Awas STAGG datang |
- Awas STAGG datang
- Bapa pula kena tikam
- Dua pesan terakhir
- Perkosa mayat anak tiri
- Gagal ikut rancangan
- Natasha nafi tinggal karier
Posted: 07 Dec 2014 02:09 PM PST Kuala Lumpur: Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilancarkan semalam akan memberi tumpuan kepada operasi khas menjejaki 'jerung' atau penjenayah besar seperti ketua kongsi gelap dan dalang sindiket pelacuran. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata STAGG pasukan elit ketiga ditubuhkan PDRM selepas Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING). "Sebelum ini masyarakat hanya nampak polis membanteras jenayah dengan menahan 'ikan bilis' namun dengan penubuhan STAGG kita akan menjejaki 'jerung' maksiat, judi haram dan kongsi gelap untuk membanteras jenayah ini dengan lebih berkesan," katanya selepas pelancaran STAGG di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, di sini semalam. Beliau yang juga pencetus idea kepada skuad elit berkenaan berkata STAGG dianggotai seramai 220 pegawai dan anggota diketuai seorang Komander berpangkat Deputi Komisioner (DCP). Menurutnya, semua pegawai dan anggota yang terpilih itu sebelum ini bertugas di jabatan dan daerah berbeza, namun mereka kini diletakkan khas di bawah pasukan STAGG selepas menjalani temu duga dan sesi pemilihan. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 07 Dec 2014 02:08 PM PST Kuala Terengganu: Kurang 24 jam selepas menikam rakan sekerja, seorang pengawal keselamatan berusia 30 tahun bertindak menikam bapa sendiri di rumah rakannya di Kampung Tasek, Bukit Payong, Marang, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.30 malam, suspek yang sebelum ini menghilangkan diri sebaik menikam dada rakan sekerjanya di Kuala Ibai, Jumaat lalu, menikam pula dada bapa kandungnya malam kelmarin ketika bersembunyi di rumah rakannya. Bapa mangsa yang berusia 68 tahun berkata, kejadian berlaku ketika dia cuba memujuk anak kedua daripada sembilan beradik itu pulang ke rumah. Menurutnya, pujukan itu bukan saja tidak berkesan, malah menaikkan darah anaknya hingga bertindak luar batasan dengan menikam dadanya dengan pisau hingga berlubang. "Selepas mengetahui anak saya menikam rakan sekerjanya di tempat kerja di Kampung Kuala Ibai daripada seorang pengawal keselamatan di kawasan itu, tanpa berlengah, saya terus mencarinya sebelum menemui dia mengayuh basikal di Kampung Tasek. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 07 Dec 2014 02:07 PM PST Melaka: "Awal pagi Sabtu lalu, suami berpesan supaya saya tidak mengambil gaji bulan Januari miliknya, sebaliknya tunggu sehingga dia pulang hujung Februari ini kerana wang itu akan digunakan untuk kami menunaikan umrah akhir Jun nanti," kata isteri Koperal Azman Che Soh, Fatimah Senik, 30. Itu pesanan terakhir anggota komando Azman, 34, dari 11 Rejimen Gerak Khas, Kem Sungai Udang, yang menyertai MALBATT 850-2 dalam Misi United Nations Interim Force (UNIFIL) di Lubnan, sebelum meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika dalam tugas, kelmarin. Fatimah berkata, selain pesanan itu, arwah turut memintanya menjaga diri dan tiga anak mereka iaitu Nor Atikah Najwa, 8, Khairul Farhan, 5, dan Nurul Atikah Ayuni, 4, ketika membuat panggilan video kira-kira jam 2 pagi pada Sabtu lalu. "Ketika itu, kami berbual panjang dan dia yang akan pulang hujung Februari ini sempat berpesan supaya gaji bulan Januari tidak diambil kerana ia akan digunakan sebagai wang tambahan untuk kami menunaikan umrah Jun nanti. "Apabila panggilan video terputus, arwah menyambung perbualan menggunakan aplikasi Wechat sehingga jam 5 pagi, namun saya meminta izin untuk tidur kerana perlu membantu jiran yang melangsungkan majlis perkahwinan pagi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bertam Indah, Bertam Hulu di sini, semalam. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 07 Dec 2014 02:06 PM PST Pennsylvania: Kerana keinginan untuk mengadakan seks dengan mayat, seorang lelaki sanggup membunuh anak tirinya. Gregory Graf merakam perbuatan dia mencabuli mayat Jessica Padgett dalam kejadian bulan lalu, kata pendakwa raya Northampton County John Morganelli. Dalam kenyataannya kepada mahkamah semalam, Morganelli berkata, video itu ditemui dalam komputer tertuduh. Kali terakhir Jessica, 33, dilihat ialah pada 21 November apabila dia meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja. Graf ditangkap lima hari kemudian selepas polis menemui mayat anak tirinya itu tertanam di belakang rumah tempat dia tinggal bersama-sama ibu Jessica.-Agensi Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 07 Dec 2014 02:05 PM PST Shah Alam: "Ini persembahan terburuk kami. Itu hakikat yang terpaksa ditelan jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh selepas menyaksikan anak buahnya tewas 1-2 kepada Vietnam pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2014 di Stadium Shah Alam sekali gus menyukarkan laluan mereka ke final. Biarpun mendahului 1-0 pada minit ke-14 menerusi sepakan penalti kapten Safiq Rahim namun pasukan negara yang mendapat sokongan padu 65,000 penyokong nyata gagal membendung kepantasan pemain Vietnam. Dua gol yang berjaya dihasilkan pasukan pelawat hasil percubaan Vo Huy Toan pada minit ke-32 dan Nguyen Van Quyet (m-60) memberikan skuad kendalian jurulatih Jepun, Toshiya Miura itu dalam kedudukan selesa menantikan pertembungan kedua di Stadium Nasional My Dinh, Khamis ini. Bagi Dollah, 51, beliau cukup kecewa dengan prestasi anak buahnya yang gagal mengikut perancangannya. "Kami bermain buruk dari aspek disiplin ketika menyerang dan bertahan. Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada pemain. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 07 Dec 2014 02:03 PM PST Dia nekad untuk berhijab walaupun ketika namanya berada di puncak populariti ketika itu. Menurut Aktres Harapan, Festival Filem Malaysia ke-20 (filem Chermin), Natasha Hudson, dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya itu. Bagi pelakon jelita berdarah kacukan dan pemilik nama sebenar, Natasha Liana Hudson, 32, glamor dan populariti bukan fokus utamanya sejak pembabitannya dalam bidang seni lebih sedekad lalu. "Selepas berhijab, berkahwin dan membina keluarga, banyak perkara berubah dalam sekelip mata. Alhamdulillah, banyak yang saya impikan dalam hidup juga sudah tercapai sekarang. "Saya juga berasa bahagia dan lebih tenang dengan kehidupan sederhana yang dikecapi ketika ini," katanya. Akui Natasha, kehadiran dua cahaya mata, Neesa Helena, 6, dan Naeema, setahun lapan bulan juga memberikan sesuatu yang lebih bermakna dalam hidupnya. "Saya juga ingin mencuba beberapa perkara lain yang saya tidak dapat lakukan dulu untuk masa depan. Sebagai anak seni, saya sangat mementingkan kepuasan pada diri dan peminat. Populariti itu hanya bonus dalam karier seni," katanya. Ditanya sama ada dia sudah memperlahankan aktiviti seni, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin ke-26 (filem Lemak Kampung Santan) ini menafikannya. "Saya tidak pernah membuat kenyataan sudah memperlahankan aktiviti seni atau meninggalkan bidang seni kerana ia sudah sebati dalam diri. Sebenarnya, saya tidak pernah merancang karier seni dan lebih suka mengikut arus. "Selepas berhijab, saya reda dengan ketentuan Allah SWT dan apa yang sudah tertulis dalam hidup," katanya. Selepas kelahiran anak kedua dan selepas berhijab hampir tiga tahun, Natasha berkata, dia masih menerima tawaran berlakon. "Kali terakhir ialah ketika usia kandungan anak kedua mencecah tiga bulan. Lakonan terakhir ialah watak pembantu dalam filem genre komedi Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin yang diterajui aktor popular Shaheizy Sam dan Siti Saleha. "Saya percaya dengan rezeki dari Allah SWT. Walaupun sudah berhijab, pengarah dan produser di luar sana masih beri kepercayaan pada saya untuk berlakon dalam filem mereka. "Filem terakhir lakonan saya sebelum berhijab ialah Lemak Kampung Santan yang turut membawa tuah pada saya dengan membawa pulang trofi, baru-baru ini," katanya. Apapun, kata Natasha keutamaannya tetap pada rumah tangganya dan suami, komposer dan penyanyi hip hop, Mohd Khalid Mohd Kamal atau Carleed Khaza. "Saya bersyukur kerana suami sentiasa menyokong minat saya dari belakang dan berada di sisi ketika suka serta duka. Kalau ada watak yang sesuai dengan imej hijab dan status, suami tidak menghalang saya berlakon. "Tetapi akhirnya semua terletak pada diri sendiri," katanya. Natasha impi watak filem Islamik Sesuai dengan imej dan penampilan bertudung, Natasha mengakui dia berharap untuk beraksi dalam filem genre Islamik selepas ini. "Saya menanti watak dalam filem Islamik yang memiliki mesej dan impak yang mendalam kepada masyarakat. Saya tertarik dengan naskhah dan jalan cerita yang mengupas prinsip agama dan syariah," katanya. Beralih pada perkembangan bisnes pula, kata Natasha, rangkaian fesyen Muslimahnya, Dreamcloud mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai terutama pengikut fesyen hijab. "Buat masa ini, bisnes fesyen Muslimah saya juga fokus secara 'online' seperti di fashionvalet dan Modvier concept store di Jalan Riong, Bangsar. Media sosial banyak memainkan peranan besar dalam membantu mempromosikan fesyen Muslimah ini. "Selain menjimatkan kos kerana tidak perlu ada kedai, saya juga mempunyai lebih banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga. Kadangkala ada juga kami menganjurkan seminar atau expo Islam yang membabitkan pelanggan setia Dreamcloud," katanya. Perkembangan lain, Natasha kini menuntut di tahun kedua dalam jurusan keagamaan di Arees University. "Saya memutuskan untuk mendalami agama Islam kerana tidak mahu sekadar berhijrah saja, tetapi tiada perubahan dalam kehidupan. Buat masa ini saya baru selesai pengajian peringkat diploma dan kini menyambung dalam diploma lanjutan pula. "Universiti ini masih baru di Malaysia dan fokus pada kursus online dan fizikal. Pengasasnya pula dari Syria," katanya. Pada masa sama, kata Natasha, sejak tiga tahun lalu dia dan suami turut mengisi masa dengan menghadiri konvensyen Islam. "Ilmu seperti ini tidak boleh dilewatkan dan makin lama saya semakin dahaga untuk mendalami ilmu agama. Saya juga gembira kerana suami belajar sekali," katanya. |
You are subscribed to email updates from utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |