Geng suka tembak tumpas

Geng suka tembak tumpas


Geng suka tembak tumpas

Posted: 17 Oct 2014 02:15 PM PDT

azimfitri@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Dua penjenayah Geng Revolver dikesan sewenang-wenang berkeliaran menembak mangsa yang dirompak tanpa rasa simpati.

Kedua-dua suspek berusia 30 dan 32 tahun itu bagaimanapun licik menyembunyikan diri selepas melakukan jenayah tiga tahun lalu.

Usaha berterusan polis menjejaki penjenayah itu bagaimanapun berhasil apabila suspek akhirnya berjaya diberkas pada 2 dan 11 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata, tangkapan pertama dilakukan pada jam 9.30 malam di sebuah pangsapuri di Setapak di sini.

Menurutnya, salah seorang suspek berusia 30 tahun berjaya diberkas polis dalam serbuan mengejut itu.

"Polis turut merampas 12 peluru Revolver dan motosikal curi yang digunakan suspek untuk melakukan jenayah.

"Hasil soal siasat ke atas suspek membawa kepada penahanan rakannya berusia 32 tahun di sebuah pusat snuker di Jalan Klang Lama pada 11 Oktober lalu," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Tak benar!

Posted: 17 Oct 2014 02:15 PM PDT

aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menolak dakwaan beliau membuat perancangan awal untuk mencari penggantinya apabila melantik Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku penasihatnya.

Katanya, beliau bersedia berkongsi pengalaman dan bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Tunku Ismail tanpa ada sebarang agenda lain.

"Beliau seorang pemimpin yang bagus. Seorang yang meminati bola sepak. Saya tidak boleh meramal (pengganti), kerana tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa depan, tapi jika ada sesiapa memerlukan bantuan dan bimbingan, saya sentiasa bersedia.

"Tunku Ismail mahu bantu saya serta FAM dan kami menerimanya dengan hati terbuka. Soal beliau menjadi pengganti, itu saya tidak tahu kerana yang memilih (presiden) adalah 39 orang (perwakilan) dan bukan saya," katanya semalam.

Tengku Abdullah mengumumkan pelantikan Tunku Ismail sebagai penasihat khususnya membabitkan urusan pembangunan skuad kebangsaan dan remaja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan awal bulan ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

TENGKU ABDULLAH ingin perjuangkan hak Asia dalam FIFA.

TENGKU ABDULLAH ingin perjuangkan hak Asia dalam FIFA.

Padah sorok senapang

Posted: 17 Oct 2014 02:12 PM PDT

awatifromli@hmetro.com.my

Alor Setar: Tindakan dua penagih dadah yang masing-masing menyimpan selaras senapang buatan sendiri mengundang padah apabila mereka ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di sekitar negeri ini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 10 pagi, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, menahan seorang pesawah di rumahnya di Kampung Permatang Ibus, Mukim Kangkong, di sini, selepas mendapat maklumat berhubung kegiatan penagihan dadah.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut yang dijalankan di rumah lelaki berusia 45 tahun itu kemudian berjaya menemui selaras senapang angin buatan sendiri bersama 25 biji bebola besi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu berkata, berdasarkan siasatan awal suspek mengaku membuat sendiri senapang angin itu menggunakan batang paip untuk menembak tupai di kawasan rumahnya sejak dua tahun lalu.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada senjata itu pernah digunakan dalam kegiatan jenayah. Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

SENAPANG buatan sendiri yang dirampas.

SENAPANG buatan sendiri yang dirampas.

Pisang jadi kanvas

Posted: 17 Oct 2014 02:09 PM PDT

am@hmetro.com.my

Kuching: Melukis di atas sebuah kanvas itu perkara biasa, tetapi jika seseorang itu melukis pada pisang, ia memang luar biasa.

Ketika ditemui pada Promosi Kraf Malaysia 2014, di sini, baru-baru ini, Albot Gudang, 42, mencuri tumpuan apabila menunjukkan kebolehannya melukis pada buah pisang itu tanpa menggunakan sebarang pewarna, sebaliknya dengan sekadar menggunakan sebatang jarum.

Sentuhan lelaki keturunan Iban berusia 42 tahun ini memang cukup unik, bahkan lukisan yang diolah pada pisang itu bukan saja kelihatan menawan, malah ia nampak 'hidup'.

Albot berkata, dia menghasilkan corak pada buah pisang itu dengan mencucuknya menggunakan jarum supaya getah pada buah itu menjadi kehitaman.

"Apabila warna hitam itu naik, ia akan menghasilkan corak yang menarik pada buah itu, kadang-kadang saya melukis pada daun pokok Bintangor dengan teknik yang sama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

ALBOT teliti mencucuk jarum pada buah pisang untuk menghasilkan lukisan.

ALBOT teliti mencucuk jarum pada buah pisang untuk menghasilkan lukisan.

‘Saya rela membujang ’

Posted: 17 Oct 2014 02:06 PM PDT

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: "Sehingga kini saya masih membujang kerana mahu menjaga orang tua yang sakit dan uzur. Hanya mereka yang saya ada dan akan tetap tabah menjaga kedua-duanya hingga akhir hayat," kata Zaidah Jaafar, 35.

Zaidah dari Kampung Penambang Bunga Mas, Jalan PCB di sini, berkata, dia sanggup berkorban dan melupakan hasratnya mendirikan rumah tangga semata-mata mengenangkan keadaan ibu bapanya.

Menurutnya, ibunya Che Mah Awang, 60, menghidap asma dan mempunyai masalah penglihatan sejak berusia 17 tahun manakala bapanya Jaafar Ibrahim, 72, semakin uzur.

"Mereka tidak dapat mengurus diri dengan baik. Ibu semakin sukar melihat sejak melahirkan adik bongsu yang kini berusia 20 tahun manakala ayah pula yang sebelum ini menyara kami lima beradik dengan mengambil upah mengurut, tidak lagi mampu melakukan pekerjaan itu selepas menghidap asma dua tahun lalu.

"Kini tanggungjawab saya pula menjaga mereka dan saya sendiri tidak boleh membayangkan jika saya atau mana-mana tiga adik saya berkahwin dan berpindah dari rumah ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

ZAIDAH (kanan) membantu menguruskan ibu bapanya.

ZAIDAH (kanan) membantu menguruskan ibu bapanya.

Saya tidak rela dimadu

Posted: 17 Oct 2014 02:01 PM PDT

yanie@hmetro.com.my

Terserah apapun yang mahu ditafsirkan anda berhubung konsep fotografi yang menghiasi muka depan RAP Syok Sabtu! dengan menampilkan pelakon cantik lagi seksi dan sensasi, Lana Nodin, bersama lelehan burger.

Klise dan jemu barangkali agaknya Lana, apabila sering dilabel Pamela Anderson Malaysia.

Menghangatkan lagi suasana fotografi apabila pemilik restoran Burgerbyte, Datuk Najib Zakaria, meminjam motorsikal berkuasa besar, Harley Davidson Road Glide, berharga RM130,000 atau jumlah keseluruhan bersama aksesori RM280,000.

Justeru, pada fotografi yang berlangsung Khamis lalu di Damansara Perdana, penampilannya minimalis saja tanpa perlu 'didedahkan' dan membiarkan keghairahan tertumpu pada seketul burger itu, mampu mengundang pelbagai andaian dan tafsiran.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, 35, ternyata rimas sikap prejudis segelintir pihak yang gemar menghakimi penampilan luaran sehinggakan dianggap satu ancaman buat isteri-isteri kepada lelaki kaya. Apatah lagi kisah cintanya bersilih ganti.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.