Enam sekeluarga terbunuh

Enam sekeluarga terbunuh


Enam sekeluarga terbunuh

Posted: 04 Oct 2014 04:52 PM PDT

Rompin: Enam sekeluarga terkorban ketika dalam perjalanan pulang menyambut Aidiladha di kampung halaman mereka dalam kemalangan di Kilometer 142.8 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Cenderawasih, kira-kira 8 malam tadi.

Kemalangan berkenaan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah bas ekspres, Perodua Myvi dan Perodua Alza.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata enam sekeluarga terbabit yang menaiki Alza dalam perjalanan dari Segamat, Johor, menuju ke Kuantan.

Sehingga malam tadi, katanya, identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan semua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Foto


"Kejadian berlaku apabila Perodua Alza yang dinaiki enam sekeluarga iaitu tiga lelaki, dua perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan itu secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.


"Akibatnya, kenderaan berkenaan merempuh bas yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat. Perodua Myvi yang berada di belakang Alza berkenaan tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan itu," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Mangsa yang maut

1) Azhar Mat Ali
Umur: 43 tahun
Alamat : No. 22 Kg Parit Pasir Lama 81500 Pekan Nenas Johor.

2) Siti Habibah Kasbon
Umur: 43 tahun
Alamt: No. 246 Blok 10 Felda Air Tawar 5, 81900 Kota Tinggi Johor.

3) Zaliha Johar
Umur: 42 tahun
Alamat: No. 22 Kg Parit Pasir, 81500 Pekan Nenas, Johor.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

Ajal dua beradik

Posted: 04 Oct 2014 04:52 PM PDT

Bukit Mertajam: Dua beradik maut selepas terjatuh dalam lubang sedalam kira-kira dua meter berhampiran rumah mereka di Kampung Pelet, Kubang Semang, di sini, kira-kira 5.30 petang ini.

Dua beradik itu, Muhammad Shazriel Naufal Rahizal, empat tahun, dan adik perempuannya, Nur Shazreen Rahizal, dua tahun, ditemui lemas tetapi hanya menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM).

Difahamkan, ketika itu hujan lebat dan dua beradik berkenaan kemungkinan tergelincir dalam lubang yang digali untuk pembinaan rumah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Superintendan Baharom Abu mengesahkan kejadian terbabit.

Foto

Ahli keluarga mangsa berada di rumah mayat Hospital Bukit Mertajam. Gambar kecil,


Menurutnya, kedua-dua mayat kini berada di HBM untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

Korban sungai golok

Posted: 04 Oct 2014 04:51 PM PDT

Pasir Mas: Seorang ibu ditemui lemas manakala dua anaknya dikhuatiri tenggelam apabila bot yang dinaiki bersama 12 penumpang terbalik di Sungai Golok berdekatan Pekan Mundok, Thailand, bersempadan dengan Bukit Lata, Rantau Panjang, 3.50 petang, hari ini.

Jasad Rosniwati Zakaria, 37, ditemui 500 meter dari lokasi kejadian jam 5.45 petang, pada hari yang sama, manakala dua anaknya, dua anaknya Wan Nurdina Malia Wan Azli,10 dan Wan Norhabib Naufal Wan Azli, 6, masih belum ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang,mRahmat Kamaruzaman, berkata jasad wanita itu ditemui tersangkut di tebing sungai berkenaan dan kemudiannya dihantar di Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

"Usaha mencari dan menyelamat dua lagi mangsa diberhentikan jam 7.30 malam dan akan bersambung jam 8 pagi esok. Bagaimanapun, anggota bomba akan ditempatkan di lokasi kejadian," katanya.

Foto

Foto

ANGGOTA Bomba mengangkat jenazah Allahyarham Rosmiwati Zakaria, 38 yang lemas selepas perahu yang dinaikinya terbalik di Sungai Golok dekat Bukit Lata ketika pulang dari Pekan Munduk. FOTO Nik Abdulklah Nik Omar


Bot berkenaan dikatakan dinaiki 15 penumpang rakyat Malaysia yang hendak menyeberang ke Rantau Panjang di sebelah Malaysia.


Jurucakap Bomba berkata, bagaimanapun secara tiba-tiba bot yang dinaiki itu terbalik.

"Dalam kejadian itu, 12 orang berjaya menyelamatkan diri. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan," katanya.

Bot dinaiki 15 rakyat Malaysia itu dikatakan sedang menyeberang sungai itu untuk pulang ke Rantau Panjang.

Jurucakap Bomba berkata, bagaimanapun secara tiba-tiba bot yang dinaiki itu terbalik.

"Dalam kejadian itu, 12 orang berjaya menyelamatkan diri manakala tiga lagi masih hilang. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

Berhenti hantar atlet kelas B

Posted: 04 Oct 2014 03:05 PM PDT

Incheon: Kualiti melebihi kuantiti. Itulah pendekatan yang patut digunakan Malaysia bermula sekarang bagi menghantar kontinjen ke mana-mana temasya besar antarabangsa seperti Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik.

Kegagalan memenuhi mahupun menyamai sasaran pada temasya Sukan Asia Incheon kali ini harus membuka mata banyak pihak terutama persatuan sukan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Lapan emas yang disasarkan hanya menghadirkan lima malah ia seolah-olah satu trend selepas kegagalan sama pada temasya Sukan Komanwel Glasgow apabila kontinjen negara pulang dengan enam emas, kurang satu daripada sasaran awal.

Bayangkan 277 atlet negara yang bertanding dalam 25 acara sukan di Incheon hanya mampu membawa pulang lima emas, 14 perak dan 14 gangsa.

Foto

SAYANGNYA Skuasy tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik.


MOM tidak patut lagi menghantar atlet menerusi Kategori B sebaliknya semua atlet yang bertanding pada temasya besar mereka yang sememangnya layak dan mampu mengutip pingat.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/05

Masih aktif berlakon

Posted: 04 Oct 2014 02:51 PM PDT

Dia antara selebriti muda yang berani dalam berfesyen dan pernah ditegur peminat apabila tampil seksi dalam bebarapa acara.

Itu kisah dulu tapi kini pelakon Ummi Nazeera, 24, jauh berubah. Ramai memuji imej barunya yang manis bertudung ketika menjadi pengacara Nona bersama Fara Fauzana, Julai lalu.

Tiada lagi baju menampakkan lengan dan kaki, sebaliknya Ummi selesa menggayakan jubah atau baju kasual mengikut syariat.

Kata Ummi, perubahan dilakukan secara perlahan-lahan sejak belajar di Melbourne, Australia. Sejak tiga tahun lalu, dia mula mencari agama, belajar al-Quran, mendengar tazkirah dan menghadiri kelas agama.


Bagaimanapun, penghijrahan sepenuhnya dari segi luaran dilakukan pada Mei 2013.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/05