‘Keluarga dah tahu bulan lalu’

‘Keluarga dah tahu bulan lalu’


‘Keluarga dah tahu bulan lalu’

Posted: 09 Dec 2014 01:15 PM PST

razis@hmetro.com.my

Tumpat: "Gelap...saya rasa gelap, macam nak pitam," kata adik kepada Ahmad Affendi Abdul Manaf, 27, sebaik dimaklumkan mengenai kisah abangnya yang menjadi pengebom berani mati di Syria yang tersiar dalam akhbar semalam.

Sebaik dimaklumkan wartawan, lelaki berusia lingkungan 20-an yang enggan dikenali itu hampir rebah kerana terkejut apabila dimaklumkan akhbar menyiarkan gambar abangnya yang meninggal dunia awal bulan lalu.

Bagaimanapun, dia kembali tenang selepas dipujuk wartawan.

"Saya terkejut apabila anda memberitahu gambar abang tersiar dalam akhbar, walaupun kami sekeluarga sudah mengetahui apa yang berlaku kepadanya sejak bulan lalu," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan seorang lagi rakyat Malaysia terbunuh di Syria selepas dipercayai menjadi pengebom berani mati dengan merempuh kem tentera sehingga membunuh 50 yang lain kebanyakannya tentera kerajaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Jerutan maut tali getah

Posted: 09 Dec 2014 01:12 PM PST

am@hmetro.com.my

Parit Buntar: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU), ditemui mati dalam keadaan terbaring dengan kesan jerutan di leher di sebelah bapanya yang turut dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik tidur dalam satu kejadian di kediaman mereka di Jalan Terusan Simpang Lima di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi, seutas tali getah mengikat barang yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa turut ditemui di dalam bilik itu.

Mangsa, Ahmad Solehin Abdul Harif, 21, yang mengalami masalah lembam adalah anak sulung daripada enam beradik ditemui oleh adiknya sebalik mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku apabila mendapati pintu bilik terbuka dan kelihatan mangsa serta bapanya yang berusia 46 tahun dalam keadaan terbaring.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian segera menjalankan siasatan dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring di sebelah bapanya yang tidak berbaju serta tidak sedarkan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Rumah dilanda ‘tsunami’

Posted: 09 Dec 2014 01:09 PM PST

am@hmetro.com.my

Yan: "Rempuhan arus deras itu menyebabkan cermin tingkap nako pecah, manakala pintu kayu bergegar seolah-olah berlaku 'tsunami' menyebabkan rumah ditenggelami air bercampur lumpur sedalam hampir satu meter. Namun begitu, saya berjaya menyelamatkan diri dengan ke tingkat atas bersama ahli keluarga lain."

Begitu kata Mat Saad Din, 71, apabila rumahnya antara 15 buah rumah yang mengalami kerosakan akibat ditenggelami air lumpur dalam kejadian banjir kilat di Jalan Masjid Kampung Ruat, di sini, berikutan air Sungai Ruat melimpah berikutan hujan lebat, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Mat Saad berkata, ketika kejadian, dia dan isterinya, Aminah Man, 56, hanya mampu memujuk tiga cucu berusia satu hingga enam tahun yang tinggal bersamanya di rumah itu sempena cuti persekolahan bagi memastikan mereka tidak turun ke tingkat bawah.

Katanya, mereka sekeluarga hanya mampu berdoa supaya tiada kejadian buruk berlaku kerana bimbang paras air semakin naik dan boleh menyebabkan paras air makin bertambah sekiranya hujan lebat berterusan.

"Saya kemudian ke tingkat bawah dan memegang kerusi batu di halaman untuk mengelakkan ia dihanyutkan walaupun ketika itu paras air mencecah sehingga ke paras leher, tetapi bersyukur kerana dapat menyelamatkan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Rezeki si Grumpy

Posted: 09 Dec 2014 01:06 PM PST

Arizona: Seekor kucing yang mencipta populariti kerana memiliki wajah pemarah dilaporkan kini memiliki kekayaan melebihi sesetengah selebriti Hollywood.

Kucing itu mula mendapat perhatian dari seluruh dunia apabila gambarnya dimuat naik pemiliknya di laman sesawang Reddit.

Sejak itu kucing berkenaan menjadi semakin popular.

Wajah pemarah itu sebenarnya terhasil akibat kecacatan genetik pada haiwan berkenaan.

Kemunculannya di media sosial mendorong pelbagai pihak mendapat idea mencipta pelbagai barangan yang berkaitan dengan kucing itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Iggy Azalea makin menggugat

Posted: 09 Dec 2014 01:04 PM PST

georgie@hmetro.com.my

Penyanyi rap wanita Nicki Minaj mungkin pernah menempa nama dan populariti tidak lama dulu dengan kehebatan nyanyian hip-hop yang luar biasa. Hakikatnya, dia menjadi antara generasi penyanyi rap baru yang tampil dengan penangan tersendiri baik dari segi fesyen mahupun keberkesanan lirik karyanya.

Bagaimanapun, kemunculan penyanyi hip-hop Iggy Azalea atau nama penuhnya Amethyst Amelia Kelly, 24, nyata mengenepikan Nicki lantaran gadis kelahiran Mullumbimby, New South Wales, Sydney, Australia itu pula menyinar kala ini.

Bahkan, tahun ini saja beberapa lagunya berjaya meledakkan lagi namanya kerana bukan calang-calang nama penyanyi yang berkolaborasi dengannya. Ibaratnya, laluan menembusi gawang muzik Amerika Syarikat (AS) begitu mudah buatnya kerana serta-merta dia mendaki carta-carta hebat walaupun masih baru.

Apapun, mungkin tidak ramai tahu yang sebenarnya remaja itu turut berdepan masa sukar apabila keputusannya ke AS adalah keputusan paling berisiko dalam hidup. Demi mahu mencapai impiannya, dia sanggup memberanikan diri meninggalkan kampung halaman bahkan kehidupannya di negara itu siap berpindah-randah.

Namun apa yang pasti, tindakannya itu nyata berbaloi kerana saat ini dia adalah penyanyi rap paling digeruni sehinggakan 'rapper' senior seperti Snoop Dogg dan Eminem turut tergugat. Begitulah kuasa bakat yang ada dalam dirinya sehinggakan kehadirannya juga bukan seindah mana apabila turut terpalit kontroversi panas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kekal fokus

Posted: 09 Dec 2014 01:03 PM PST

aziman@hmetro.com.my

Hanoi: Biarpun tenang tanpa sebarang gangguan penyokong Vietnam di Hanoi, gelora dalam kem Malaysia cukup terasa ketika Harimau Malaya meneruskan misi hidup mati ke final Piala AFF 2014.

Skuad kendalian Dollah Salleh itu dapat meneruskan latihan persiapan seperti biasa sejak tiba di Hanoi kelmarin bagi pertembungan separuh akhir kedua esok meskipun ada kebimbangan mengenai tahap keselamatan susulan insiden pergaduhan penyokong kedua-dua pasukan pada aksi pertama di Shah Alam, Ahad lalu.

Pelbagai ancaman daripada segelintir peminat Vietnam tersebar luas di media sosial hingga laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) teruk digodam semalam kerana tidak puas hati dengan insiden penyokong mereka dipukul.

Bagaimanapun tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang Harimau Malaya berada di Hanoi bagi misi untuk bangkit semula selepas kekalahan 1-2 di Shah Alam.

"Setakat ini tak ada masalah, tenang tanpa ada gangguan. Yang penting kita kembali fokus," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.