh bercakap dan perlu bergantung kepada susu sejak tiga tahun lalu. Mohd Ammar Muhaimin Mohd Azim, 3, menderita penyakit misteri selepas diserang sawan menyebabkan dia kini hanya terlantar dan perlu diberi susu melalui hidung. Malah, penyakit sawan itu akan muncul bila-bila masa menyebabkan keluarganya perlu memberi perhatian penuh berikutan bimbang perkara tidak diingini berlaku. Ibunya, Zainab Jusoh, 32, berkata, anak lelaki sulungnya itu lahir dalam keadaan normal, namun terkena sawan menyebabkan dia hilang upaya. "Doktor yang memeriksa tidak mengetahui punca menimpa anak saya berikutan pengimejan resonan magnet (MRI) dilakukan tidak menunjukkan sebarang tanda ganjil. "Sehingga kini dia masih tidak dapat berjalan dan bercakap," katanya ketika ditemui di kediamannya di Bukit Beruntung di sini, semalam. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 17 Dec 2014 01:08 PM PST am@hmetro.com.my Kota Bharu: "Saya jatuh sakit jika tidak membuat sebarang kerja," kata seorang warga emas, Nik Mahmood Merah yang masih cergas walaupun kini berusia 100 tahun. Lebih mengejutkan pada usianya yang mencecah satu abad itu, dia masih mampu melakukan pelbagai kerja berat termasuk menanam padi, memesin rumput dan menyembelih lembu. Malah, dia juga tidak menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, jantung dan kencing manis. "Memang saya mudah demam jika tidak melakukan apa-apa kerja. "Dengan melakukan pekerjaan yang boleh mengeluarkan peluh saja mampu menyihatkan saya dan kelihatan seperti orang muda," katanya ketika ditemui di rumahnya di Ketereh, di sini, semalam. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Lelong anak untuk selamat suami Posted: 17 Dec 2014 01:06 PM PST Fuzhou: Seorang wanita cuba menjual bayi perempuannya di jalan raya dalam usaha mengumpul wang untuk membayar kos rawatan suaminya yang cedera parah. Wanita berkenaan, Ni Qiong, dilihat melutut berhampiran perhentian bas sebuah hospital di sini sambil memegang poster kecil berbunyi: "Saya ingin jual anak saya: Majikan menghilangkan diri selepas suami saya cedera ketika bekerja. Kami tidak mampu membayar kos rawatan. Saya berharap untuk menjual anak saya untuk menyelamatkan bapanya." Orang ramai yang lalu-lalang di depannya memberinya wang. Ada juga yang memberinya makanan, tetapi Ni masih menangis sambil menggendong bayi itu di belakangnya sementara dua lagi anak perempuannya berdiri berhampiran. Suaminya, Zhou Guixing jatuh dari bangunan tiga tingkat ketika bekerja Khamis lalu. Majikannya memberikannya wang berjumlah 7,000 yuan (RM3,940) sebelum menghilangkan diri. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 17 Dec 2014 01:03 PM PST georgie@hmetro.com.my Tahun lalu, Salammusik berjaya menambat hati peminat muzik di sekitar Eropah untuk mengenali muzik mereka sekali gus memperkenalkan Malaysia ke mata dunia. Persembahan mereka di Magneet Festival di Amsterdam, Belanda mendapat perhatian peminat di sana, malah turut mendapat liputan akhbar di negara itu. Selain itu, Salammusik yang dianggotai Salam (vokal), Eyza Bahra (vokal), Tip (vokal), Talal Zahnan (keyboard), M Irhas (trumpet), Bulya (dram), Firdaus Aziz (trumpet), Ferdaus Nadzir (bass), Ammar Habir (gitar) dan Kamal Razali (gitar) turut mengadakan persembahan di United Kingdom, Belgium dan beberapa negara lain di Eropah. Ternyata, pemergian mereka yang ketika itu mendapat tajaan daripada banyak pihak berbaloi kerana ia membuka peluang untuk Salammusik menjayakan beberapa festival muzik di Belanda pada tahun ini. Meledak di arena muzik tempatan sejak 2010, Salammusik sememangnya berada di kelas tersendiri. Muzik reggae dengan sentuhan hip hop menjadikan mereka antara band yang menarik perhatian di sini. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 17 Dec 2014 06:59 AM PST Kuala Lumpur: Penyokong Harimau Malaya menuntut barisan kebangsaan dan jurulatih negara, Dollah Salleh perah kudrat sehabis mungkin apabila melayani kunjungan Thailand pada pusingan kedua final Piala AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. Biarpun masih bersepah memberikan tanggapan kurang enak di laman sosial seperti di Facebook terhadap kekalahan 2-0 Malaysia di tangan Thailand, masih ramai yang memberikan kata semangat buat barisan kebangsaan untuk meneruskan perjuangan. Rakan FB Harian Metro, Ahmad Gani berkata: "Jangan mudah mengalah atas kekalahan tadi. Kuatkan semangat. Buat la ia satu iktabar untuk pusingan ke-2. Perbaiki segalah kesilapan. Terima kasih atas perjuangan Harimau Malaya. Bangun terus bangun". Mohd Sah Bin Harapan berkata: "Biar kalah..Malaysia tetap pilihan. Cuba lagi di Bukit Jalil." Muhammad Yusof Zakaria pula: "Kalah ke menang sokong je negare kite. Bg le peluang kt dollah tu. Nk terus naek je mane mau. Van gal pun mule pegang mu pun bukan leh menang. Dah lame tgok cm ne. Boleh pun. Sabtu ni pun ad lg. Sabar, sabo, sabaq, tenang." Kata Alymm Yusoff: "HAH NANTI kat Bukit Jalil korang tengok. Kat bukit Jalil...hah Malaysia 1000000-1 Thailand." Shima Riki, 20, berkata, mungkin semangat penyokong Thailand membolehkan skuad Gajah Perang itu menang di tempat sendiri. "Pada perlawanan sebelum ini, perkara sama berlaku tapi saya pasti Harimau Malaya mampu menebus kekalahan," katanya. Mohd Hafiz Syafie, 22, berkata dia berharap Harimau Malaya meneruskan perjuangan untuk meraih kemenangan pada perlawanan akhir pusingan kedua, Sabtu ini. Sementara itu, di BANGKOK, tugas sukar diibaratkan menanti Harimau Malaya untuk merangkul kejuaraan Piala AFF 2014 apabila tewas 0-2 di tangan Thailand pada pertembungan final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, malam ini. Ia kekalahan kedua anak buah Dollah Salleh kepada pasukan pilihan itu selepas aksi peringkat kumpulan di Singapura dan mereka tiada pilihan selain bangkit di Kuala Lumpur pada final kedua Sabtu ini. Seperti yang dijangka Dollah tidak membuat sebarang rombakan apabila mengekalkan kesebelasan utama ketika menewaskan Vietnam 4-2 pada separuh akhir kedua di Hanoi, minggu lalu. Dollah mengekalkan Norshahrul Idlan Talaha bergandingan dengan Indra Putra Mahayuddin di jentera serangan manakala Shukor Adan kekal sebagai kapten walaupun dia dikatakan cedera menjelang perlawanan. Walaupun beraksi di depan lebih 45,000 penyokong tuan rumah, Harimau Malaya lebih mengancam dengan dua asakan awal menerusi tandukan Mohd Amri Yahyah dan sepakan Norshahrul namun diselamatkan penjaga gol Kawin Thamsatchanan. Thailand yang memburu kejuaraan keempat selepas tewas tiga final pada 2007, 2008 dan 2012 turut berpeluang mendahului permainan menerusi percubaan penyerang Adisak Kraisorn pada minit ke-42, namun gagal menewaskan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias dalam situasi satu lawan satu. Pasukan tuan rumah yang dikendalikan Kiatisuk Senamuang menguasai sepenuhnya permainan pada babak kedua dan memperolehi gol menerusi sepakan penalti Charyl Chappuis pada minit ke-72. Gajah Perang kemudian selesa dengan jaringan kedua Kroekrit Thawikan pada minit ke-86. Malaysia masih berpeluang menjuarai Piala AFF buat kali kedua selepas 2012 jika berjaya mengatasi defisit gol itu pada aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |