Semakin pantas ‘berlari’

Semakin pantas ‘berlari’


Semakin pantas ‘berlari’

Posted: 01 Dec 2014 02:07 PM PST

Apa yang berlaku juga membuatkannya lebih mengenali watak manusia terutama sekali mengenai keikhlasan dan kejujuran.

"Biarpun kecewa dengan apa yang dilakukan bekas pengurus, saya tidak kesal kerana banyak yang saya pelajari. Sekarang saya lebih bebas serta puas kerana dapat merancang perjalanan kerjaya saya sendiri.

"Walaupun penat tetapi ia berbaloi. Jika saya memerlukan bantuan, kakak, abang dan rakan baik saya akan dijadikan tempat bergantung.

"Setiap yang berlaku ada rahmatnya. Jika sebelum ini saya tidak yakin untuk menguruskan diri sendiri, tetapi sekarang saya berkemampuan menguruskan segala kerja saya dengan baik dan lancar. Tiada orang tengah, semua janji temu saya uruskan sendiri yang menjadikan pekerjaan itu mudah dan telus," katanya.

Menurut Arja, bekerja dengan keluarga sendiri lebih mudah kerana mereka lebih memahaminya, manakala rakan karib pula dia berkawan sejak belum bergelar artis lagi.

"Lebih baik saya bergantung harap kepada mereka yang mengenali saya sebelum saya terkenal lagi kerana segala kekurangan diri saya mereka tahu," katanya.

Arja yang semakin bersemangat dengan kerjayanya berkata, dia tidak mahu lagi mengenang cerita lalu lantas dengan sokongan dan bantuan ahli keluarga, saudara-mara serta rakan, dia menubuhkan kelab peminat yang dinamakan Arjariozteam.

"Mereka yang akan menggerakkan aktiviti kelab dan bagi melancarkan perjalanan kerjaya seni pula meliputi lakonan, nyanyian dan pengacaraan, saya menubuhkan D'Arja Entertainment.

"Banyak agenda yang saya rancang dan terdekat pada 20 Disember ini saya akan mengadakan majlis pelancaran kelab peminat di Talent Lounge, Damansara Perdana.

"Setakat ini Kelab Peminat Arjariozteam sudah mempunyai 1,500 ahli dan saya yakin selepas majlis pelancaran, ia akan terus bertambah. Peminat adalah kekuatan saya untuk memantapkan lagi kerjaya seni yang sedang berkembang," katanya.

Kepada mereka di luar sana yang ingin mengambil peluang untuk bertemu Arja pada 20 Disember ini bolehlah melayari Instagram pelakon itu iaitu @arjarioz.

Mahu buka kelas tarian

Tanpa berselindung, Arja juga berkongsi aspirasinya yang lebih besar untuk membuka kelas tarian yang dinamakan The Floor by Arja Lee. Barangkali tidak ramai yang tahu suatu ketika dulu dia adalah penari dan kini kebolehannya itu mahu dikongsi dengan peminat.

"Sudah lama saya merancang untuk membuka kelas tarian ini yang akan dibahagikan kepada dua kelas iaitu tradisional dan hip hop.

"Syukur, Allah SWT mengabulkan setiap keinginan saya di mana perniagaan biskut, D'Arja Cookies yang diusahakan kakak saya terus mendapat sambutan walaupun di luar musim perayaan. Kualiti dan keenakan biskut itu menjadi sebutan dari mulut ke mulut yang secara tidak langsung membantu melariskan jualan," katanya.

Tidak berhenti setakat itu saja, Arja kini mengorak langkah menceburi perniagaan menjual produk mandian dan cucian tangan berkonsepkan buah-buahan pada harga RM19 sebotol. Produk itu menggunakan jenama Dr Aaron iaitu nama watak yang melonjakkan namanya dalam dunia lakonan menerusi drama Misiku Kuza.

"Saya menggunakan ruang yang Allah SWT beri untuk memantapkan kerjaya seni sambil meneroka pelbagai perniagaan kerana hidup sebagai anak seni ada pasang surut. Sedang ada 'nama' dan disayangi ramai, saya manfaatkannya untuk kebaikan sendiri dan peminat.

"Bukan mudah untuk saya menikmati kejayaan ini kerana saya bergiat aktif dalam dunia seni pun agak lewat kerana perlu menamatkan pengajian di USM (Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang) terlebih dulu. Saya perlu penuhi impian arwah ibu yang mahu melihat saya belajar setinggi yang boleh sebelum saya mencapai cita-cita sendiri untuk menjadi insan seni yang berjaya.

"Walaupun ibu sudah pergi meninggalkan saya, setiap pesanannya menjadi azimat buat saya," katanya.

Perkembangan lain, Arja baru saja selesai menjalani penggambaran drama 26 episod terbitan Merpati Entertainment berjudul Embuk Belum Terbakar yang dilakonkan Ramona Rahman, Datuk Jalaluddin Hassan, Nasir Bilal Khan dan Fauziah Nawi.

Ajak peminat ke Istanbul

Demi menghargai sokongan peminat yang menjadinya popular seperti hari ini, Arja sedang merangka percutian ke Istanbul, Turki bersama peminat.

"Saya bercadang untuk ke Istanbul pada Mac ini kerana selain untuk merapatkan silaturahim dengan peminat saya mahu mengajak mereka menelusuri sejarah, keindahan dan keunikan negara itu. Saya sendiri yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana berharap kembara pertama bersama peminat itu akan mencatat kenangan paling manis," katanya yang bercadang membawa 30 hingga 40 peminatnya dalam program itu.

Pada pertemuan itu juga, Arja dengan gembira beritahu pada April tahun depan dia akan mengadakan persembahan nyanyian pertamanya di Hotel The Royale Chulan di Damansara.

"Saya akan menyanyikan 10 lagu. Selain single pertama Cerita Pada Mereka, saya akan menyanyikan lagu 'cover version' yang muziknya digubah baru agar lebih segar pada halwa telinga peminat. Semua lagu itu akan dipersembahkan secara 'unplugged'.

"Pada usia yang menjangkau 30 tahun saya tidak mahu ketinggalan apa-apa, malah akan memacu lebih laju dengan sokongan keluarga, rakan dan peminat serta media," katanya.

Tercampak dari kereta RM2 juta

Posted: 01 Dec 2014 01:54 PM PST

asmah_rusman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Saya terkejut apabila serpihan alat pendingin hawa kereta itu jatuh di atas riba disusuli letupan dan percikan api pada hadapan kereta berkenaan."

Itu kata wanita mahu dikenali sebagai Azlina, 40, mengenai kemalangan menyebabkan pemandu kereta mewah model Aston Martin DB9 bernilai RM2 juta terbunuh pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 1.30 pagi di Kilometer 18, Lebuhraya Pantai Baru (NPE) berhampiran Taman Maju Jaya, di sini dipercayai berlaku apabila pemandu kereta berkenaan, Muhammad Sirajullah Abu Bakar, 30, cuba mengelak motosikal ditunggang melawan arus di lorong paling kanan.

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala selepas tercampak keluar dari keretanya yang terputus dua selepas merempuh besi pembahagi jalan dan tiang jejambat.

Azlina berkata, kejadian berlaku pantas selepas mendengar bunyi brek disusuli dentuman beberapa kali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Maut dihempap anjung

Posted: 01 Dec 2014 01:54 PM PST

mhafis@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Ketika itu hujan lebat, tiba-tiba saja anjung rumah banglo itu runtuh," kata saksi kejadian sebuah banglo dalam pembinaan runtuh dan mengorbankan nyawa seorang pekerja di Alam Sutera 3, Bukit Jalil, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.15 petang dan pekerja binaan yang terbunuh itu dikenali sebagai Narwan, 30-an, manakala seorang rakannya dilaporkan cedera.

Saksi itu yang mahu dikenali sebagai Muhammad berkata, ketika kejadian itu dia bekerja di restoran berdekatan banglo itu sebelum tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut.

"Selepas melihat banglo itu runtuh saya melihat ada pekerja lari menyelamatkan diri dan kami segera menghubungi bomba dan polis untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, pemeriksaan mendapati anjung rumah di tingkat tiga tiba-tiba runtuh ketika tiga pekerja warga Indonesia berada di dalam rumah itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Tak selamanya sabar

Posted: 01 Dec 2014 01:53 PM PST

Hong Kong: Ibu pejabat kerajaan terpaksa ditutup dengan kehadiran aktivis prodemokrasi di situ selepas mereka bertempur dengan polis semalam di sebalik gesaan pihak berkuasa supaya protes sejak lebih dua bulan itu ditamatkan.

Pemimpin Hong Kong, Leung Chun-ying berkata, polis berusaha untuk bertolak-ansur ketika berdepan dengan penunjuk perasaan tetapi memberi amaran, "tindakan tegas"akan diambil-membayangkan kesabaran mereka semakin menipis.

Rusuhan tercetus apabila ribuan penunjuk perasaan mengepung daerah Admiralty di tengah-tengah bandar raya Hong Kong ketika penduduk lain pergi bekerja.

Sejumlah pejabat kerajaan, pusat perundangan dan kedai terpaksa ditutup pagi semalam.

Leung kemudian menyeru semua pelajar supaya pulang dan menamatkan bantahan yang tercetus daripada desakan untuk melihat reformasi pilihan raya diadakan di wilayah pentadbiran China itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

TRW kembali mantap

Posted: 01 Dec 2014 01:41 PM PST

sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Liga Super musim depan bakal menjanjikan kegemilangan baru buat Kelantan apabila membariskan ramai pemain berstatus gred A.

Beberapa muka lama dikekalkan dan akan beraksi bersama barisan baru untuk persembahan lebih mantap sekali gus menjulang kembali nama The Red Warriors (TRW) yang tercalar akibat aksi hambar musim lalu.

Antara yang dikekalkan Brendan Gan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria atau Kecik dan Pemain Tengah Terbaik 2014, Mohd Badhri Mohd Radzi (Piya) sebelum ini turut berada dalam radar pasukan lain.

Mohd Nor Farhan Muhammad atau Ben10 yang mewakili Terengganu musim lalu juga kembali menyarung jersi Kelantan bagi memperkuatkan barisan depan.

Selain itu penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) masih setia menjaga gawang selain Mohd Shahrizan Ismail dan Muhammad Syazwan Yusoff, manakala pemain pertahanan dikekalkan, Nik Shahrul Azim Abdul Halim, Mohamad Nazri Ahmad, Mohd Farisham Ismail, Tuan Muhammad Faim Tuan Zainal Abidin, Zairul Fitree Ishak dan Mohd Fitri Omar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Tak berbaloi

Posted: 01 Dec 2014 07:32 AM PST

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Saya dan rakan lain terkejut apabila dikenakan bayaran RM900 untuk empat menu makanan. Harga itu melampau dan tidak berbaloi," kata Mohd zulfadely Mohd Yunus, 24, salah seorang daripada 12 individu yang tidak berpuas hati dengan tindakan sebuah restoran menyediakan menu makanan laut di Labuan, Sabah.

Dalam kejadian jam 7.40 malam, Jumaat lalu itu, dia dan rakannya mula memesan menu seperti ikan dan sotong goreng, sayur campur dan sup jagung yang disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja.

"Kami juga ada memesan hidangan ayam goreng dan buah-buahan sebagai pencuci mulut tapi tidak disertakan dalam hidangan itu. Kami juga hairan kerana harga itu dikenakan untuk hidangan makanan saja dan tidak termasuk minuman yang kami pesan. Ia melampau dan tidak berbaloi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dia berkata, selepas semua selesai makan dan seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, penjaga kaunter di restoran itu memaklumkan jumlah keseluruhan hidangan makan malam itu adalah sebanyak RM900.

"Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng kepala seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada penjaga kaunter terbabit itu. Langsung tidak masuk akal.

"Apabila ditanya, penjaga kaunter itu memaklumkan pihaknya tidak tahu namun itu adalah harga sebenar selepas membuat pengiraan. Kami juga tidak dibenar melihat resit untuk harga pembayaran ke atas beberapa menu itu.

"Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat iaitu sebanyak RM700 selepas sesi tawar menawar kerana tidak mahu membuat kecoh dan memanjangkan perkara itu. Hakikatnya, kami tidak setuju dengan harga cekik darah yang dikenakan," katanya.

Katanya, sebelum ini, dia pernah mengunjungi restoran berkenaan bersama rakan namun ini adalah kejadian pertama apabila dikenakan harga bayaran seperti itu.

"Saya dan rakan lain seramai 18 orang pernah memesan hidangan sama namun harga yang dikenakan hanya RM450. Tapi kali ini sudah berbeza

Saya mendedahkan perkara ini bukan untuk menutup periuk nasi pemilik restoran itu tapi saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa," katanya.

Berikutan itu, dia turut memuat naik resit pembayaran dengan harga dikenakan di laman Facebook (FB) miliknya dengan nama Malas Ku Ingau selain turut di kongsi kepada pengguna FB lain termasuk dengan nama no next...macam2 ada di sini.

Dalam statusnya di FB itu, Zulfadely turut mendapatkan pandangan pengguna laman sosial itu berhubung caj bayaran yang dikenakan restoran terbabit.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pihak restoran seharusnya memaparkan tanda harga pada resit pembayaran untuk makluman orang ramai.

"Jika resit pembayaran makanan tidak dibuat secara menyeluruh dan harga yang dikenakan terlalu mahal, maka pihak restoran dipercayai ada unsur mengaut keuntungan secara mudah.

"Orang ramai boleh membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.

"Pihak kami kerap menerima kes seperti ini membabitkan tidak meletakkan tanda harga dan sebagainya. Isu mahal atau murah adalah perkara kedua, yang paling utama adalah memaklumkan kepada pengguna harga bayaran setiap menu yang disediakan sama ada berbaloi atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi, disini, hari ini.