Mati rebut kawasan edar dadah

Mati rebut kawasan edar dadah


Mati rebut kawasan edar dadah

Posted: 07 Oct 2014 01:11 PM PDT

Tasek Gelugor: Dendam lama dan perebutan kawasan menjual dadah dipercayai punca seorang lelaki warga Myanmar maut ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di Ladang Malakof, Pokok Machang, Tasek Gelugor, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui mati dengan kepalanya terbelah manakala kedua-dua tangan hampir putus.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, siasatan awal mendapati suspek berang kerana mangsa menguasai kawasan berkenaan dengan menjadi pengedar dadah kepada rakan senegara mereka.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakan didatangi kumpulan lelaki terbabit yang bersenjata tajam.

Foto

ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke hospital bagi dibedah siasat.


"Rakan mangsa bagaimanapun sempat melarikan diri dan meminta bantuan penduduk kawasan itu," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08

Mr David kaki kelentong

Posted: 07 Oct 2014 12:25 PM PDT

Kuala Lumpur: Menyamar sebagai ejen rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mahupun pegawai kastam menjadi taktik ampuh digunakan individu tidak bertanggungjawab untuk menipu orang ramai kononnya menawarkan kenderaan mewah dan telefon bimbit dengan harga murah sebelum menghilangkan diri.

Harian Metro difahamkan suspek yang menyamar sebagai ejen rasmi menjual kereta itu tidak akan bertemu dengan mangsanya sebaliknya hanya berurusan melalui panggilan telefon. Suspek akan menghilangkan diri selepas menerima deposit wang ataupun tempahan.

Manakala bagi kes penipuan penjualan telefon bimbit, ada kes suspek yang menyamar sebagai pegawai kastam dilapor menggunakan pejabat JKDM untuk memperdaya mangsanya.

Bagi kes penipuan penjualan telefon bimbit yang dilaporkan berlaku hujung tahun lalu itu, sumber JKDM memberitahu Harian Metro bahawa suspek menggunakan pejabat kastam di Kelana Jaya untuk meyakinkan mangsanya.

Foto

SEORANG mangsa penipuan menunjukkan laporan polis dan mesej yang diterima melalui telefon bimbit.


"Suspek yang mendakwa mahu menjual telefon bimbit seperti Blackberry ataupun Iphone dengan harga murah akan meminta mangsa (pembeli) bertemu dengannya di pejabat kastam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08

Kecut perut balik asrama

Posted: 07 Oct 2014 12:10 PM PDT

Sepang: "Hanya semata-mata mahu mengambil buku pelajaran, kami memberanikan diri kembali ke kawasan asrama untuk mengambilnya. Untuk masuk ke sana, kami perlu melalui kawalan ketat yang dilakukan oleh kumpulan pemberontak," kata Abdullah Irfan Ahmad Dziauddin, 23.

Abdullah Irfan ialah seorang daripada pelajar Malaysia yang mengikuti Kursus Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Maahad Oxford, Sana'a, Yaman serta pulang ke negara ini berikutan pergolakan politik di negara itu.

Dia yang melanjutkan pengajian di sana kira-kira setahun berkata, keadaan tegang menyebabkan pihak universiti perlu berurusan dengan kumpulan pemberontak bagi membolehkan pelajar memasuki kawasan asrama untuk mengambil barangan peribadi.

"Rundingan yang dibuat juga mengambil masa agak lama dan kami terpaksa menunggu. Selepas dibenarkan masuk, kami perlu melalui pemeriksaan oleh kumpulan pemberontak yang lengkap bersenjata.

Foto

KUMPULAN pertama warga Malaysia dari Yaman yang dilanda krisis politik berdoa apabila tiba di KLIA.


"Sepanjang berada di dalam asrama, saya mengambil barangan peribadi termasuk buku dan kitab. Saya menyedari ada barangan lain seperti baju yang hilang termasuk rakan lain turut kehilangan barangan berharga," katanya ketika ditemui pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08

Calon baru hujung tahun?

Posted: 07 Oct 2014 10:58 AM PDT

Kuala Lumpur: Kedudukan Datuk Seri Zolkples Embong selaku Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) menjadi tanda tanya apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dikhabarkan bakal menggantikan beliau menjelang hujung tahun ini.

Menurut sumber, jawatan Ketua Pengarah itu akan diiklankan di akhbar sebelum calon yang disenarai pendek ditemu duga.

Semua proses itu akan bermula dalam tempoh terdekat ini selepas semua kertas kerja berkaitan selesai. Nama penggantinya dijangka diumum pada Disember.

Zolkples menjadi sasaran pengkritik, penganalisis serta peminat sukan selepas kontinjen negara gagal menepati sasaran emas di dua temasya berturut-turut, Sukan Komanwel Glasgow dan Sukan Asia Incheon.

Foto

ZOLKPLES jadi sasaran pengkritik dan penganalisis sukan.


Menurut sumber berkenaan, tindakan mengisi jawatan Ketua Pengarah itu melalui proses terbuka belum pernah dibuat mana-mana Menteri Belia dan Sukan sebelum ini kecuali Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08

Ramona sanggup tolak tawaran

Posted: 07 Oct 2014 07:18 AM PDT

Memulakan langkah dalam bidang seni pada usia belasan tahun namu baru kini Ramona Zamzam rancak mengatur langkah kerana sebelum ini dia terikat dengan tanggungjawabnya sebagai pelajar di sebuah kolej swasta. Itu pun dilakukan selepas dia tamat pengajian diploma Pentadbiran Perniagaan.

Berpegang pada janji dengan ibu bapanya, dia berjaya menamatkan pengajiannya pada peringkat diploma dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan dan sedang berkira-kira untuk menyambung pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana.

"Saya bercadang mahu sambung belajar tahun depan di salah satu institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dalam jurusan sama. Saya mahu melengkapkan pengajian yang belum selesai kerana menuntut ilmu tidak pernah habis.

"Apatah lagi di universiti yang kampus induknya terletak di Petaling Jaya itu memberi peluang kepada saya melengkapkan ijazah dan sarjana dalam tempoh tiga tahun saja. Bahkan, ia boleh dilakukan secara separuh masa dan tidak mengganggu aktiviti lakonan saya.

Foto


"Saya terfikir untuk menyambung pelajaran ini disebabkan usia masih muda dan belum terikat dengan komitmen berkeluarga. Apatah lagi menuntut ilmu bukanlah perkara yang merugikan pun," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08