Ibu Hishammuddin meninggal dunia |
- Ibu Hishammuddin meninggal dunia
- Umpan hadiah loteri
- Bersatu jua akhirnya
- Rombak MSN, ISN
- Rai Aidiladha bersama keluarga
Ibu Hishammuddin meninggal dunia Posted: 03 Oct 2014 02:53 PM PDT Kuala Lumpur: Ibu kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tun Suhailah Mohd Noah, 82, kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Damansara dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam ini. Difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua dan dijangka dibawa ke kediamannya di Jalan Changkat Tunku, di sini. Jenazah dibawa keluar dari hospital menuju ke kediaman Allahyarham pada jam 1.40 pagi menggunakan van jenazah istiadat milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kawalan polis trafik. Allahyarham adalah balu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn. JENAZAH Tun Suhailah Tan Sri Mohamad Noah (gambar kecil) dibawa keluar dari Hospital Pakar Damansara. |
Posted: 03 Oct 2014 02:43 PM PDT Kuala Lumpur: Satu sindiket penipuan 'Macau Scam' dikesan menjual nama Syarikat Penerbangan AirAsia bagi memperdaya orang ramai kononnya mangsa memenangi cabutan loteri berjumlah ratusan ribu ringgit. Mangsa cuba diperdaya sindiket itu yang mengumpan mereka melalui kiriman e-mel yang dihantar secara rawak. Ketua Bahagian Perundangan Kumpulan AirAsia Amir Faezal Zakaria berkata, pihaknya menerima sekurang-kurangnya tiga aduan daripada pelanggan yang menghubungi syarikat berkenaan selepas menerima e-mel dikirim individu menggunakan nama JK Allen dan Jimmy Chan. Beliau yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas membuat laporan polis pagi semalam menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan tawaran palsu atas nama syarikat AirAsia. AMIR �Faezal menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat pihaknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04 |
Posted: 03 Oct 2014 01:05 PM PDT Sepang: Selepas lebih dua bulan menanti, kepulangan jenazah seorang mangsa tragedi penerbangan MH17 Matthew Ezekial Sivagnanam semalam akhirnya menyatukannya kembali dengan ibu bapanya yang terkorban dalam nahas sama. Matthew adalah antara lima jenazah mangsa MH17 yang tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta diberi penghormatan negara di sini, pagi semalam. Sebelum ini, jenazah ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan tahun itu, Paul Rajasingam Sivagnanam dan Mabel Anthony Samy sudah dibawa pulang ke tanah air dalam kumpulan pertama jenazah yang tiba di Malaysia pada 22 Ogos lalu. Jenazah ibu bapa Matthew disimpan di Pusat Peringatan Nirvana Shah Alam bagi menunggu mayat anak mereka ditemui serta dibawa pulang untuk dikebumikan bersama-sama. SAUDARA-mara mengangkat keranda mendiang Matthew untuk penghormatan terakhir di Bangsar Park. Gambar kecil, Matthew.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04 |
Posted: 03 Oct 2014 12:07 PM PDT Putrajaya: "Kita perlukan pendekatan baru, mungkin juga orang baru." Demikian bayangan diberikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mungkin mengambil tindakan drastik termasuk menggantikan individu tertentu berikutan kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran pingat emas di dua temasya sukan berprestij, Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Kedua-dua temasya itu berada di bawah Program Atlet Elit 2011-2014 yang bertujuan menyediakan atlet negara bagi menghadapi kejohanan berkenaan. Ditanya siapakah yang dimaksudkan itu, Khairy berkata, ia lebih menjurus kepada individu dalam Majlis Sukan Negara (MSN) serta Institut Sukan Negara (ISN) yang berada di bawah bidang kuasanya dan bukannya persatuan sukan. KHAIRY (kanan) mahu buat pembaharuan demi pembangunan sukan negara.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04 |
Rai Aidiladha bersama keluarga Posted: 03 Oct 2014 12:03 PM PDT Esok bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1435, seluruh umat Islam akan menyambut Aidiladha atau turut dikenali sebagai Hari Raya Korban. Bagi umat Islam yang berkemampuan dan sudah cukup syarat, mereka akan menunaikan ibadah haji dan menyambut Aidiladha di Tanah Suci Makkah, sekali gus menunaikan Rukun Islam kelima itu. Penyanyi yang popular dengan lagu Persis Mutiara, Mila Jirin, 27, berkata, sambutan Aidiladha turut dinantikannya sekeluarga saban tahun. "Setiap kali tibanya musim haji, saya sentiasa berdoa semoga dapat menjejakkan kaki ke Makkah. Sebenarnya, saya sudah merancang untuk menunaikan umrah dengan keluarga tahun lalu, tetapi belum ada rezeki lagi nampaknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |