Berteduh di kandang kambing |
- Berteduh di kandang kambing
- Tak salah selepas 70 tahun mati
- Thailand tak gentar
- Saiz desak lebih usaha
- Semangat abang botak
- Ikrar Harimau Malaya
Posted: 19 Dec 2014 01:12 PM PST am@hmetro.com.my Dungun: Gara-gara banjir, seorang lelaki bersama dua anaknya mengambil keputusan berpindah ke kandang kambing selepas rumah mereka di Kampung Kuala Jengai, dekat sini, ditenggelami air, semalam. Mohd Nazhar Abdul Hamed, 59, berkata, dia sekeluarga berbuat demikian selepas rumahnya dinaiki air mencecah ke paras bumbung rumah sedalam tujuh meter. Katanya, hujan sejak pagi kelmarin menyebabkan air melimpah masuk sehingga dia bersama isteri, Kamariah Abdul Wahab, 57, dan dua anak, Adam Izuan, 25, serta Mohd Irwan, 21, memindahkan barang ke kandang kambingnya. "Kandang kambing terletak berhampiran rumah, tetapi dibina di kawasan agak tinggi. Bagaimanapun, kami hanya dapat memindahkan sebahagian barang manakala yang lain habis rosak," katanya ketika ditemui di kandang kambing terbabit, di sini, semalam. Menurutnya, dia mengambil keputusan itu bukan disebabkan tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan disediakanpihak berkuasa, tetapi bimbang jika air semakin naik dan menghanyutkan barangan berharga disimpan di kandang kambing itu. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Tak salah selepas 70 tahun mati Posted: 19 Dec 2014 01:06 PM PST Columbia: Seorang remaja lelaki Afrika Amerika Syarikat berusia 14 tahun didapati tidak bersalah membunuh dua budak perempuan berkulit putih-70 tahun selepas dia menjalani hukuman mati dengan kerusi elektrik. George Stinney Jr sebelum ini mencipta sejarah apabila menjadi orang paling muda pada kurun ke-20 untuk dihukum bunuh di negara itu. Bagaimanapun, seorang hakim di Carolina Selatan, Carmen Mullins semalam memutuskan Stinney dianiaya sistem keadilan negara itu. Katanya, Stinney tidak mendapat pembelaan sewajarnya melalui peguam belanya, malah pengakuannya kepada polis juga mungkin diperoleh secara paksa. Dia juga mendapati tiada bukti kukuh mengaitkan Stinney dengan tempat kejadian. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 19 Dec 2014 01:03 PM PST Kuala Lumpur: Sorakan 90,000 penyokong Harimau Malaya membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini bagi aksi timbal balik Piala AFF 2014 langsung tidak menggentarkan Thailand yang mahu menoktahkan kempen dengan kejuaraan keempat mereka. Menurut jurulatih skuad Gajah Perang Kiatisuk Senamuang, walaupun mempertaruhkan ramai pemain muda, itu tidak bermakna mereka tidak mempunyai pengalaman beraksi dalam perlawanan penting. "Saya percaya pemain tidak akan gementar kerana mereka sudah belajar bagaimana mengawal tekanan. "Tahun lalu kami bermain di depan penyokong Myanmar yang cukup ramai pada Sukan SEA dan selepas itu kami juga beraksi dalam perlawanan penting dengan Korea Selatan di Sukan Asia (Incheon), saya percaya mereka tidak akan gementar, mereka cuma perlu bermain seperti biasa," katanya. Kiatisuk yang turut dikenali sebagai Zico bukan saja dipuja sebagai pemain legenda oleh penyokong mereka kerana membantu Thailand menjuarai Piala AFF pada 1996, 2000 dan 2002 malah kerana kehebatannya membawa skuad bawah 23 tahun memenangi pingat emas Sukan SEA Myanmar 2013 dan mara ke separuh akhir Sukan Asia Incheon September lalu. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 19 Dec 2014 01:00 PM PST yanie@hmetro.com.my Minggu ini, RAP cuba membawa kelainan, lari daripada kebiasaan gadis penghias muka depan akhbar mahupun majalah yang lebih cenderung menampilkan si dia berpotongan badan XS atau S. Ini kerana wanita bertubuh gempal juga layak dan wajar diberi peluang untuk muncul sebagai 'cover girl', yang diperhebatkan lagi dengan konsep yang bersesuaian. Apatah lagi, sekiranya subjek yang mahu diketengahkan itu sememangnya berbakat besar sebagaimana tiga gadis dengan kecantikan tersendiri iaitu pelakon dan pengacara, Farah Azleenda Abd Aziz, 25, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Zulin Aziz; Shariffah Mariam Syed Abdullah, 30, (Sherry Alhadad) dan Mafarikha Md Akhir, 22, (Mafarikha) sebagai 'cover girls'. Selain berbakat, latar pendidikan mereka juga mengagumkan di mana Sherry adalah seorang pensyarah teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) manakala Mafarikha di tahun akhir peringkat Sarjana Muda Seni Media di Universiti Multimedia Malaysia. Sementara itu Zulin pernah mendapat pendidikan Diploma Teater juga di ASWARA. Mengambil aura 'Dream Girls' sebagai ilham atau konsep, ketiga-tiga mereka kelihatan cukup 'stunning' menggayakan persalinan direka khusus khas oleh Faizal dari Bianco Mimosa khusus untuk fotografi ini dan ia dihangatkan lagi dengan sentuhan magis Razzi Musa yang menata rias wajah Zulin Aziz, Jijie Zainal (Sherry) dan Putera Joho (Mafarikha). Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 19 Dec 2014 10:08 AM PST `ABG Botak kembali'! Begitulah bunyinya status terbaru Indra Putra Mahyuddin apabila memuatnaikan foto terbarunya di laman sosial, malam tadi. Jelas sekali dia menzahirkan semangat Harimau Malaya menerusi status di akaun sosialnya selain seolah-olah menerima teguran penyokong supaya tidak terlalu mengikut potongan rambut ala Eric Cantona - digelar media Vietnam ketika dia beraksi di Hanoi. Ketika beraksi di separuh akhir kedua menentang Vietnam, media negara itu membayangkan Indra sebagai Cantona tetapi penulisnya tersilap apabila menyangkanya Safee Sali. Menerusi artikel bertajuk 'Tiger eat us at home', penulis itu menggambarkan pemain itu masih bersama Kelantan, agak tua tetapi berbisa. Indra adalah antara pemain senior seperti Muhammad Shukor Adan yang memainkan tugas penting ketika membenam Vietnam 4-2, pada aksi separuh akhir kedua di Hanoi, selepas skuad kebangsaan tewas 1-2, di Stadium Shah Alam, 7 Disember lalu. Pemain berusia 33 tahun itu diberikan kepercayaan beraksi dalam kesebelasan utama menggantikan Safee yang cedera pangkal paha. Walaupun Indra tidak menjaringkan gol seperti ketika menyumbat gol ketiga dari jarak jauh menentang Singapura pada aksi peringkat kumpulan, namun pemain FELDA United itu mencuri tumpuan 40,000 penyokong Vietnam di Stadium Nasional My Dinh. Larian pertamanya dalam kotak penalti menghadiahkan sepakan penalti buat skuad Dollah Salleh pada minit kedua manakala hantaran lintangnya dari sebelah kiri ditampan masuk pertahanan tuan rumah Din Tien Thanh pada minit ke-29. Indra dipetik berkata, ia kejayaan cukup manis buat dirinya di pentas antarabangsa selepas beberapa tahun tidak beraksi sehinggalah dipanggil semula Dollah pada perlawanan persahabatan dengan Indonesia, 14 September lalu. "Bagi saya, kejayaan ini adalah kerjasama berpasukan dan semangat juang tinggi semua pemain," katanya. Indra kini sudah mengumpul 16 gol daripada 49 penampilan bersama skuad kebangsaan sejak 2002. "Perlawanan akhir ini cukup bermakna bagi saya di pentas antarabangsa dan saya harap kami boleh berikan aksi terbaik di depan penyokong sendiri," kata Indra. |
Posted: 19 Dec 2014 06:17 AM PST BARISAN Harimau Malaya melaungkan keyakinan mampu membenam Thailand pada aksi final kedua Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok. Majoriti pemain berpendapat kekalahan 0-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, pada Rabu lalu, mampu ditebus dengan sokongan padu puluhan ribu penyokong tanah air yang dijangka membanjiri stadium. Perancang tengah, Safiq Rahim berkata walaupun di atas kertas Thailand memiliki kelebihan, dia yakin peluang skuad Harimau Malaya belum tertutup. "Bagi saya, kita tidak boleh mempersiakan setiap peluang terhidang. Kita perlu cari kemenangan (dengan jaringan besar). Kita ada penyokong sendiri dan kehadiran mereka menjadi motivasi bagi kita memberi persembahan terbaik. "Semua pemain tahu, misi kita perlukan gol awal dan kemenangan. Corak permainan kita dengan Thailand (pada final pertama) tidak jauh beza cuma kita lebih bertahan berbanding Thailand yang kerap menyerang," katanya pada sesi latihan skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. Berkongsi pandangan sama ialah kapten pasukan, Muhammad Shukor Adan yang berpendapat, kehadiran puluhan ribu penyokong di halaman sendiri menjadi motivasi terbaik bagi pemain mempamerkan persembahan cemerlang untuk bergelar juara. Pemain veteran berusia 35 tahun itu mengandaikan 'Gajah Perang' kendalian Kiatisuk Senamuang itu mampu ditewaskan sekiranya mereka berjaya mengekang bahagian tengah pasukan lawan yang menjadi tonggak kekuatan mereka. "Kita semua tahu kekuatan Thailand (di bahagian tengah). Jurulatih (Dollah Salleh) juga sudah memberi tips bagi menghadapi perlawanan malam esok. "Dengan kehadiran penyokong yang ramai di halaman sendiri pada perlawanan malam esok, kita mampu memberi sesuatu kepada mereka...kita kena menang," kata kapten kelab Felda United FC itu. Baddrol Bakhtiar pula bertekad untuk membolosi pintu gol Thailand sekiranya diberi peluang beraksi oleh Dollah selepas sering diturunkan pada saat-saat genting. "Kita akan menyerang kubu Thailand bagi mencari gol awal. Kami perlu pamerkan persembahan luar biasa pada perlawanan esok selain mencari kelemahan pasukan Thailand," kata pemain kelahiran Sungai Petani, Kedah itu. Malaysia perlu memenangi perlawanan itu dengan sekurang-kurangnya tiga gol sambil mengharapkan Thailand tidak memperoleh jaringan untuk muncul juara. Untuk rekod, Malaysia di bawah kendalian Datuk K Rajagobal muncul juara pada 2010 selepas menang dengan agregat 4-2 ke atas Indonesia pada aksi final yang menggunakan format timbal balik. Thailand pula memburu kejuaraan keempat selepas mengecapi kejayaan pada tiga edisi terdahulu iaitu 1996, 2000 dan 2002. - Bernama |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |