Timba ilmu memberontak

Timba ilmu memberontak


Timba ilmu memberontak

Posted: 22 Dec 2014 01:15 PM PST

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Rizal Abdullah

am@hmetro.com.my

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kumpulan militan dari Indonesia dan Malaysia diyakini bukan sekadar mahu menyertai perjuangan kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria malah mahu 'menimba ilmu' bagi membawa gerakan sama ke Asia Tenggara.

Difahamkan kumpulan militan Jamaah Islamiyah (JI) yang bertanggungjawab dalam pengeboman di Bali, Indonesia, pada 2002 aktif menghantar ahlinya ke Syria sejak beberapa tahun lalu.

Sumber polis Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, kumpulan militan itu yang mempunyai 'cawangan' di negara ini dikesan pernah menghantar anggotanya ke Afganistan menjalani latihan ketenteraan berbaur pengganas.

Menurutnya, kumpulan militan JI ini dikesan meluaskan pengaruh di Malaysia, Filipina dan Singapura bagi memastikan rancangan 'jihad' mereka mampu dilaksanakan.

"Kebangkitan IS di Iraq dan Syria menarik minat JI mempelajari kaedah dan strategi bagi mencetuskan kebangkitan pemberontakan Khilafah Islam di Asia Tenggara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 5:15 AM

Nak kurus hilang ‘power’

Posted: 22 Dec 2014 01:12 PM PST

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Asmah Rusman

am@hmetro.com.my

am@hmetro.com.my

Puchong: Idamkan tubuh kurus dalam tempoh singkat namun bala yang menimpa apabila berpuluh lelaki yang mengambil sejenis minuman nutrisi mendakwa 'diserang' mati pucuk mendadak.

Kebanyakan mangsa lelaki yang mengambil sejenis minuman nutrisi tidak menyedari produk diambil itu dicampur kimia fluoxetine yang disahkan boleh menyebabkan mati pucuk pada golongan lelaki.

Malah kimia untuk ubat sakit jiwa itu turut menyebabkan golongan wanita 'dingin seks' selepas disyaratkan diminum bersama kopi atau koko.

Produk serbuk minuman berharga mahal mencecah RM200 setiap satu itu dikesan dipasarkan sindiket beribu pejabat di Bandar Puteri di sini.

Tindakan merbahaya itu bagaimanapun berjaya dibongkar selepas kilang haram sindiket itu diserbu sepasukan pegawai Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Selangor pagi semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 5:12 AM

PEGAWAI CPF KKM Selangor memeriksa produk mengandungi serbuk kimia yang menyebabkan mati pucuk.

PEGAWAI CPF KKM Selangor memeriksa produk mengandungi serbuk kimia yang menyebabkan mati pucuk.

Adam tak mahu diet!

Posted: 22 Dec 2014 01:09 PM PST

am@hmetro.com.my

Butterworth: "Adam tak takut orang besar. Adam tampar sekali patah tulang," kata Muhammad Adam Zulfar Roslan yang baru berusia lima tahun, tetapi mempunyai berat badan 38 kilogram.

Dengan saiz badannya yang 'ekstra' selain keramahannya berbual dengan orang dewasa membuatkan kanak-kanak itu sering mencuit hati pelanggan di gerai makan datuknya, Gerai Ombak Rindu di Bagan Ajam, dekat sini.

Apabila dibawa ke pasar malam pula, pasti ada yang mencuit pipi tembamnya selain ada yang menghulurkan wang kerana geli hati melihat gelagatnya berjalan.

Muhammad Adam, anak kedua kepada pasangan Roslan Rosli, 31, dan Nor Suhaila Saad, 29, mencuri tumpuan ketika belajar di kelas Tabika Ampang Jajar, di sini, malah dia murid paling disenangi guru kerana kepetahannya berkata-kata.

"Adam ada ramai kawan. Kawan lelaki ada 20 orang, tapi kawan perempuan seorang saja," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Ziarah lokasi berdarah

Posted: 22 Dec 2014 01:06 PM PST

Sydney: Sepasang pengantin Muslim semalam menziarahi Martin Place pada hari perkahwinan mereka sebagai memperingati mangsa tawanan yang terkorban dalam insiden pengepungan kafe oleh lelaki Iran minggu lalu.

Manal Kassem, 23, dari Punchbowl dilihat memakai gaun putih dan berhijab tiba di tapak peringatan itu bersama suaminya, Mahmod Homaisi dengan membawa sejambak bunga mawar putih.

Saksi berkata, orang ramai terkejut dan terharu sebelum memberikan tepukan ketika Manal meletakkan bunga di dataran itu.

Menurut perancang perkahwinan mereka, Dina Kheir, pasangan terbabit merancang merakamkan gambar perkahwinan di sekitar bandar raya itu, tetapi membatalkannya kerana terkenangkan tragedi 16 Disember lalu yang meragut nyawa tiga orang.

Demi menghormati mangsa, katanya, pasangan terbabit memilih melawat kawasan itu menjadi hentian pertama mereka selepas bergelar suami isteri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Insiden berdarah MSN

Posted: 22 Dec 2014 01:03 PM PST

Oleh Mohd Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Olahragawan Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis 2014 yang juga pemegang rekod kebangsaan acara lempar cakera, Mohd Irfan Shamsuddin didakwa membelasah rakan sepelatih di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, Sabtu lalu.Kejadian berlaku di Blok Casa 2 MSN.

Difahamkan insiden itu tercetus akibat rasa tidak puas hati Irfan yang menganggap Kavee tidak menghormatinya sehingga membawa kepada pergaduhan.

Menurut Kavee, dia sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

"Sekarang saya serah sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

"Saya tak mahu komen... tunggu sajalah siasatan polis," katanya yang baru saja pulang dari Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17 di Palembang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 5:03 AM

IRFAN (kiri) didakwa tumbuk Kavee.

IRFAN (kiri) didakwa tumbuk Kavee.

Ikatan berputik di UiTM

Posted: 22 Dec 2014 01:00 PM PST

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Benarlah kata pepatah kalau sudah jodoh takkan ke mana. Menepati perumpamaan ini, pelakon Mas Normuharni Sheikhah Mohd Sattar atau Mas Muharni, 28, mampu tersenyum riang kerana hasrat untuk sehidup semati dengan pasangannya, Abdul Muniff Md Isa, 32, akhirnya tercapai.

Lima tahun menyulam cinta, Mas akhirnya disatukan dengan Muniff, Sabtu lalu di Batik Homestay, Sungai Petani, Kedah dalam majlis yang sederhana tetapi meriah.

Serba padan dalam persalinan rona putih rekaan Nea International Shah Alam serta sentuhan tatarias oleh Ijoy, pasangan yang bersanding di atas pelamin tajaan Armie Bridal Couture, Jitra ini tidak henti-henti menerima ucapan tahniah daripada saudara-mara, jemputan serta rakan artis yang hadir.

Terdahulu, pasangan ini sah bergelar suami isteri di Masjid Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani. Dengan sekali lafaz, Mas sah bergelar isteri Muniff pada jam 11 pagi.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Mas, Mohd Sattar Mohd Saad sambil disaksikan Imam Masjid Bandar Puteri Jaya, Ustaz Abdul Rahman Abdul Kadir Jelani.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya