Nasi berkuah budu |
- Nasi berkuah budu
- cagar jiwa demi seni
- Pakar cari mangsa lemas
- Cuba makan anak sendiri
- Permata masa depan
- Rempit ‘kamikaze’ kena sailang
Posted: 05 Dec 2014 03:20 PM PST Kota Bharu: "Setiap hari kami terpaksa catu makanan dengan hanya makan sekilogram beras berkuahkan budu untuk kami tujuh beranak. "Kalau tidak cukup duit, kami terpaksa makan ubi kayu dan pisang rebus untuk beberapa hari," kata Zaiton Mamat, 41, yang hidup dalam keadaan daif bersama suami dan lima anaknya berusia antara tiga hingga 19 tahun di Kampung Puteri Saadong, Wakaf Che Yeh, di sini sejak lima bulan lalu. Lebih menyedihkan, mereka terpaksa menggunakan generator selepas bekalan elektrik di rumahnya dipotong sejak setahun lalu dan menggunakan dapur kayu untuk memasak. Dua anaknya, Mohd Lukman, 19, dan Mohd Hakim, 14, terpaksa berhenti sekolah lebih awal untuk membantu keluarga manakala seorang lagi anaknya, Nur Arisya Amina, 4, tinggal dengan ibu saudaranya di Kuala Lumpur kerana kesempitan hidup. Zaiton berkata, kehidupan keluarganya mulai berubah selepas suaminya, Mohd Zulkifli Abdullah, 45, yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah tidak boleh bekerja kerana menghidap penyakit ketumbuhan di perut. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 05 Dec 2014 03:10 PM PST Umpama mentafsir sebuah lukisan abstrak, terlarut dibawa kembara jiwanya yang 'misteri'. Tersimpan rapi tak pernah terbongkar sebelum ini, siapa menduga di sebalik kehebatan lakonannya, Shaheizy Sam mengalami 'komplikasi emosi' yakni pernah mengalami kemurungan, kesedihan dan amarah akibat terperangkap dalam watak-watak lakonannya. Rahsia hatinya terbongkar sebaik penulis mengajukan soalan mengenai sifat sensitiviti dalam dirinya membentuk lakonan yang 'real' hingga penonton dapat merasai perasaan cinta apabila menonton filem cinta lakonannya. Bahagia atau tidak berupaya menyebarkan rasa cinta di hati penonton sedangkan dalam realiti sebenar di usia 32 tahun, Sam masih belum bertemu cinta. "Kerja saya ini menyakitkan diri saya, orang yang saya sayang dan orang yang menyayangi saya. "Saya pernah dikaitkan dengan ramai pelakon wanita antaranya Nur Fazura, Nora Danish dan Yana Shamsudin. Pernah dikatakan panas baran. Kenapa saya dikaitkan sebegitu rupa? Mungkin kerana itulah yang orang nampak saya ketika di dalam skrin dan di set penggambaran," katanya kepada RAP. Menurut Sam, dia tidak pernah menipu dalam lakonannya kerana baginya pelakon harus jujur dengan lakonan mereka. Bagi Sam, walaupun lakonan, dia bermain dengan rasa dan harus merasai watak yang dibawakan. "Rasa yang jujur itu saya aplikasikan dalam setiap lakonan atau lebih tepat rasa dijadikan sebagai 'method' dalam lakonan saya," katanya. Melakonkan babak percintaan memerlukannya membina rasa cinta terhadap pelakon wanita yang menjadi kekasihnya dan sebaik tamat penggambaran menyedari bahawa semua itu hanyalah lakonan, adakah ia menyakitkan? Sam mengakui ia menyakitkan. "Kadang-kadang rasa rindu. Malah kalau saya berlakon jadi gila, saya terpaksa merasakan diri saya benar-benar gila. Sama juga jika diberikan watak panas baran, saya kena rasa sikap panas baran itu dan saya percaya rasa itu kadang-kadang terbawa-bawa sehingga ke luar set penggambaran. "Ia berbalik kepada kejujuran melakonkan watak itu dan saya tidak pernah menghadiri kelas untuk membuang segala perasaan yang saya sudah masukkan dalam diri saya ini. Inilah satu lagi kelemahan industri lakonan di sini di mana pelakon tidak disediakan kelas untuk memisahkan konflik identiti," katanya. Menurut Sam, dia mungkin dilihat sebagai seorang yang gembira di layar lebar, hakikatnya di luar personalitinya berbeza daripada apa yang dilihat orang. Proses menyembuh dan pengasingan karakter yang terperangkap dalam dirinya memerlukan Sam menghabiskan masa sendirian dengan menikmati percutian atau bersama keluarga selain melakukan perkara yang disukai. Mahu bawa watak Tun Mahathir Sam ketika ini sibuk mempromosikan filem Manisnya Cinta Di Cappadocia yang bakal ditayangkan pada 11 Disember ini. Diarahkan Bernard Chauly, filem adaptasi nukilan Anis Ayuni itu diterbitkan bersama Red Films dan Global Station Sdn Bhd serta dibintangi pelakon hebat seperti Nur Fazura dan Lisa Surihani. Turut ditampilkan khas, dua pelakon berpengalaman Faizal Hussain dan Sharifah Eja. Bercerita mengenai wataknya sebagai Nazmi, ia bukanlah watak 'forte' apabila bercakap mengenai lakonan dalam filem. "Filem ini bukan genre lakonan saya, tetapi saya memberikan persetujuan untuk terbabit kerana ia satu pengalaman baru selain sukar mengatakan tidak kepada Red Films. Ini kerana saya suka filem yang dihasilkan produksi itu. "Bernard selaku pengarah antara satu lagi sebab utama saya bersetuju terbabit dalam filem ini. Saya menyukai karya filemnya yang hampir semuanya bersama Red Films. "Sering membawakan watak utama yang seperti ada beban besar di bahu bimbang ia gagal ditanggung, sekali-sekali seronok dapat melakonkan watak pembantu seperti mana kepentingan Nazmi di dalam filem ini," kata adik kepada pelakon Zizie Ezette itu. Bercerita mengenai impiannya dalam lakonan tahun depan, Sam mengharapkan dia diberi peluang melakonkan watak daripada karya biografi. "Saya sudah melakonkan pelbagai watak dan saya mengharapkan tahun 2015 berpeluang berlakon dalam naskhah biografi. Saya teringin untuk membawakan watak ikonik seperti Tun Dr Mahathir kerana saya pasti kehidupan beliau dari zaman kanak-kanak sehingga menjadi pemimpin negara, menyusuri pengalaman hidup yang sangat menarik. "Selain itu, watak yang pernah ditampilkan dalam filem sebelum ini, Leftenan Adnan. Saya mahu mencabar diri menjadi orang lain dan individu itu wujud. "Saya yakin mampu melaksanakannya. Cuma perlu berikan saya sedikit masa untuk melakukan kajian," katanya. |
Posted: 05 Dec 2014 03:06 PM PST Kuala Berang: "Lebih 20 mayat mangsa lemas saya temui ketika membantu pihak berkuasa dalam operasi mencari dan menyelamat di Lubuk Berhala, Air Terjun Belukar Bukit, di sini," kata Mohd Nazri Mat Sharif, 35, yang lebih popular dengan panggilan Nabong dalam kalangan penduduk setempat. Menurutnya, setiap kali menyelam, dia mampu bertahan sehingga tiga minit untuk mencari mangsa lemas selain mampu bertahan dua hingga tiga jam berada di dalam air bagi membantu pihak berkuasa menjalankan operasi menyelamat. Katanya, satu daripada lokasi di kawasan air terjun itu dinamakan 'Lubuk Berhala' berikutan mempunyai kisah yang kononnya terdapat berhala berbentuk seekor kucing di dalam lubuk itu. "Kedalaman air di kawasan itu mencecah 10 meter dan amat berbahaya bagi pengunjung tidak pandai berenang berikutan di bawahnya berbentuk satu kawah besar. "Selain itu, pusaran air di bahagian bawah lubuk berkenaan menjadi faktor mengakibatkan pengunjung cepat letih dan mudah tenggelam. "Biasanya saya menyelam dan mencari mangsa lemas di bahagian hujung pusaran air kerana selalunya mayat berada di kawasan itu," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, baru-baru ini. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 05 Dec 2014 03:05 PM PST Guangdong: Seorang bayi yang baru dilahirkan dilapor cuba dimakan oleh ibunya di sebuah hospital di sini, kelmarin. Tindakan pantas jururawat, Liu Tianlun, yang melihat perbuatan wanita itu berjaya menyelamatkan bayi berkenaan. Jururawat terbabit yang membuat pemeriksaan biasa ketika itu menjerit apabila melihat wanita berkenaan, Li Zhenghua, 24, menggigit tangan anaknya. Dia cuba membebaskan bayi itu tetapi Li melawan dan enggan melepaskannya. Doktor akhirnya terpaksa menyuntik wanita terbabit dengan ubat penenang untuk menyelamatkan bayi baru lahir berkenaan daripada terus digigit ibunya.-AFP |
Posted: 05 Dec 2014 02:59 PM PST Kuala Lumpur: "Generasi baru pemain bola sepak negara sudah dilahirkan." Itu pandangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas menyaksikan aksi pemain negara pada kejohanan Piala Supermokh Bawah 12 tahun di padang Majlis Sukan Negara (MSN), semalam. Khairy jelas puas hati dengan prestasi dan corak permainan dipamerkan pemain muda negara yang dibentuk menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dilancarkan April lalu. "Corak permainan bagus dengan rentak pantas. Ini menunjukkan program kita sudah berjaya memulakan corak permainan atau DNA baru. "Saya sentiasa tekankan kepada Lim Teong Kim (Pengarah Projek PPBN), perlu ada satu falsafah permainan yang unik kepada Malaysia iaitu DNA kita. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Rempit ‘kamikaze’ kena sailang Posted: 05 Dec 2014 11:32 AM PST Serdang: Lima sekatan jalan raya serentak oleh Pasukan Trafik Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berjaya menahan 50 rempit 'kamikaze' di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Desa Serdang, di sini, sebentar tadi. Operasi membabitkan 158 anggota termasuk pegawai polis itu bermula pada jam 2 pagi. Pegawai Turus Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintendan Bon Jeen Ahron berkata, mereka yang ditahan berumur antara 16 sehingga 25 tahun. Menurutnya, kebanyakan mat rempit gagal melarikan diri apabila polis melakukan lima sekatan serentak di kedua buah lebuh raya terbabit. "Semua yang ditahan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk pemeriksaan lanjut," katanya. Sebelum ini, setiap hujung minggu stesen minyak di lebuh raya PLUS, di sini, berubah menjadi 'litar mini' apabila puluhan mat rempit berkumpul dan membunyikan enjin secara kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam. Kehadiran mereka dikesan pada hujung minggu terutama malam Sabtu dan Ahad dan apabila cuti umum, bermula 10 malam sehingga awal pagi. 29 oktober lalu, Harian Metro menerusi portalnya myMetro mendedahkan kegiatan mat rempit 'kamikaze' ini dan ramai pelanggan di stesen minyak itu rasa tidak selamat dengan kehadiran mereka. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |