Cucu cilik ‘pencuri’ kereta |
- Cucu cilik ‘pencuri’ kereta
- Di sebalik cerita dalam wad
- ‘Mereka penyamun!’
- Bayi pembetung najis
- Harimau tak goyang
- Bukan sekadar pembantu
Posted: 10 Dec 2014 01:15 PM PST razis@hmetro.com.my Kota Bharu: Seorang warga emas berusia 60 tahun tidak menyangka cucunya yang berusia 10 tahun adalah dalang kepada kehilangan keretanya sehinggalah kanak-kanak itu ditahan polis, 4 pagi kelmarin. Kanak-kanak lelaki itu ditahan di rumahnya di Taman Seri Wangi, Hutan Pasir, di sini. Turut ditahan rakannya berusia 23 tahun yang dipercayai perancang kegiatan curi itu. Wanita itu berkata, kereta Perodua Kancil miliknya hilang pada 20 November lalu ketika diletakkan di pekarangan rumah, namun dia langsung tidak menyangka ia angkara cucunya. "Saya tak tahu langsung, dia juga tidak memaklumkan apa-apa kepada saya sepanjang kehilangan kereta itu hingga ia dijumpai polis di Taman Uda Pengkalan Chepa 30 November lalu dengan bateri, radio dan pembesar suara yang hilang. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 10 Dec 2014 01:12 PM PST asmah_rusman@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Hasrat seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia, Muhammad Farish Abu Bakar menaiki motosikal berkuasa tinggi dan kereta peronda pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tercapai semalam. Ia hasil khidmat komuniti sepasukan Polis Trafik Kuala Lumpur yang tampil mengejut di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam program Kepolisan Masyarakat (Community Policing), semalam. Muhammad Farish, 9, dibawa menunggang motosikal berkenaan bersama seorang anggota polis trafik sebelum dibawa menaiki menaiki kereta peronda Mitsubhisi Lancer bersama ibunya, Norlela Md Sahad dan Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain kira-kira jam 11 pagi. Menurut ibu Muhammad Farish, Norlela, 38, anak bongsunya itu menyatakan hasrat untuk menaiki kedua-dua kenderaan berkenaan ketika menjalani rawatan kimoterapi di Wad Kanser Kanak-kanak (KK) HKL selepas ditempatkan sebilik bersama seorang anak anggota polis yang menghidap penyakit sama. "Ketika itu, anggota berkenaan datang melawat anaknya yang ditempatkan di wad yang sama dengan Farish dengan memakai pakaian seragam anggota polis. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 10 Dec 2014 01:09 PM PST mohd.rizal@mediaprima.com.my Kuala Lumpur: "Mereka nak samun, saya takut dan terus melarikan diri," kata Mahindran, 51, pemandu teksi yang menjadi viral di laman sosial apabila didakwa melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal berdekatan kedai serbaneka di Jalan 29, Selayang Jaya di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 7.30 petang itu, bapa kepada lima anak itu berkata, dia didatangi dua lelaki menunggang motosikal ketika dia melakukan pemeriksaan pada bateri teksinya. Menurutnya, dua penunggang motosikal terbabit secara tiba-tiba meminta wang, menyebabkan dia takut dan terus masuk ke dalam kereta untuk melarikan diri. "Bagaimanapun, seorang daripada suspek meletakkan motosikalnya di hadapan kereta dengan niat menghalang saya melarikan diri. Saya bimbang dicederakan dan nekad merempuh motosikal itu," katanya. Menurutnya, dia terus memandu sehingga memasuki lebuh raya apabila seorang penunggang motosikal terbabit cuba memecahkan cermin teksinya itu. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 10 Dec 2014 01:06 PM PST Suide: Seorang bayi berjaya diselamatkan selepas dia dibuang menerusi sebuah tandas oleh ibunya sebaik dilahirkan di barat laut China. Seorang pejalan kaki mendengar tangisan bayi berkenaan dari pembetung najis di daerah Suide di wilayah Shaanxi sebelum menelefon pihak berkuasa kecemasan yang kemudian mengesan bayi itu terendam dalam air kotor dalam pembetung itu. Bayi yang dinamakan Xiaoxiao atau 'si kecil' itu hanya calar di beberapa bahagian tubuhnya dan kini dirawat di sebuah hospital sementara polis berusaha menjejaki ibunya. "Kami terpaksa mengejar masa kerana bimbang ada orang akan mencurahkan lagi air ke dalam pembetung itu atau bayi itu mungkin tertiarap yang akan menyebabkan dia mati lemas," kata ketua skuad jabatan bomba daerah Suide, Li Zhi. Kerana tidak mahu memecahkan pembetung itu bagi mengelak bayi berkenaan cedera atau mati, Li Zhi berkata, anggotanya terpaksa menggunakan pelbagai alat untuk memudahkan Xiaoxiao dibawa ke arah lubang pembetung itu sebelum dia ditarik keluar. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 10 Dec 2014 01:05 PM PST aziman@hmetro.com.my Jurulatih Harimau Malaya Dollah Salleh percaya anak buahnya sudah bersedia menyerap segala tekanan serta provokasi dalam dan di luar padang bagi aksi getir menentang Vietnam pada separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium My Dinh, malam ini. Berbekal kelebihan jaringan tempat lawan kini milik Vietnam hasil kemenangan 2-1 di Shah Alam Ahad lalu, Malaysia bukan hanya berdepan corak permainan pantas tuan rumah sebaliknya perlu menyerap tekanan sorakan padu 40,000 penonton tempatan. Insiden keganasan penyokong pada pertemuan pertama menambahkan bahang pertemuan itu namun Dollah, 51, yang ditemui semalam tidak bimbang dengan situasi itu. "Saya tidak khuatir (provokasi) kerana pemain kita cukup berpengalaman dan sudah biasa beraksi di depan penyokong ramai. Pihak keselamatan pasti menjaga kita dan saya percaya pemain boleh fokus," katanya. Menang 1-0 ataupun seri tidak cukup untuk membawa Harimau Malaya, juara 2010 mara ke final dan Dollah mengarahkan anak buahnya bangkit selepas aksi hambar di Shah Alam. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 10 Dec 2014 01:02 PM PST ramlah@hmetro.com.m Dia hanya bawa watak pembantu dalam filem genre komedi romantik, Manisnya Cinta arahan Bernard Chauly yang diadaptasi dari novel popular itu. Namun, siapa yang dapat menidakkan kehebatan aktres berkaliber Eja yang pernah mendapat jolokan 'ratu air mata' itu untuk menyentuh hati dan emosi penonton? Ternyata, ramai yang tidak dapat menahan sebak dan bercucuran air mata ketika menonton lakonan mantapnya sebagai Aishah, ibu kepada dua anak yang juga pesakit kanser dalam filem terbitan Global Station, Red Films dan Astro Shaw berkenaan. Dalam filem yang diterajui gandingan aktres popular, Nur Fazura dan Shaheizy Sam itu, Eja melakonkan watak kakak kepada Fazura bergandingan dengan aktor hebat, Faizal Hussein. Secara peribadi, pemilik nama sebenar Siti Shahrizah Saifuddin, 42, mengakui dia terima tawaran beraksi dalam filem itu kerana tertarik dengan watak Aishah. "Ia kali kedua saya bergandingan dengan Fazura dan memegang watak sebagai kakaknya dalam filem. Sebelum ini, kami bergandingan dalam Tembus arahan Ahmad Idham. Saya turut menimba pengalaman berbeza bekerja dengan pengarah hebat seperti Bernard dan barisan produksi yang bagus seperti Red Films. "Walaupun hanya watak pembantu, saya berusaha berikan lakonan yang terbaik. Saya sangat berharap lakonan saya sebagai Aishah dalam filem itu dapat mengubat rindu peminat di layar lebar," katanya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |