Tikam lepas beri salam |
- Tikam lepas beri salam
- Kopiah sufi kian diminati
- 'Sapu' bisnes ali baba
- Kemelut selesai
- Saya bukan klon Fahrin
Posted: 10 Oct 2014 02:53 PM PDT Kota Bharu: "Saya tidak sangka dia yang dianggap seperti anak dan sanggup tikam disebabkan hal tak diketahui," kata Che Soh Mamat, 65, yang patah tulang rusuk kiri dan cedera di bahagian dada akibat ditikam sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki berusia 41 tahun dalam kejadian di Kampung Wakaf Comel Paloh, Tanah Merah, di sini, Rabu lalu. Kejadian berlaku jam 5.45 petang ketika warga emas terbabit bersama isteri sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum didatangi seorang lelaki yang juga jirannya. Katanya, lelaki itu datang ke rumah dalam keadaan baik apabila memberi salam dan mendakwa mahu membayar hutang. "Isteri cuba bertanya kepadanya hutang apa yang mahu dibayar sebelum dia meluru masuk mendapatkan saya dan terus mengeluarkan pahat. "Dia secara tiba-tiba menikam saya tiga kali di bahagian dada, rusuk kiri dan kanan," katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM), di sini, semalam. CHE Soh menerima rawatan di HUSM.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11 |
Posted: 10 Oct 2014 02:51 PM PDT Pasir Puteh: Pada mulanya dia menghasilkan kopiah sufi Rasulullah SAW untuk kegunaan sendiri sebelum hasil tangannya itu mula mendapat perhatian ramai sehingga ke serata pelosok negeri dan luar negeri. Sehingga kini, kopiah sufi buatan Rosli Ngah, 42, itu sering ditempah pemborong termasuk dari luar negara seperti Australia, China, Indonesia dan Jepun disebabkan reka bentuknya yang unik itu. Malah, bapa kepada lima anak itu langsung tidak menyangka kopiah yang mula dihasilkan sejak 10 tahun lalu itu kini menjadi punca utama sumber pendapatannya sekeluarga. Sejak pembabitannya dalam usaha pembuatan kopiah itu, Rosli berjaya menghasilkan lebih 3,000 kopiah sufi pelbagai jenis dengan pemakainya adalah majoriti daripada pelajar pondok. KOPIAH siap dijahit dimasukkan dalam beg untuk dihantar kepada pemborong.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11 |
Posted: 10 Oct 2014 01:57 PM PDT Kuala Lumpur: Seramai 160 anggota penguat kuasa daripada lima agensi kerajaan menggempur Pasar Pudu bagi mengesan penjaja warga asing dan tanpa lesen dalam pemeriksaan 'Ops Tegas', semalam. Operasi yang dijalankan selama tiga hari itu, seramai 57 penjaja warga asing ditahan dan 46 gerai disita manakala 11 notis dikeluarkan terhadap penjaja yang didapati melakukan kesalahan termasuk penyewaan gerai kepada warga asing. Dalam operasi diketuai Bahagian Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut disertai agensi penguatkuasaan lain antaranya, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Minhad Ahmad berkata, serbuan dilakukan hasil aduan orang ramai dan langkah pemantauan jabatannya dalam membendung kegiatan penjaja warga asing. DUA anggota penguat kuasa merampas peti simpanan ais peniaga.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11 |
Posted: 10 Oct 2014 12:33 PM PDT Kelana Jaya: Kemelut antara Terengganu dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) berakhir apabila masing-masing bersetuju dengan tarikh baru perlawanan suku akhir kedua pada 16 Oktober ini. Hasil perbincangan bersama Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah dan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, kedua-dua wakil mencapai kata sepakat mengenai tarikh baru itu. Menurut Afandi, tarikh itu dipersetujui wakil pasukan masing-masing selepas berbincang dengan teliti dan mengambil kira setiap aspek. "Kita rasa bersyukur kerana berjaya membuat rumusan isu ini, ia menunjukkan gambaran jelas bola sepak Malaysia mempunyai pemimpin yang prihatin," katanya selepas mesyuarat empat jam di Wisma FAM semalam. AFANDI (kiri) mengetuai perbincangan bersama Hamidin (dua dari kiri) dan Marzuki di Wisma FAM, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11 |
Posted: 10 Oct 2014 07:48 AM PDT Susuk tubuh lampai serta wajah kacaknya bisa mengundang khayal wanita. Mereka bukan sekadar terpesona dengan personalitinya malah ditebak keraguan apakah si dia ini pelakon popular Fahrin Ahmad kerana wajah mereka seiras? Disangkakan sebagai Fahrin adalah perkara yang sering berlaku kepada Nazrief Nazri, 23, seorang lagi bakat baru persada lakonan yang bakal meledak! Berbicara mengenai gelaran klon Fahrin, Nazrief melihat perkara itu ada pro dan kontranya. "Dengan sesiapa pun saya disamakan, saya sebenarnya tidak kisah kerana soal paras rupa mana mungkin boleh dipertikaikan kerana itu kuasa Tuhan. Namun biarlah jika suatu hari dikenali, ia atas usaha sendiri bukan menumpang populariti orang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |