Atas nama cinta |
- Atas nama cinta
- Mat rempit cemari Dataran Merdeka
- Pesta buih online
- Waspada ombak besar
- Berdiam diri lebih baik
- Impian lebur dalam 10 minit
Posted: 20 Dec 2014 01:11 PM PST Xinjiang: Seorang warga emas yang mencari rezeki dengan mengutip sampah mendapat perhatian di Internet selepas membeli cincin berlian untuk isteri kesayangannya menggunakan wang disimpan daripada hasil kutipannya sejak bertahun lalu. Lelaki itu dilihat membawa isterinya ke pusat beli-belah di Korla dan mengeluarkan seikat wang untuk membeli cincin buat isterinya. Imej yang dimuat naik ke Internet menjadi percakapan ramai yang rata-rata orang memuji perbuatannya yang disifatkan romantik itu. Pengguna Weibo @zhelishixinjiang berkata, dia melihat lelaki dianggarkan berusia 70-an itu turut membantu isterinya memilih cincin paling sesuai untuknya. "Kehidupan kami sukar dan saya cuma mahu menggembirakannya," lelaki itu dilaporkan berkata di kedai berkenaan. Pengguna Weibo memuji kejadian itu dan menganggap kasih sayang berpanjangan antara pasangan berkenaan membuktikan kisah percintaan romantik masih wujud pada zaman ini.-Agensi Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. |
Mat rempit cemari Dataran Merdeka Posted: 20 Dec 2014 01:11 PM PST Kuala Lumpur: Bahaya dan berisiko maut. Begitu gambaran tindakan tidak bertanggungjawab segelintir mat rempit yang seolah-olah sengaja membuat onar dan mempamerkan 'kehebatan' di pusat bandar raya ini ketika cuti hujung minggu. Mereka dilihat olah-olah sengaja menunggang motosikal secara melulu serta tidak mematuhi peraturan jalan raya sehingga membahayakan pengguna lain terutama pejalan kaki. Tinjauan Metro Ahad mendapati ratusan penunggang motosikal akan berkumpul di sekitar Dataran Merdeka bermula kira-kira jam 5.30 petang selain turut dipenuhi kenderaan lain termasuk bas pelancong. Suasana yang agak terkawal pada mulanya itu bagaimanapun bertukar ibarat pesta dengan deruan kuat bunyi enjin dan ekzos motosikal mat rempit yang mula bergerak secara berkumpulan mengelilingi beberapa jalan utama di kawasan berdekatan termasuk Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail. Kebimbangan timbul apabila mereka bukan hanya melanggar lampu isyarat dan 'menyelit' di celahan kenderaan lain, malah ada daripada mereka sengaja menunggang secara berbahaya seolah-olah mahu berlumba sesama sendiri tanpa memikirkan keselamatan orang awam yang turut menggunakan laluan di ibu kota. Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. |
Posted: 20 Dec 2014 01:10 PM PST Kuala Lumpur: Terdesak untuk mengaut keuntungan mudah tanpa dikesan polis menyebabkan ada sindiket pelacuran mula mengubah taktik mencari pelanggan melalui promosi atas talian dengan menganjurkan pesta buih. Sindiket itu turut menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand sebagai tarikan dalam promosi itu yang mendapat sambutan menggalakkan yang diadakan di Menara PGRM, Cheras, di sini. Bagaimanapun, taktik sindiket itu dikesan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman dan Kuala Lumpur yang mengadakan serbuan di premis itu termasuk dua lagi premis hiburan di Taman Shamelin, Cheras, di sini, malam kelmarin. Dalam serbuan pertama di Menara PGRM jam 12 tengah malam, 103 GRO warga Thailand yang berpesta mandi buih bersama pelanggan tergamam apabila diserbu polis. Pegawai Turus D7 Bukit Aman Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais yang mengetuai serbuan itu berkata, pihaknya menyerbu ketiga-tiga premis itu serentak selepas menerima aduan terdapat kegiatan pelacuran berlaku sebelum menahan 150 GRO warga Thailand, China dan Vietnam. Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. |
Posted: 20 Dec 2014 01:10 PM PST Kuala Terengganu: Fenomena ribuan kerang yang mendarat di Pantai Seberang Takir, di sini, kelmarin, menjadikan kawasan berkenaan dipenuhi orang ramai walaupun keadaan cuaca dan ombak tidak menentu. Keadaan seperti itu tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai seperti mandi, berkelah dan mengutip kerang kerana dibimbangi kejadian buruk berlaku, apatah lagi orang ramai terlalu teruja mengutip hidupan laut itu. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, pihaknya melakukan pemantauan di kawasan berkenaan bagi mengelak kejadian buruk berlaku. Katanya, walaupun tiada insiden buruk berlaku, tetapi pihaknya memandang serius isu ini kerana tidak mahu insiden remaja yang dilaporkan hampir lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mencari kerang di Marang, bulan lalu, berulang di daerah ini. "Buat masa ini, kita menugaskan anggota membuat rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan. Bukan niat menghalang mereka, tetapi keselamatan dan nyawa lebih penting ketika ini. Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. |
Posted: 20 Dec 2014 01:00 PM PST haswendy@hmetro.com.my Kurang dua minggu lagi, 2014 bakal meninggalkan kita dengan seribu satu kisah manis dan pahit yang menjadi faktor kematangan individu, sekali gus menjadi pengalaman berguna di masa depan. Belum sempat bertanya pahit manis 2014, selebriti peramah yang berasal dari Yong Peng, Johor, Norliana Samsudin atau mesra disapa Yana Samsudin, 29, cepat-cepat bercerita mengenai soal jodoh. "Nampaknya sasaran saya untuk berkahwin tahun ini tidak kesampaian," katanya diiringi ketawa. Yana sebelum ini pernah menyuarakan hasrat bersedia menamatkan zaman bujang tahun ini, cuma belum pasti tarikhnya. "Memang pernah terfikir pasal kahwin. Malah, saya terbuka untuk menerima lamaran, cuma mungkin tiada lagi jodoh untuk tahun ini. Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. |
Posted: 20 Dec 2014 06:34 AM PST PENAMAT yang cukup memedihkan selepas impian Harimau Malaya untuk merangkul kejuaraan Piala AFF 2014 lebur apabila tewas dengan agregat 3-4, meskipun hampir mencipta kebangkitan dengan kemenangan 3-2, pada aksi timbal balik final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Ternyata anak buah Dollah Salleh tidak mampu membendung kemaraan Thailand yang menyumbat dua gol pada 10 minit terakhir selepas mereka selesa mendahului 3-0, dalam tempoh hampir sejam permainan. Kemenangan 3-2 itu belum cukup buat Malaysia mengulangi detik gemilang 2010 selepas mereka tumpas 0-2 pada final pertama di Bangkok Rabu lalu. Berbekalkan sorakan padu 90,000 penyokong, Harimau Malaya tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol pertama apabila pengadil dari Iran Faghani Alireza menghadiahkan sepakan penalti selepas penyerang Norshahrul Idlan Talaha dikasari pertahanan lawan. Pemain tengah Safiq Rahim seperti biasa tidak berdepan masalah untuk menyudahkan sepakan penalti itu buat pasukan tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-5. Dollah yang hanya membuat satu pertukaran memasukkan pemain pertahanan tinggi lampai Mohd Afif Amiruddin menggantikan Mohd Fadhli Shas yang demam pada saat akhir lebih banyak mendominasi permainan manakala barisan pemain muda Thailand tampak kaku dalam sorakan penyokong Malaysia. Biarpun bergelut dengan permukaan padang yang teruk, skuad kendalian Kiatisuk Senamuang itu hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-10 selepas sepakan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias ditampan Adisak Kraisorn namun mujurlah bola sekadar melintas di depan gawang. Dollah terpaksa mengeluarkan Azamuddin Akil dua minit selepas itu akibat kecederaan dan digantikan dengan penyerang Mohd Safee Sali. Selepas puas mencuba akhirnya gol kedua buat mengikat agregat 2-2, berjaya dihasilkan apabila bola hantaran lintang Norshahrul disambar Indra Putra Mahayuddin yang menanduk menewaskan penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan di penghujung babak pertama. Semangat anak buah Dollah terus membara pada babak kedua apabila mereka meraih gol ketiga pada minit ke-58 menerusi sepakan percuma menarik Safiq yang menerjah ke gawang. Ia Jaringan keenam peribadi pemain Johor Darul Ta'zim itu untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan mengatasi pencabar terdekat Le Cong Vinh dari Vietnam dengan empat gol. Bagaimanapun, Thailand juara tiga kali pada 1996, 2000, 2002 bangkit dengan ledakan dua gol pantas pada minit ke-81 dan 87 menerusi perubaan Charyl Chappius dan Chanathip Songkrasin untuk melenyapkan impian Malaysia. Ia kekecewaan kedua skuad kebangsaan di tangan Thailand selepas kecundang 0-1, pada 1996 menerusi jaringan tunggal Kiatisuk yang ketika itu bergelar pemain. MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias; Pertahanan, S Kunanlan, Shukor Adan (C), Mohd Afif Amiruddin, Zubir Azmi; Mohd Amri Yahyah, Safiq Rahim, Mohd Badhri Radzi, Azammuddin Mohd Akil; Indra Putra Mahayuddin (Gary Steven Robbat), Norshahrul Idlan THAILAND: Kawin Thamsatchanan (C); Perapat Notechaiya, Suttinun Phukom, Tanaboon Kesarat, Narubadin Weerawatnodom; Kroekrit Thawikan, Sarach Yooyen, Charyl Chappuis, Prakit Deeprom; Chanatip Songkrasin Adisak Kraisorn |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |