'Bina semula' wajah gadis malang

'Bina semula' wajah gadis malang


'Bina semula' wajah gadis malang

Posted: 02 Dec 2014 02:29 PM PST

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Wajah gadis berusia 22 tahun, Nur Shafiqa Lah yang ditoreh penyamun dalam kejadian pecah rumah kelmarin boleh dirawat menerusi pembedahan rekonstruktif, kata Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Mafauzy Mohamed.

Beliau berkata, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mempunyai teknologi dan tenaga pakar yang mencukupi untuk melakukan pembedahan itu termasuk pakar pembedahan plastik.

"Apa kerosakan pada anggota badan sama ada akibat kemalangan atau lain-lain boleh dirawat di HUSM kerana kepakaran yang kita miliki termasuklah kes yang menimpa mangsa ini.

"Bagaimanapun, kita masih perlu berbincang dengan kumpulan pakar untuk memastikan tahap kecederaan pada mukanya sebelum prosedur lanjut dapat diambil.

"Biasanya bagi kes kerosakan wajah, kami hanya memerlukan pembedahan rekonstruktif yang mengambil masa antara dua hingga tiga jam dengan kos ditawarkan paling minimum," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Melaram duit haram

Posted: 02 Dec 2014 02:26 PM PST

hadzlihady@hmetro.com.my

Georgetown: Rahsia sekumpulan individu melaram dengan motosikal berkuasa tinggi walaupun ada antara mereka tidak mempunyai pekerjaan terbongkar apabila dikesan aktif dalam pengedaran dadah di sekitar negeri ini dan Kedah.

Selain itu, ada antara mereka aktif menjalankan kerja haram sejak setahun lalu dan dikesan memiliki kereta mewah dan hidup selesa dengan bergantung kepada aktiviti pengedaran dadah.

Namun, kehidupan mewah dikecapi mereka selama ini berkubur apabila ditahan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan negeri ini yang melakukan serbuan di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Kedah, Jumaat lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis pada mulanya menyerbu sebuah rumah di Sungai Ara, Bayan Lepas dan menahan seorang lelaki.

"Suspek dikesan menjadikan rumah terbabit sebagai makmal memproses heroin dan kami merampas pelbagai peralatan digunakan untuk menghasilkan dadah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Pesona belum terserlah

Posted: 02 Dec 2014 02:23 PM PST

Bagaimanapun, kerjaya seni Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan, 28, kebelakangan ini ternyata agak hambar dan kali terakhir jejaka kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu tampil dengan single adalah tahun lalu.

Single hasil kolaborasinya dengan juara AF5, Mila Jirin berjudul Cinta Kasih itu juga tidak begitu memberi impak dan penyanyi itu kembali senyap. Jika dibandingkan dengan bintang kelahiran AF yang lain, sejujurnya Nubhan juga mempunyai pesona untuk bersinar di persada seni. Hakikatnya, masih ramai mengenali jejaka terbabit namun sekadar kenal macam itu saja.

Daripada sisi kerjayanya, paling-paling pun dia diingati menerusi lagu Ada Untukmu yang benar-benar mengangkat namanya sejak memulakan karier beberapa tahun lalu.

Entah kenapa, sukar baginya untuk membina tapak kukuh dalam bidang seni suara sebagaimana rakannya yang lain seperti Stacy, Hafiz, Hazama dan Akim padahal suaranya boleh tahan.

Lantas, bertemunya baru-baru ini, dia sendiri mengakui bingung kerana bukannya dia tidak berusaha. Bahkan sudah memijak platform seperti separuh akhir Muzik-Muzik menjadikan pencapaiannya tidak kurang membanggakan juga.

Belum tiba masanya, itulah yang bermain di otaknya kini kerana jika menilai daripada segi bakat, Nubhan yakin terhadap kelebihan pada dirinya.

"Bukannya tidak pernah menyertai pertandingan nyanyian, namun saya rasa ralat apabila sudah hampir selangkah ke pentas besar, akhirnya terkandas. Itulah yang saya alami setiap kali bertanding untuk Muzik-Muzik yang mana selama beberapa tahun hanya mampu sampai ke peringkat separuh akhir saja.

"Tetapi nampaknya masa saya belum tiba dan apa yang perlu saya buat sekarang adalah terus menanti," katanya.

Menyedari peluang tidak berapa menyebelahinya, pun begitu dia tidak pernah tawar hati terhadap bidang nyanyian kerana baginya itulah yang diminatinya sampai bila-bila.

Hakikatnya, kerana itulah juga dia mahu sentiasa tampil dengan lagu baru sebagai petanda dia masih serius menjadi seorang anak seni.

"Situasi yang saya sedang alami sekarang tidaklah sampai membuatkan saya patah hati dan berasa tertekan untuk terus menyanyi. Tawaran persembahan masih tidak putus, ada saja yang datang setiap minggu. Syukur sangat, masih ramai yang menaruh kepercayaan terhadap bakat saya sehingga kini," katanya.

Kahwin tahun depan

Terbaru, kembali mempertaruhkan single terbaru berjudul Kisah Kasih ciptaan Ajai, Nubhan bagaimanapun tidak menyifatkan 'comeback' itu sebagai penjenamaan semula dirinya.

Sebaliknya, ia lebih kepada tugasnya sebagai penyanyi untuk terus hadir dengan lagu baru. Dimuatkan dalam albumnya berjudul Romantika yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, Nubhan mengambil sikap tidak terlalu mengharap.

"Saya akui lagu Cinta Kasih dengan Mila tahun lalu kurang menjadi dan untuk lagu terbaru ini juga saya tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi. Bagaimanapun, saya lega apabila baru dilancarkan, lagu itu sudah mendapat reaksi yang agak memberangsangkan daripada peminat," katanya.

Berkenalan dengan Afifah Hidayah, 25, beberapa tahun yang lalu di Pulau Pangkor, Nubhan juga akhirnya mengikat pertunangan dengan penuntut jurusan doktor gigi itu, Oktober lalu.

Sempat berkongsi berita gembira berkenaan, penyanyi itu juga merancang akan melangsungkan perkahwinan tahun depan sebaik tunangnya tamat pengajian di Mesir.

"Kami berkenalan sekitar 2009 lalu dan selepas dua tahun berkawan barulah kami menjalin hubungan serius. Belum memutuskan sebarang tarikh untuk perkahwinan kami yang pasti majlis itu akan diadakan selepas dia tamat pengajian," katanya.

Sementara itu, di samping memenuhi pelbagai tawaran persembahan, Nubhan juga sudah berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Memfokuskan kepada produk kesihatan yang diberi nama Juwita Divine, dia juga berimpian untuk memperluaskan perniagaan berpangkalan di Kota Damansara, Selangor, itu ke tempat lain.

13 kali malang

Posted: 02 Dec 2014 02:06 PM PST

am@hmetro.com.my

Kuala Pilah: "Saya memaut stereng dan cuba mengelak ke kiri jalan, namun gagal apabila kereta dirempuh dengan kuat," kata Lee Ziong Keat, 25, seorang daripada 13 mangsa kemalangan membabitkan 13 kenderaan pagi semalam.

Kemalangan berlaku jam 11 pagi di Kilometer 23, Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Kampung Sawah Liat, dekat sini, membabitkan lapan kereta, dua lori tangki dan masing-masing sebuah treler, bas dan lori satu tan.

Menceritakan detik cemas itu, Lee berkata, dia berhenti di barisan paling belakang, namun sempat melihat lori tangki minyak sawit berkenaan meluncur laju dan sudah menjangkakan berlaku perlanggaran.

Dia yang memandu sendirian berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada lori tangki berkenaan yang mengalami masalah pada brek dan dapat melihat dengan jelas kejadian yang berlaku kerana lokasi kejadian laluan selekoh dan kereta Myvi dipandunya berada paling belakang dalam barisan 12 kenderaan itu.

"Semua kenderaan dari arah Kuala Pilah ke Seremban dipandu perlahan kerana di hadapan terdapat pembinaan jalan. Saya sempat melihat melalui cermin sisi lori tangki itu dipandu laju lalu melanggar kereta saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Cara jutawan kahwin

Posted: 02 Dec 2014 02:04 PM PST

Dongguan (China): Seorang jutawan muda bertindak menentang amalan tradisi apabila mengagihkan angpau berjumlah lebih 1.5 juta yuan (RM835,000) kepada orang ramai ketika majlis perkahwinan besar-besaran mereka.

Pasangan pengantin berusia pertengahan 20 tahun itu mengupah sukarelawan untuk menyerahkan bungkusan merah itu kepada orang ramai yang berbaris di tepi jalan untuk menyaksikan konvoi kereta super yang membawa mereka ke lokasi majlis perkahwinan.

Sudah menjadi tradisi masyarakat China memberikan angpau kepada pasangan pengantin, bukan sebaliknya.

Menurut laporan, pengantin lelaki itu ialah Chen Jun Liang, pemilik dan pengurus sebuah syarikat Internet di Dongguan. Dia berasal dari Hunan dan memulakan perniagaan setahun lalu.

"Saya baru memulakan perniagaan dan mencapai keuntungan besar. Saya mahu orang ramai turut menikmati keuntungan saya supaya ia membawa nasib yang baik kepada saya, isteri dan anak pada masa depan," kata Chen.-Agensi

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Bukan jaminan!

Posted: 02 Dec 2014 02:03 PM PST

aziman@hmetro.com.my.

Shah Alam: Jaringan epik Indra Putra Mahayuddin ketika membenam Singapura 3-1 untuk membawa Harimau Malaya ke separuh akhir Piala AFF 2014 bukan tiket buat pemain senior itu berada dalam kesebelasan utama menentang Vietnam di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Selepas pemain sayap Amri Yahyah digantung perlawanan kerana mengumpul dua kad kuning, Indra Putra, 33, yang menjaringkan gol ketiga negara lewat permainan menentang Singapura selepas masuk sebagai pemain gantian dilihat calon terbaik mengisi kekosongan itu.

Namun jurulatih kebangsaan Dollah Salleh tampak belum berpuas hati dengan sumbangan pemain FELDA United itu dan menyatakan saingan merebut posisi sayap kiri masih terbuka.

"Saya tidak kisah siapa akan menggantikan tempat Amri kerana yang penting saya mahu menurunkan pemain terbaik. Saya fikir semua layak menggantikan Amri. Selain Indra, saya mempunyai S Kunanlan dan Manaf Mamat.

"Saya tidak bimbang cuma mahukan yang terbaik," katanya selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Stadium Shah Alam semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.