Warga emas ditahan bersama senapang

Warga emas ditahan bersama senapang


Warga emas ditahan bersama senapang

Posted: 18 Oct 2014 02:25 PM PDT

Kuala Pilah: Polis menahan seorang warga emas berhubung kejadian seorang pemikat ayam hutan parah terkena tembakan peluru sesat dalam kejadian di Kampung Tengkek, dekat sini, jam 9 pagi, kelmarin.

Lelaki berusia 78 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Kasau, Tengkek, jam 4 petang hari sama bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim dihubungi berkata, sejurus maklumat kejadian diterima, pasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah mengesan suspek.

"Polis turut merampas selaras senapang patah, lapan kotak peluru penabur pelbagai saiz dan model serta sepasang pakaian yang dipakai suspek ketika kejadian.

"Atas faktor usia, suspek dilepaskan dengan dijaminan keluarganya sejurus keterangan lengkap dirakam pegawai penyiasat kes," katanya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

ABD Aziz cedera selepas terkena tembakan.

ABD Aziz cedera selepas terkena tembakan.

Cuma nak tolong

Posted: 18 Oct 2014 02:24 PM PDT

am@hmetro.com.my

Jasin: "Saya nekad mengejar penjenayah itu atas dasar kemanusiaan selepas melihat tindakan mereka yang mencurigakan tanpa memikirkan risiko dihadapi," kata Nor Mohd Idris Mohammad, 30, penjual burger yang ditembak di kaki dalam cubaan samun di Bukit Tembakau Indah, Umbai, di sini, Rabu lalu.

Nor Mohd Idris berkata, ketika kejadian dia tidak mengetahui penjenayah berkenaan bersenjatakan pistol dan niatnya hanya ingin membantu mangsa selain cuba menahannya.

"Saya terpanggil melakukan sesuatu selepas melihat tindakan penjenayah itu, tetapi tidak sangka dia bersenjatakan pistol dan melepaskan tembakan.

"Saya sedar tindakan saya itu berisiko kepada diri dan keluarga, tetapi menjadi tanggungjawab kita membantu mereka yang memerlukan," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun tindakannya itu mengundang pelbagai maklum balas daripada orang ramai, namun dia menjalankan tanggungjawab bagi membantu mangsa yang turut dicederakan penjenayah.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

NOR Mohd Idris menunjukkan bahagian buku lali kaki kanannya yang terkena tembakan.

NOR Mohd Idris menunjukkan bahagian buku lali kaki kanannya yang terkena tembakan.

Komen pedih menjadi motivasi

Posted: 18 Oct 2014 02:22 PM PDT

hellinie@hmetro.com.my

Di sebalik solekan menghiasi wajahnya, pelakon kecil molek, Risteena Munim, 25, tidak dapat menutup kelesuan wajahnya.

Malah, dia akui akhir-akhir ini sangat sibuk dengan penggambaran drama dan telefilem hingga jelas menampakkan keletihan pada wajahnya.

Dalam senyuman terukir di wajahnya, Risteena mengucap syukur atas rezeki diterima. Namanya mula jadi perhatian selepas menjayakan drama rantaian Playboy Itu Suamiku.

Ramai juga tidak berpuas hati dan mempertikaikan populariti yang diterima secara mendadak dalam tempoh dua tahun dalam industri.

Resteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas mengakui komen negatif mereka, malah tidak pernah terbit rasa marah dengan semua itu.

"Saya hanya tersenyum setiap kali ada yang berkata seperti itu kerana saya percaya pada rezeki. Ketika berlakon drama itu, saya baru lapan bulan bergelar pelakon. Masih banyak yang perlu saya pelajari.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Magnet mek Siam

Posted: 18 Oct 2014 02:15 PM PDT

shamsulmunir@hmetro.com.my

Songkhla (Selatan Thailand): Kecantikan, kelembutan dan layanan mesra wanita Siam selain kos pernikahan rendah umpama magnet bagi segelintir lelaki Malaysia, termasuk golongan kenamaan (VIP), untuk menjadikan mereka sebagai suri hidup.

Tarikan istimewa itu terbukti apabila siasatan Metro Ahad mendapati jumlah lelaki Malaysia yang berkahwin dengan wanita negara jiran itu menunjukkan peningkatan berdasarkan jumlah pendaftaran pernikahan sejak awal tahun ini sehingga Ogos lalu berbanding tempoh sama, tahun lalu.

Jurucakap Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla berkata, sepanjang tempoh itu, kira-kira 300 pendaftaran pernikahan lelaki Malaysia dengan wanita Thailand iaitu peningkatan 14 peratus di wilayah ini.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk perkahwinan yang tidak didaftarkan, sekali gus menjadikan bilangan sebenar mungkin sekali ganda.

Menurutnya, ini kerana ada juga perkahwinan antara lelaki Malaysia dengan wanita Thailand tidak didaftarkan di pejabat konsul disebabkan beberapa masalah lain, termasuk tidak mendapat maklumat sepenuhnya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

USTAZ Shamsudin menikahkan salah satu pasangan di Thailand.

USTAZ Shamsudin menikahkan salah satu pasangan di Thailand.

Belalai air cetus gempar

Posted: 18 Oct 2014 02:12 PM PDT

rabiatul@hmetro.com.my

Bintulu: Penduduk daerah ini gempar berikutan fenomena belalai air berlaku berhampiran pantai Kidurong, di sini, semalam.

Fenomena yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi antara 10 hingga 15 minit itu menjadi viral apabila dirakam individu yang menyaksikan kejadian berkenaan sebelum memuat naik di laman sosial.

Malah, ada segelintir yang terkeliru dengan fenomena itu dan menganggapnya puting beliung.

Penduduk Leonard Mike, 27, berkata, ketika kejadian dia berada dalam kereta untuk ke tempat kerja di bandar ini.

Katanya, ketika melalui jalan pesisir pantai, dia terkejut apabila melihat awan berkumpul dan ada pusaran bersambung dengan permukaan air.

"Saya sangkakan puting beliung tetapi tiada angin kuat dan teringat dengan kejadian seakan-akan sama berlaku di Semenanjung, baru-baru ini. Saya membuat anggapan ia fenomena biasa berlaku di laut.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

FENOMENA belalai air di pantai Kidurong, semalam.

FENOMENA belalai air di pantai Kidurong, semalam.

Wajib menang

Posted: 18 Oct 2014 02:03 PM PDT

sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pemain Tok Gajah tidak mempunyai pilihan kecuali menang pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang bakal berlangsung di Stadium Darulaman, malam ini.

Kegemilangan dilakar pada final tahun lalu masih segar dalam ingatan anak buah Zainal Abidin Hassan itu dan peluang terhidang musim ini tidak akan dilepaskan begitu saja.

Hakikat itu diakui ketua pasukan Pahang, Razman Roslan yang mengakui prestasi pemain berada di kemuncak dalam usaha mencatat kejayaan berganda selepas menjulang Piala FA sebelum ini.

Razman berkata, walaupun kehilangan tiga pemain utama, itu bukan penghalang buat Pahang mempamerkan persembahan terbaik yang diharapkan berakhir dengan kemenangan selesa.

"Walaupun bakal berhadapan tentangan sengit pemain Kedah yang membariskan ramai pemain muda, namun saya yakin kejayaan tetap akan berpihak kepada Tok Gajah.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

SKUAD Tok Gajah buru bekalan selesa di Alor Setar.

SKUAD Tok Gajah buru bekalan selesa di Alor Setar.