Bot terbalik dibadai ombak |
- Bot terbalik dibadai ombak
- Amuk dek sayang abang
- Bakal cetus Islamophobia
- 400 mayat dikebumi tanpa identiti
- Bisa kuda tua
- Aziz pertaruh Senyum
Posted: 21 Dec 2014 01:15 PM PST am@hmetro.com.my Kuantan: Tindakan dua rakan karib pergi memancing di laut ketika musim tengkujuh mengundang padah apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas selepas bot gentian kaca dinaiki terbalik dipukul ombak berhampiran pantai Kampung Baru, Gebeng, di sini, pagi semalam. Pada kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Tan Kok Meng,47, dari Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang, di sini, masih hilang manakala Chea Yong San, 33, selamat selepas berenang ke pantai. Chea berkata, ketika kejadian, dia bersama rakannya itu menaiki bot dan pergi memancing kira-kira 300 meter dari pesisir pantai memandangkan cuaca pada pagi semalam agak cerah selepas hujan berterusan beberapa hari lalu. Bagaimanapun katanya, cuaca bertukar menjadi gelap tidak lama kemudian manakala angin kencang menyebabkan laut bergelora. "Ketika saya cuba menghidupkan enjin bot untuk pulang ke pantai, tiba-tiba ombak setinggi dua meter menghempas bot. Ini menyebabkan kami tercampak ke dalam laut. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 21 Dec 2014 01:12 PM PST abdulrahman@hmetro.com.my Miri: "Dia berubah sejak kembarnya meninggal dunia dua bulan lalu. Hubungan mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan dia tertekan," kata ibu kepada seorang remaja berusia 17 tahun yang ditahan selepas mengamuk dengan merosakkan barangan berharga, di Jalan Mulia, Tudan, di sini, semalam. Wanita berusia 40 tahun yang enggan mendedahkan namanya berkata, selepas kehilangan pasangan kembar, anak lelakinya mula bertindak luar dugaan termasuk berbogel. "Sejak itulah, dia berubah dan kelihatan murung. Anak saya tidak dapat menerima hakikat abangnya meninggal dunia, malah dia turut menyalahkan kami akibat kematian itu. "Pada mulanya, dia kemurungan, namun tiba-tiba berubah menjadi agresif termasuk berbogel sejak dua minggu lalu," katanya menjelaskan anaknya meninggal dunia kerana masalah kesihatan. Menurutnya, keadaan bertambah buruk kerana setiap kali mengamuk, anaknya itu akan mengambil apa saja barangan dalam rumah dan merosakkannya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 21 Dec 2014 01:09 PM PST fadly@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Tindakan Polis Antarabangsa (INTERPOL) menyenaraikan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai antara individu yang dikehendaki hanya akan mencetuskan Islamophobia dalam kalangan orang bukan Islam. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, tuduhan INTERPOL yang mengaitkan tokoh ulama tersohor itu dengan aktiviti keganasan dan membantu pembunuhan antarabangsa adalah keterlaluan. "Beliau terkenal sebagai ulama yang membawa mesej keamanan dan sering mengadakan dialog bersama masyarakat bukan Islam. "Pihak INTERPOL dilihat tidak adil dalam isu ini. Tiada sebarang keuntungan bakal mereka peroleh melainkan hanya akan mencetuskan lagi kegusaran dunia terhadap Islam," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menerusi laman web iNTERPOL, Syeikh Yusuf, 88, dikenakan notis merah selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir kerana didakwa menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri dari penjara, aktiviti vandalisme serta kecurian. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
400 mayat dikebumi tanpa identiti Posted: 21 Dec 2014 01:06 PM PST Bangkok: Selepas 10 tahun bencana tsunami berlaku, ada hampir 400 mayat belum dapat dikenal pasti dan sudah dikebumikan tanpa sebarang pengesahan. Apabila bencana tsunami melanda sehari selepas Krismas 2004 dulu, pihak berkuasa mengumpul data 3,708 mayat, tetapi sehingga kini 3,330 sudah disahkan identiti masing-masing. Daripada jumlah itu, kata Ketua Pusat Pengurusan Orang Hilang, Yutaphong Intaraphong, 3,285 mayat sudah dituntut waris masing-masing. "Selebihnya ditanam di Tanah Perkuburan Bang Ma Ruan di wilayah Phang Nga," katanya. Namun itu bukan itu saja situasinya. Sesetengah mayat yang dikenal pasti, kata Yutaphong, masih disimpan di rumah mayat. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 21 Dec 2014 01:03 PM PST sukan@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Pemain tengah Safiq Rahim percaya kejayaan Harimau Malaya mara ke pentas final Piala AFF dan hampir mencipta kejutan ke atas pasukan pilihan Thailand membuktikan kudrat 'pemain lama' masih boleh diharapkan biarpun ada pihak mengharapkan jurulatih Dollah Salleh melakukan rombakan besar-besaran ke atas pasukan bagi tugasan lain selepas ini. Pemain berusia 27 tahun itu yang menerima anugerah penjaring terbanyak hasil ledakan enam gol berkata, sememangnya pemain muda wajar diberi peluang namun itu tidak bermakna pemain sedia ada harus diketepikan begitu saja. "Saya rasa mungkin pemain yang ada tidaklah tua sangat. Kalau ada mungkin cuma dua, tiga pemain saja tapi mereka masih boleh beraksi dengan baik. Kalau macam saya orang cakap tua tak tahulah. "Apa yang saya tahu ramai pemain dalam pasukan ini banyak bermain di peringkat antarabangsa dan mereka semuanya berpengalaman. Bagi saya pemain sedia ada masih layak bermain untuk negara dan pemain di luar sana mungkin belum ada rezeki. "Mungkin selepas ini peluang mereka pula dan bergabung bersama untuk menaikkan taraf bola sepak negara," kata Safiq ketika ditemui pemberita selepas perlawanan kelmarin. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 21 Dec 2014 01:00 PM PST yati@hmetro.com.my Jika mendengar vokalnya, sukar untuk percaya penyanyi Aziz Harun baru berusia 16 tahun. Apatah lagi, tatkala berbicara dengan penyanyi dari Brunei Darussalam ini, dia dilihat cukup matang. Meskipun Aziz anak bongsu daripada enam beradik, tetapi remaja ini nyata seorang yang pandai berdikari, malah sejak berusia tiga tahun, Aziz sudah menceburi bidang seni. Bersua dengannya pada sesi fotografi diatur, Aziz yang popular dengan lagu Senyum mengakui dia sudah bersedia mencipta nama di Malaysia. Apatah lagi, katanya, lagu berkenaan diterima baik peminat. "Saya dapat ilham mencipta lagu Senyum ini berdasarkan pengalaman sendiri. Saya suka senyum pada orang tetapi sayangnya senyuman diberi tidak berbalas. "Jadi, saya kongsikan ia dalam lagu dan syukur single Senyum dihasilkan mendapat sambutan yang baik. Apapun, saya sangat berterima kasih kepada abang Faizal Tahir. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |