Lari badan berasap

Lari badan berasap


Lari badan berasap

Posted: 13 Oct 2014 02:23 PM PDT

yusmawati_yusof@hmetro.com.my

Melaka: Seorang lelaki bukan sekadar gagal mencuri peralatan di sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) malah menanggung azab apabila badannya melecur 80 peratus selepas terkena renjatan elektrik di Bachang, di sini, semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa berusia 39 tahun yang melecur ditemui orang awam ketika sedang berlari dari kawasan pencawang ke warung berhampiran dalam keadaan tubuh berasap untuk meminta bantuan.

"Melihat keadaan tubuh dan pakaian lelaki itu yang kehitaman, orang awam menyangkakan dia terjatuh ke dalam longkang, namun sebaik didekati tubuhnya berbau hangit.

"Disyaki lelaki itu terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri peralatan di dalam pencawang kerana beberapa barangan antaranya basikal dan beg galas mengandungi telefon bimbit serta gunting dipercayai miliknya ditemui di dalam pencawang terbabit," katanya di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Idam guru bahasa Arab

Posted: 13 Oct 2014 02:20 PM PDT

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: "Saya ingin memperoleh keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) ini bagi mencapai cita-cita sebagai guru bahasa Arab," kata Muhamad Qayyim Nizar Sarimi, 15, pelajar orang kelainan upaya (OKU) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor, di sini, semalam.

Muhamad Qayyim satu-satunya pelajar istimewa cacat penglihatan yang belajar di sekolah aliran agama dan menduduki PT3 menggunakan bantuan peralatan Braille di negeri Kelantan bagi tahun ini.

Muhamad Qayyim berkata, dia sudah membuat persiapan rapi bagi menduduki peperiksaan itu dengan membuat ulang kaji bersama rakan di asrama sekolah.

"Bantuan peralatan seperti Braille, kalkulator dilengkapi sistem bunyi dan alat pendengaran disediakan pihak sekolah memberi kemudahan untuk menduduki peperiksaan terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Muhammad Qayyim menggunakan mesin Braille.

Muhammad Qayyim menggunakan mesin Braille.

Bunuh kekasih ibu

Posted: 13 Oct 2014 02:15 PM PDT

am@hmetro.com.my .

Kulim : Seorang remaja lelaki yang berang apabila mendapati seorang lelaki warga Nepal yang dipercayai kekasih ibunya berada dalam rumahnya di Taman Bersatu, di sini, menikam mangsa di dada kirinya sehingga mati, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, mangsa, Kamal Singh, 27, berada di rumah wanita berusia 37 tahun itu sambil berbual di ruang tamu rumah berkenaan, manakala dua anak perempuannya yang berusia enam dan 17 tahun tidur dalam sebuah bilik.

Difahamkan, mangsa dan wanita berkenaan adalah rakan sekerja di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kulim, di sini, sejak beberapa tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, ketika mangsa berada di ruang tamu bersama wanita terbabit, anak lelaki wanita berkenaan yang berusia 18 tahun baru pulang bersama rakannya dan terkejut melihat mangsa berada di dalam rumahnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Anggota polis mengangkat mayat lelaki warga Nepal yang maut ditikam di Taman Bersatu, Kulim.

Anggota polis mengangkat mayat lelaki warga Nepal yang maut ditikam di Taman Bersatu, Kulim.

Dollah tak kisah

Posted: 13 Oct 2014 02:15 PM PDT

aziman@hmetro.com.my.

Kuala Lumpur: Jurulatih Dollah Salleh menyifatkan lebih 'beruntung' meskipun perlawanan persahabatan antarabangsa skuad Harimau Malaya dengan Filipina pada 8 November dibatalkan.

Aksi menentang Filipina itu pada mulanya sebagai pengganti Jordan yang menarik diri pada 11 Oktober lalu, namun atas sebab tertentu skuad Azkals pula tidak dapat memenuhi permintaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Namun Dollah, 50, yang sudah menyenaraikan 25 pemain bagi sesi latihan pusat untuk menghadapi perlawanan itu menganggap pembatalan perlawanan dengan Filipina itu tidak menjejaskan persiapannya membentuk pasukan bagi menghadapi kejohanan Piala AFF di Singapura November ini.

"Saya sebenarnya lebih beruntung kerana tanpa perlawanan itu, saya mendapat lebih masa melatih pemain. Saya dapat fokus kepada sesi latihan, taktikal dan strategi bersama skuad kebangsaan dan perkara itu lebih penting bagi saya," katanya yang dilantik selaku jurulatih 1 Julai lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

SKUAD negara miliki banyak masa bina keserasian sebelum Piala AFF.

SKUAD negara miliki banyak masa bina keserasian sebelum Piala AFF.

Terkapai-kapai ditarik air

Posted: 13 Oct 2014 02:10 PM PDT

am@hmetro.com.my

Sungai Petani : "Sebelum kejadian itu, Mohd Izammi sempat berseloroh bahawa hari ini (semalam) adalah hari terakhirnya bersama kami semua," kata Mohd Syazwan Jamil, 17, rakan kepada dua pelajar yang dikhuatiri lemas ketika memancing di Pantai Merdeka, Kuala Muda, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari, mangsa, Mohd Hazwan Shaudin dan Mohd Izammi Ahmad Husaini, masing-masing berusia 16 tahun, dikhuatiri lemas ketika memancing di pantai berkenaan.

Empat lagi rakan mereka yang turut memancing ialah Mohd Syazwan, Mohd Saiful Anuar Abd Razak, Mohd Syazmi Jamil dan Mohd Afiq Syazwan, juga semuanya berusia 16 tahun.

Difahamkan, pancing milik Hazwan tersangkut pada kayu lalu mangsa terjun ke dalam laut bagi menanggalkannya, namun secara tiba-tiba mangsa ditarik air menyebabkan Izammi yang menyaksikan kejadian itu bergegas terjun ke dalam laut bagi menarik rakannya, namun dia turut ditarik air.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

PASUKAN penyelamat memeriksa lokasi Mohd Hazwan dan Mohd Izammi hilang ketika memancing di Pantai Merdeka.

PASUKAN penyelamat memeriksa lokasi Mohd Hazwan dan Mohd Izammi hilang ketika memancing di Pantai Merdeka.

Hasrat Lia tertunai

Posted: 13 Oct 2014 02:01 PM PDT

yati@hmetro.com.my

Tidak kenal erti jemu membina nama untuk dikenali sebagai pelakon, kini Lia Natalia mengakui dia semakin selesa dengan perkembangan karier seninya. Meskipun tidak mengejar populariti, Lia gigih mengorak langkah.

Empat tahun menceburi industri seni tanah air, gadis berusia 22 tahun ini amat bersyukur kerana rezekinya dalam lakonan kian menyerlah di mana dia muncul dalam dua drama mengisi slot Akasia di TV3.

Anak jati kelahiran Tawau, Sabah ini berkata, biarpun dia tidak menerajui karakter utama namun sebagai pelakon wanita baru Lia berpuas hati dengan tawaran yang diterimanya.

"Saya baru habis berlakon drama untuk slot Akasia sebanyak 32 episod, Bila Hati Berbicara dengan melakonkan watak pembantu sebagai Masitah. Kini, saya terbabit untuk satu lagi drama slot sama.

"Saya baru habis penggambaran babak bulan madu di Langkawi untuk drama Istikharah Cinta di bawah arahan Azmi Hata. Drama sebanyak 28 episod itu memberi peluang kepada saya melakonkan watak Alisya," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.