'Asal dapat untung'

'Asal dapat untung'

'Asal dapat untung'

Posted: 22 Oct 2014 02:25 PM PDT

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sukar hendak menggambarkan sikap orang kita yang apabila keluar berbelanja, tolak troli ke kereta kemudian meninggalkannya merata tempat atau apabila menaiki kereta api, nampak penumpang yang memerlukan tempat duduk tapi buat tak endah.

Paling kerap dilihat ialah sikap tidak menghiraukan pengguna lain apabila meletakkan kereta bertindih (double parking) di kawasan sesak.

Biarpun sukar diterima tetapi begitulah sikap orang kita. Apakah kita sukar untuk mengubahnya atau memerlukan satu paksaan supaya sikap itu tidak lagi menjadi amalan.

Tinjauan di beberapa lokasi di ibu negara mendapati golongan seperti itu dipercayai bersikap seolah-olah tiada pengguna lain selain dirinya apabila meletakkan kenderaan secara bertindih dan mereka 'gemar' meninggalkan troli di merata tempat selepas menggunakannya.

Sikap begini terbukti apabila penumpang wanita yang menaiki ERL memuatnaik gambar menyusukan anaknya atas lantai kereta api itu apabila hendak pulang kerja di Facebook.

Masalah tak endah ini berlaku ke atas Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Nilai dari KL Sentral ke stesen Salak Tinggi, pada 6.30 petang, 9 Oktober lalu.

Wan Noor Shila dipetik sebagai berkata: "Setibanya di Stesen Bandar Tasek Selatan, anak meragam dan mula menangis mahu menyusu, mahu atau tidak saya duduk di lantai sambil menyusukan anak.

"Kebayakan duduk di kerusi adalah orang muda dan mereka sedikit pun tidak simpati dengan keadaan dan kesusahan saya yang mempunyai anak kecil."

Mengulas mengenai perkara itu, bekas Pengarah Institusi Sosial Malaysia (ISM) dan Presiden Lembaga Kaunselor Profesional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata sikap segelintir masyarakat itu boleh diklasifikasikan sebagai tidak prihatin, mementingkan diri sendiri dan seolah-olah berada dalam dunia sendiri.

"Mereka ini saya andaikan berfikir secara `asalkan dapat dan untung'. Sebagai contoh dalam institusi kekeluargaan apabila seorang anak hanya bergantung kepada ibu bapa dalam segala aspek. Segala perkara diingini akan dipenuhi ibu bapa dan apa yang dimahukan itu akan mudah diperoleh.

"Sikap `mudah dapat' itu dijadikan sebagai budaya dan diterapkan dalam kehidupan mereka terutama di kalangan belia. Dengan itu, berlaku `asal dapat dan untung'," katanya.

Fadzil berkata, dia tidak menafikan kes membabitkan masyarakat tidak prihatin itu semakin bertambah teruk walaupun sebelum ini pelbagai kempen kesedaran sering dilakukan.

"Keadaan ini akan memberi kesan pada masa akan datang termasuk masalah sosial semakin berleluasa, nilai sosial akan bertambah teruk dan ia akan memberi kesan kepada sistem kekeluargaan.

"Negara akan mengalami kemusnahan daripada aspek nilai, sikap dan amalan iaitu amalan anti-sosial jika tidak dibendung daripada awal," katanya.

Katanya, kerajaan perlu mewujudkan dasar sosial negara yang lebih komprehensif yang boleh membawa perubahan kepada sistem sosial di negara ini.

"Dasar itu perlu dilaksanakan segera untuk mencapai negara maju menjelang 2020," katanya.

Dilema keluarga Nor Aina

Posted: 22 Oct 2014 02:23 PM PDT

Jitra: Sepasang suami isteri merayu kepada orang ramai yang prihatin bagi membantu membiayai perbelanjaan bulanan anak perempuan mereka yang menghidap sejenis penyakit saraf sejak April lalu.

Anak keempat daripada enam beradik, Nor Aina Syazwana Husna A Amir, 8, dari Kampung Tanjong Kapur, di sini disahkan menghidap `Acute Necrotizing Encephalopathy Childhood' (ANEC), selepas demam panas dan cirit birit pada 9 April lalu.

A Amir Abdullah, 44, berkata anaknya itu menerima rawatan 60 hari di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan tidak sedarkan diri 25 hari serta tidak boleh berjalan seperti sebelum ini.

A Amir yang bekerja sebagai peniaga air di tepi jalan, berkata dia dan isteri, Ku Zarina Ku Bahadun, 39, tidak boleh bekerja tetap kerana terpaksa memberi perhatian sepenuhnya kepada Nor Aina.

"Anak saya perlu minum susu khas dan perlukan lampin pakai buang dan setiap bulan saya perlukan lebih RM500 untuknya. Saya mengharapkan bantuan orang ramai untuk saya membeli keperluannya," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

A Amir berkata, pendapatan hasil perniagaannya hanyalah kira-kira RM40 sehari dan tidak cukup untuk menampung kehidupan anak-anaknya berusia tiga hinnga 16 tahun yang masih bersekolah.

"Saya ada minta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jitra tetapi mereka kata anak saya tak layak. Kad OKU (orang kurang upaya) dah dapat tetapi bantuan mereka cakap akan beri selepas anak saya sembuh dan masuk ke sekolah.

"Saya perlukan bantuan itu pada masa sekarang kerana nak beli susu khas bernilai RM139 dan memerlukan empat tin sebulan," katanya.

Dia yang baru sahaja kembali berniaga berharap orang ramai dapat membantu anaknya sebelum dia dapat mengukuhkan kembali kewangannya semula.

Ku Zarina pula berkata, anaknya sebelum ini aktif dan dilantik penolong ketua kelas di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan. - Bernama

Ku Zarina pula berkata, anaknya sebelum ini aktif dan dilantik penolong ketua kelas di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan.-Bernama

Bukan MH17

Posted: 22 Oct 2014 02:20 PM PDT

saiful.hisyam@hmetro.com.my

PENDEDAHAN video pesawat yang terhempas tersebar luas di YouTube baru-baru ini, tiada kaitan langsung dengan Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Rakaman video yang tersebar itu sebenarnya adalah sebuah pesawat tentera Iran yang terhempas berhampiran Tehran, pada 2009.

Kemalangan itu berlaku selepas pesawat berkenaan menyertai pertunjukkan udara sempena memperingati peperangan Iraq-Iran yang berlaku pada 1980-1988, pada 22 September 2009 lalu.

Rakaman berdurasi 23 saat yang dimuat naik itu, dirakamkan oleh kru pesawat jenis C-130 yang terbang berhampiran dengan pesawat yang jatuh itu.

Pesawat jenis Ilyushin IL-76MD kelihatan berapi ketika menjunam sebelum terhempas di sebuah ladang.

Kemalangan itu turut meragut nyawa tujuh anak kapal yang berada di dalam pesawat itu.

Lepas geram pada mesin ATM

Posted: 22 Oct 2014 02:06 PM PDT

Guangzhou, China: Seorang wanita menimbulkan huru-hara di sebuah kompleks beli-belah di Dongguan, Guangdong hanya kerana dia gagal membuat pengeluaran wang daripada mesin juruwang automatik, lapor media, semalam.

Walaupun tanpa menggunakan sebarang alat bantuan, wanita terbabit merosakkan mesin itu dalam beberapa minit saja.

Aksi ekstrem itu menarik perhatian ramai termasuk pegawai keselamatan yang berkumpul memerhatikan gelagat wanita terbabit.

Sesetengah daripada mereka malah mengambil gembar insiden itu.

Kejadian berkenaan turut disaksikan sekurang-kurangnya tiga pengawal, namun tiada seorang pun antara mereka cuba menghentikan tindakan wanita itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Salah makan?

Posted: 22 Oct 2014 02:03 PM PDT

ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Saya seperti tidak percaya, tetapi kalau ada pihak mahu menjatuhkannya, ia harus diperjelaskan sebaik mungkin," itulah kenyataan bekas pemain badminton negara, Muhd Hafiz Hashim mengenai isu doping dikatakan membabitkan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Menurut bekas rakan segandingan Chong Wei itu, jika seseorang ahli sukan sudah diuji positif menggunakan bahan terlarang persepsi masyarakat tetap akan menganggap perkara itu satu tindakan negatif walaupun tidak sengaja.

Semalam, agensi berita antarabangsa AFP mendedahkan pemain badminton yang juga ikon negara adalah Chong Wei walaupun Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar belum mahu mendedahkan nama atlet berkenaan berdasarkan peraturan Persekutuan Sukan Antarabangsa yang tidak akan mengeluarkan atau umumkan nama atlet terbabit sehingga ujian sampel B selesai.

"Dia mungkin tidak tahu semasa mengambil ubat atau makanan tambahan untuk mengekalkan prestasinya.

"Mungkin dia tersalah makan, tetapi secara logik dalam sukan mengambil bahan terlarang boleh dianggap satu tindakan yang tidak betul," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya