Parang hinggap muka |
- Parang hinggap muka
- Hidup semula sebelum dibakar
- Pengantin bersampan
- Ada bukti hitam putih
- Berkumpul dengan keluarga agenda utama
- Derita yang tak sudah
Posted: 24 Dec 2014 11:13 AM PST am@hmetro.com.my Alor Gajah: Seorang kakitangan sebuah bank cedera parah terkena libasan parang oleh lelaki yang dipercayai tidak berpuas hati dengan mangsa kerana mendakwanya mencuri petai di Kampung Daun Daun, Masjid Tanah, di sini, kelmarin. Difahamkan kejadian kira-kira jam 8 pagi itu berlaku dipercayai akibat salah faham antara mangsa dikenali sebagai Yusrey Yusoff, 34, dengan suspek berusia 30-an selepas mangsa mengesyaki lelaki itu mencuri beberapa petai di ladang miliknya sejak beberapa minggu lalu. Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan menghubungi suspek untuk berbincang mengenai perkara berkenaan sebelum suspek bersetuju menyelesaikannya dengan baik dan berjanji berjumpa. "Pada hari kejadian, suspek dikatakan menunggu mangsa di hadapan rumah sebelum beredar selepas mendapati mangsa tidak keluar. Dia kemudian pergi ke sebuah warung berdekatan namun berpatah balik ke rumahnya menaiki motosikal dipercayai untuk mengambil parang. "Beberapa minit kemudian, mangsa singgah ke warung sama untuk berjumpa suspek dan dimaklumkan penduduk yang suspek baru saja pulang ke rumah menyebabkan mangsa kemudian turut beredar ke sebuah balai raya berhampiran," katanya di sini, semalam. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 24 Dec 2014 11:13 AM PST Seorang lelaki hidup semula sejurus sebelum keluarganya membakar 'mayatnya' pada satu upacara pengebumian. Deepak Singh, 72, sebelum itu rebah di rumah di depan keluarganya di Bhilwada, Rajashtan, negeri di barat laut India, sebaik keluar untuk memberi makan haiwan ternakannya. "Dia kelihatan sihat apabila bangun pagi itu dan keluar untuk melakukan kerja hariannya. Tetapi, dia rebah ketika dalam perjalanan ke kandang lembu. Saya bergegas mendapatkannya dan tidak nampak tanda-tanda dia hidup. Degupan nadi dan jantungnya terhenti sama sekali. "Seluruh keluarga bersetuju datuk saya sudah mati. Seorang doktor yang dipanggil juga mengesahkannya," kata cucu Deepak, Banda Nalwa, 26. Selaras dengan adat agama Hindu, keluarga itu melakukan persiapan untuk membakar mayatnya dan mula membaca mantera, amalan biasa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang sudah mati. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 24 Dec 2014 11:13 AM PST Kuala Lumpur: Walaupun terpaksa menaiki sampan lebih 500 meter, namun saya bersyukur kerana majlis perkahwinan kami tetap berjalan lancar," kata pengantin baru, Herdayuszairi Zakaria, 33, yang terpaksa meredah banjir untuk sampai ke rumah bakal isterinya, Nur Sadrina Salim, 29. Pasangan itu yang melangsungkan upacara pernikahan kira-kira jam 2 petang semalam, tetap meneruskan majlis walaupun kawasan rumah pengantin di Kampung Betong Salo, Seberang Pasir Mas, Kota Bharu, Kelantan, ditenggelami banjir lebih satu meter. Herdayuszairi berkata, majlis itu sepatutnya berlangsung hari ini namun terpaksa diawalkan sehari berikutan paras banjir yang semakin meningkat. "Kawasan kampung isteri saya turut ditenggelami banjir. Saya terpaksa menggunakan kemudahan sampan dari rumah datuknya ke rumah pengantin perempuan. "Malah semua tujuh dulang hantaran perkahwinan turut dibawa menaiki sampan berasingan," katanya. Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian banjir tahun ini menjadi amat serius berbanding tahun sebelumnya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 24 Dec 2014 11:13 AM PST sukan@hmetro.com.my Ipoh: Jangan tipu! Begitulah pinta Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kepada bekas pemainnya, Mohd Azmeer Yusof berikutan dakwaan pemain itu tidak menerima gaji sebulan lebih daripada pasukan lamanya. Setiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin yang kecewa dengan dakwaan itu dalam media sosial tampil menjelaskan kedudukan sebenar isu Azmeer yang berpindah ke ATM musim 2015. Azmeer dalam laman sosial Facebook mendakwa punca dia meninggalkan Perak ialah kerana tidak menerima gaji selama tiga bulan sejak Ogos. Bagaimanapun menurut pemain itu Perak kemudian membayar gaji bulan Ogos tetapi masih tidak menjelaskan gaji bulan September dan Oktober serta sambil menuduh ia mungkin masuk ke poket orang lain. "Saya harap Azmeer tidak memutar belitkan fakta dan membuat fitnah terhadap PAFA. Saya minta dia kembali berpijak di bumi nyata mengenai apa yang berlaku. Saya ada bukti hitam putih segala urusan dan perjanjian antara kami dengannya," katanya di pejabat PAFA semalam. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Disember 2014 @ 3:13 AM |
Berkumpul dengan keluarga agenda utama Posted: 24 Dec 2014 11:12 AM PST georgie@hmetro.com.my Bagi yang meraikan Krismas, saat ini pasti sibuk berkunjung ke rumah teman dan saudara, makan besar dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Sememangnya tiada yang lebih bermakna daripada menikmati sepenuhnya detik indah itu. Sempena perayaan ini, RAP menggabungkan tiga selebriti sebagai penghias muka depan iaitu penyanyi Nikki Palikat, Lawrence Wong dan Mark O'Dea. Meskipun mereka bertiga datang daripada latar belakang berbeza, namun punya satu persamaan iaitu semuanya penyanyi. Nikki atau Nicolette Louisa lahir daripada program realiti Malaysian Idol musim pertama pada 2004. Hakikatnya, penyanyi berusia 29 tahun ini antara bintang realiti paling berjaya apabila meniti detik kegemilangannya tidak lama dulu. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Disember 2014 @ 3:12 AM |
Posted: 24 Dec 2014 09:24 AM PST am@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Bah semakin melimpah apabila bilangan mangsa banjir di Pantai Timur, Perak dan Perlis yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir meningkat kepada 78,498 orang sehingga 12 tengah malam ini berbanding 66,029 orang petang tadi. Di KELANTAN, 31,808 mangsa banjir daripada 9,032 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir berbanding 26,854 orang petang tadi. Memori 2004 turut kembali diperkatakan apabila air sungai Kelantan mula 'singgah' di beberapa kawasan di bandar Kota Bharu. Sehingga tengah malam ini, bulatan Tuan Padang (Bulatan Jam Besar), satu kilometer dari tebing sungai di Tambatan Diraja mula banjir dengan paras air 0.5 meter. Selain itu Jalan Temenggung turut dinaiki air setinggi 0.2 meter, Jalan Gajah Mati (0.3 meter), Jalan Tok Hakim (0.5 meter) berhampiran pusat membeli-belah Parkson dan Jalan Sultanah Zainab (0.2 meter). Berdasarkan portal ebanjir Kelantan, paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja sehingga 12 tengah malam ini kekal pada paras bahaya, meningkat 6.54 meter berbanding 6.34 meter petang tadi. Di TERENGGANU, 27,736 orang daripada 6,601 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir berbanding 22,933 orang daripada 5,560 keluarga petang tadi. Di PAHANG, 15,944 orang ditempatkan di 119 pusat pemindahan banjir di lapan daerah berbanding 14,622 orang petang tadi. Di PERAK, 2,755 orang daripada 627 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir berbanding 1,650 orang daripada 414 keluarga petang tadi. Di PERLIS, mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 255 orang berbanding 143 orang petang tadi. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |